omniture

Cabaran kepada Tadbir Urus Lautan dan Kerjasama Maritim Global

National Institute for South China Sea Studies, China
2023-11-11 00:35 31

SANYA, China, 11 November 2023 /PRNewswire/ -- Pada 8-9 November 2023, "Forum Kerjasama dan Tadbir Urus Lautan 2023" bermula di Sanya, Hainan. Para cendekiawan membincangkan cabaran kepada Tadbir Urusan Lautan dan Kerjasama Maritim Global. Perhatian awam kepada barang awam dalam tadbir urus lautan telah menurun, namun Laut China Selatan dan wilayah-wilayah lain masih menghadapi beberapa cabaran keselamatan bukan-tradisional seperti penangkapan ikan berlebihan, perubahan iklim, pelanunan, pemasinan tanah dan sekuriti makanan.


China dan Amerika Syarikat boleh mempertimbangkan untuk mengguna pakai strategi menerajui laluan kerjasama pelbagai hala melalui kerjasama dua hala. Berkaitan isu perubahan iklim, kedua-dua negara telahpun terlibat dalam amalan sedemikian dan isu-isu lautan turut berpotensi. Kedua-dua pihak boleh melaksanakan terlebih dahulu 1 atau 2 projek demonstrasi. Diharapkan agar kerjasama berhubung tadbir urus maritim dapat menjadi satu lagi kit alatan untuk tadbir urus global di samping kerjasama untuk perubahan iklim antara kedua-dua negara ini, agar dapat menggalakkan tadbir urus maritim global melalui kerjasama dua hala.

Peraturan tadbir urus yang berkesan untuk Lauta China Selatan adalah sukar. Kesemua pihak boleh terlibat melalui kerjasama dalam bidang seperti mengatasi penangkapan ikan berlebihan, perubahan iklim, anti-pelanunan dan pemasinan. Negara-negara besar seperti China dan Amerika Syarikat dapat memberi bantuan kewangan dan keadaan perkakasan serta bekerjasama untuk menyediakan platform barangan awam kepada dunia.

 

Source: National Institute for South China Sea Studies, China
Keywords: Environmental Products & Services Maritime/Shipbuilding Transportation