omniture

Siaran Kewangan: Hasil 2023 JOY GROUP Tonjolkan Pertumbuhan 48% bagi mencapai AS$360J, Tersenarai sebagai Syarikat Kosmetik Warna Domestik China 2 Teratas

Shanghai Juyi Cosmetics Co., Ltd.
2024-04-09 22:59 12

SHANGHAI, 9 April 2024 /PRNewswire/ -- Shanghai Juyi Cosmetics Co., Ltd. ("JOY GROUP") mendedahkan hasil kewangannya bagi tahun fiskal 2023. Kumpulan ini melangkaui jumlah jualan runcit sebanyak AS$450J (RMB 3B), disertai oleh pencapaian hasil sebanyak AS$360J (RMB 2.61B), menunjukkan pertumbuhan luar biasa berbanding tahun sebelumnya sebanyak 48% (tidak termasuk René Furterer). JOY GROUP kini menduduki kedudukan No.2 antara penggiat domestik China dalam kosmetik warna, yang memperkukuh kedudukan utamanya dalam industri ini.

Pencapaian ini menandakan satu lagi tahun pertumbuhan dua angka JOY GROUP yang berkekalan dengan keuntungan memberangsangkan, yang meletakkan JOY GROUP pada laluan untuk menjadi salah sebuah syarikat kosmetik yang berkembang paling pesat di China.

JOY GROUP Multi-brand Portfolio
JOY GROUP Multi-brand Portfolio

JOY GROUP ialah sebuah syarikat kecantikan berbilang jenama dengan misi untuk "Mencipta sebuah dunia kecantikan yang membawakan kegembiraan kepada semua orang." Merangkumi tiga jenama utama – JUDYDOLL, JOOCYEE dan René Furterer (operasi China) – penawaran produk daripada Kumpulan ini meliputi pelbagai sektor kecantikan, termasuk kosmetik warna, rambut dan penjagaan kulit kepala. JOY GROUP dimasukkan ke dalam senarai 100 Teratas WWD Beauty Inc. yang disegani pada tahun 2022, memperoleh kedudukan ke-86.

Pada tahun 2023, JUDYDOLL sahaja mencatatkan hasil tahunan sebanyak AS$232J (RMB 1.67B), menandakan pertumbuhan yang mantap berbanding tahun sebelumnya sebanyak 66%. Sementara itu, JOOCYEE mencapai hasil tahunan sebanyak AS$130J (RMB 940J), menunjukkan peningkatan sebanyak lebih 25% berbanding tahun sebelumnya.

Tambahan pula, dalam Oktober 2023, JOY GROUP menjalin perkongsian strategik dengan Pierre Fabre Laboratories. Bermula pada 1 Januari 2024, JOY GROUP memikul tanggungjawab untuk semua operasi jenama penjagaan rambut dan kulit kepala premium " René Furterer " di China, mempamerkan cita-citanya untuk mengukuhkan kehadiran yang utama dalam pasaran penjagaan rambut.

JOY GROUP kini mengurus rangkaian luas termasuk kedai utama pada platform e-dagang yang utama, lebih 50 butik luar talian dan kehadiran seluruh negara di lebih 10,000 kedai kosmetik warna luar talian di seluruh China. Di samping itu, menerusi kilang dan makmal kosmetik yang dimiliki sepenuhnya, JOY GROUP mempunyai keupayaan rantaian bekalan siap guna penuh termasuk penyelidikan & pembangunan, pembuatan, pemasaran dan penjualan.

Allan Liu, Presiden JOY GROUP, mengesahkan komitmen tidak berbelah bahagi kumpulan ini terhadap strategi globalisasinya. Sejak tahun 2020, JOY GROUP meluaskan jangkauannya dengan aktif ke pasaran luar negara, memperoleh daya tarikan yang ketara dalam pasaran Jepun dan ASEAN. KUMPULAN ini bermatlamat untuk memperluaskan lagi kehadirannya ke pasaran yang berpotensi mencapai pertumbuhan tinggi seperti Australia, Kanada dan Timur Tengah.

 

 

Source: Shanghai Juyi Cosmetics Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Earnings