omniture

ETF Bertemakan AI Terbesar China Capai Kejayaan, Menunjukkan Trend Global Menggalakkan dan Minat Pelabur yang Meningkat

E Fund Management
2023-12-20 13:21 32

HONG KONG, 20 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Setakat 13 Disember, E Fund CSI Artificial Intelligence Thematic ETF, yang terbesar dalam kategorinya, mencapai kejayaan dengan AUM menghampiri AS$617 juta. Diurus oleh E Fund Management ("E Fund" atau "Syarikat"), syarikat pengurusan dana terbesar dengan pejabat-pejabat di tanah besar China dan Hong Kong, ETF ini menjejaki Indeks Kecerdasan Buatan CSI yang terdiri daripada 50 syarikat terkemuka merentas rantaian nilai kecerdasan buatan di China.

Gembar-gembur AI baru-baru ini telah mencetuskan rasa teruja dalam kalangan pelabur dan E Fund CSI Artificial Intelligence Thematic ETF mencatatkan aliran masuk mingguan yang luar biasa iaitu AS$14 juta dalam bulan Disember.

Secara global, momentum AI yang semakin meningkat dipacu terutamanya oleh kemajuan pesat dalam model bahasa besar dan peluang perkakasan yang diperluas. Pada 6 November, OpenAI melancarkan model GPT-4 Turbo baharu yang lebih berkeupayaan, menyokong tetingkap konteks 128K dan mempunyai pengetahuan tentang peristiwa dunia sehingga April 2023. Bagi membantu pembangun menskalakan aplikasi, GPT-4 Turbo menunjukkan penambahbaikan dari segi harga yang lebih rendah dan had kadar yang lebih tinggi.

Sementara itu, kejayaan besar dalam peranti perkakasan diperhatikan dengan pelancaran pin AI, pembantu peribadi digital yang ditempatkan dalam sekeping perkakasan kecil yang boleh dikepit pada pakaian pemakai. Dikuasakan oleh model AI bahasa besar daripada OpenAI dan pemproses Qualcomm Snapdragon, alat ini boleh berfungsi sebagai alternatif telefon pintar, untuk menghantar teks, mengambil foto dan berinteraksi dengan pembantu maya seperti ChatGPT.

Di China, trajektori pembangunan AI, terutamanya berkaitan model bahasa besar dibangunkan sendiri dan kuasa pengkomputeran, semakin meningkat. Potensi penuh industri domestik ini masih belum diterokai. Tatkala insentif dasar penyokong terbentuk, memupuk persekitaran yang mendayakan untuk inovasi berpacukan AI, dipercayai bahawa pelabur boleh membuka peluang dengan ETF bertemakan AI bagi memperoleh pendedahan kepada syarikat-syarikat di barisan hadapan dalam revolusi kecerdasan buatan.

Latar Belakang E Fund

Ditubuhkan pada tahun 2001, E Fund Management Co., Ltd. ("E Fund") ialah pengurus dana komprehensif yang terkemuka di China dengan hampir RMB 3 trilion (USD 420 bilion) di bawah pengurusan*. Ia menawarkan penyelesaian pelaburan kepada pelanggan di darat dan luar pesisir, membantu pelanggan mencapai prestasi pelaburan mampan dalam tempoh jangka panjang. Pelanggan E Fund termasuk kedua-dua individu dan institusi, bermula daripada bank pusat, dana kekayaan berdaulat, dana keselamatan sosial, dana pencen, syarikat insurans dan insurans semula, hinggalah syarikat korporat dan bank. Berorientasi jangka panjang, ia telah memfokuskan pada perniagaan pengurusan pelaburan sejak penubuhannya dan percaya akan kuasa kajian yang mendalam dan masa dalam pelaburan. Ia merupakan perintis dan pengamal terkemuka dalam pelaburan yang bertanggungjawab di China dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pengurus aset Cina yang paling dipercayai dan cemerlang.

Data setakat 30 September 2023. Kadar FX diperoleh daripada PBoC setakat penghujung September 2023.

Source: E Fund Management
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications Artificial Intelligence