omniture

EDGEPOINT MEMPERKASAKAN THE EXCHANGE TRX DENGAN INFRASTRUKTUR GENERASI BAHARU YANG SEDIA 5G

EdgePoint Infrastructure
2024-01-11 13:04 9

EdgePoint menyediakan sambungan mudah alih yang berkelajuan tinggi dan lancar di pusat membeli-belah terbaharu di ibu negara sejak pelancaran rasmi

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Para pengunjung The Exchange TRX telah menikmati sambungan mudah alih yang telah dipertingkatkan, hasil daripada infrastruktur generasi terbaharu yang sedia 5G, disediakan oleh EdgePoint Towers Sdn Bhd, syarikat infrastruktur telekomunikasi bebas yang kedua terbesar di Malaysia.

Muniff Kamaruddin, Ketua Pegawai Eksekutif EdgePoint Towers Sdn Bhd
Muniff Kamaruddin, Ketua Pegawai Eksekutif EdgePoint Towers Sdn Bhd

Sejak pembukaan pusat membeli belah tersebut pada November 2023, para pengunjung telah menikmati sambungan mudah alih berkelajuan tinggi  yang dibolehkan oleh infrastruktur In-Building  Coverage (IBC) sedia 5G yang digunakan oleh Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) terkemuka Malaysia dari hari pertama lagi. Infrastruktur di The Exchange TRX, yang dipasang di dalam masa empat bulan sahaja, membolehkan The Exchange TRX untuk menyediakan sambungan mudah-alih yang dipertingkatkan berserta kapasiti yang lebih besar untuk para pelanggan. Keseluruhan pusat membeli-belah itu, sebesar 1,300,000 kaki persegi dan merangkumi lebih dari 400 jenis kedai dan perkhidmatan, telah menikmati sambungan yang lebih laju dan lancar.

Muniff Kamaruddin, Ketua Pegawai Eksekutif EdgePoint Towers Sdn Bhd berkongsi,"EdgePoint berbesar hati sebagai rakan penyedia teknologi untuk TRX City Sdn Bhd dan Lendlease, dengan pemasangan IBC di seluruh The Exchange TRX. Dengan infrastruktur generasi terbaharu kami yang sedia 5G, dan juga perkhidmatan yang diberikan oleh MNO di Malaysia, The Exchange TRX kini bersedia untuk memberikan sambungan yang laju dan lancar untuk para pengunjung. Kami faham ketersambungan adalah penting untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang terbaik, terutamanya apabila semakin ramai rakyat Malaysia kini menggunakan perkhidmatan bayaran nirtunai. Perkongsian strategik ini melambangkan peristiwa yang penting sepanjang perjalanan kami untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan lancar dan menyokong aspirasi ketersambungan negara."

The Exchange TRX adalah pembangunan bersama oleh Lendlease, sebuah syarikat harta tanah global yang berpusat di Australia dan TRX City Sdn Bhd, pemaju induk Tun Razak Exchange. Pusat membeli-belah terbaharu di ibu negara tersebut telah menyaksikan jumlah pengunjung yang besar sejak pembukaan rasmi, dengan lebih banyak pengunjung dijangkakan akan melawat The Exchange TRX pada masa akan datang. Kerjasama dengan EdgePoint ini memastikan semua pengunjung akan menikmati sambungan yang laju dan lancar semasa mereka membeli belah di The Exchange TRX.

Mitch Wilson, Pengarah Projek The Exchange TRX dan Ketua Peruncitan di Lendlease Malaysia berkata, "Di The Exchange TRX, destinasi sosial dan pengalaman gaya hidup terbaharu di Kuala Lumpur, ianya adalah penting untuk memastikan sambungan mudah alih kami adalah laju dan boleh dipercayai, dan berfungsi sebagai asas untuk memberikan pengalaman membeli belah yang terbaik untuk semua, terutamanya dengan populariti pembayaran e-tunai sebagai pilihan pembayaran oleh para pelanggan kami. Kerjasama dengan EdgePoint sebagai rakan teknologi kami membolehkan sambungan yang luas, laju dan lancar di dalam pusat membeli-belah kami. EdgePoint telah menarik perhatian kami sebagai rakan kongsi yang berkebolehan melalui infrastruktur IBC dan kesediaan operasi mereka, di samping visi bersama untuk mewujudkan destinasi gaya hidup dengan sambungan dengan baik dan kondusif untuk tetamu kami."

Untuk informasi lanjut mengenai EdgePoint, layari https://edgepointinfra.com

MENGENAI EDGEPOINT INFRASTRUCTURE

EdgePoint Infrastructure ialah sebuah syarikat infrastruktur telekomunikasi yang berhasrat untuk memperkasakan Digital ASEAN melalui Infrastruktur Generasi Baharu. Beribu pejabat di Singapura dengan operasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina, melalui EdgePoint Towers Sdn Bhd, PT Centratama Telekomunikasi Indonesia, Tbk dan EdgePoints Towers Inc., kami memberi fokus untuk menyediakan struktur telekom yang terbaharu dan boleh dikongsi, sel-sel kecil dan sistem di dalam bangunan. EdgePoint menyasarkan untuk menjadi peneraju industri melalui skala dan inovasi, memacu kecekapan operasi melalui penggunaan analitik dan teknologi digital.

MENGENAI LENDLEASE

Lendlease adalah sebuah Kumpulan harta tanah bersepadu dengan operasi di Australia, Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Kami membina lokasi-lokasi dimana komuniti boleh berkembang maju Kami berpangkalan di Sydney, Australia dan disenaraikan di Australian Securities Exchange. Keupayaan teras kami dilambangkan dengan segmen-segmen yang kami beroperasi - Pelaburan, Pembangunan dan Pembinaan. Kombinasi ketiga-tiga segmen ini membolehkan kami beroperasi dengan daya saing yang mampan dalam menyampaikan penyelesaian bersepadu yang inovatif untuk para pelanggan kami. Untuk informasi lebih lanjut, layari www.lendlease.com.

MENGENAI TRX CITY SDN BHD

TRX City Sdn Bhd (TRXC) adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Malaysia, dan adalah pemaju induk untuk Tun Razak Exchange (TRX), Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia. TRXC memastikan amalan terbaik global, pelan induk inovatif pembangunan, dan menyepadukan infrastruktur pintar, mampan, bersambung dengan baik dan kalis masa hadapan. Sebagai syarikat yang menerajui projek, daripada visi sehinggalah pelaksanaan, TRXC melaksanakan semua perancangan, pemasaran, peningkatan, pengurusan dan peruntukan infrastruktur untuk projek tersebut. Untuk informasi lanjut, layari www.trx.my.

Source: EdgePoint Infrastructure
Keywords: Banking/Financial Service Household/Consumer/Cosmetics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Contracts Licensing/marketing agreements