omniture

Smartee Pamer Teknologi Reposisi Mandibel di IDEM Singapore 2024

Smartee Denti-Technology Co.,Ltd.
2024-04-25 09:25 7

SINGAPURA, 24 April 2024 /PRNewswire/ -- Smartee Denti-Technology, peneraju global bagi penyelesaian ortodontik digital, dengan bangganya mengumumkan kejayaan penyertaannya dalam Pameran dan Mesyuarat Pergigian Antarabangsa (IDEM) 2024, diadakan mulai 19 April hingga 21 April di Marina Bay Sands, Singapura.


Recap | Smartee and Prof. Gang Shen at IDEM 2024 Singapore, April 19-21

 

Smartee Denti-Technology hosted a specialized event focused on Smartee GS Mandibular Repositioning Technology on April 18th
Smartee Denti-Technology hosted a specialized event focused on Smartee GS Mandibular Repositioning Technology on April 18th

Sebelum IDEM Singapore 2024, Smartee Denti-Technology menganjurkan sebuah acara khusus yang memfokuskan kepada Teknologi Reposisi Mandibel Smartee GS pada 18 April. Sidang kemuncak ini memberikan pengenalan yang komprehensif kepada doktor dan pakar ortodontik tentang teknologi rintis ini. Sepanjang acara, hadirin terlibat dalam bengkel untuk memperdalam pemahaman mereka mengenai teknologi reposisi mandibel dan memperoleh pengalaman secara langsung dengan pendaftaran 'bit-wax', mempersiapkan diri mereka untuk penerokaan produk GS yang selanjutnya semasa IDEM.

Attendees engaged in workshops to deepen their understanding of mandibular repositioning technology and gained hands-on experience with bit-wax registration
Attendees engaged in workshops to deepen their understanding of mandibular repositioning technology and gained hands-on experience with bit-wax registration

IDEM Singapore 2024, diiktiraf sebagai acara pergigian ulung di rantau Asia-Pasifik, menghimpunkan pemimpin industri, penginovasi dan pengamal untuk mempersembahkan kemajuan yang terkini dalam bidang pergigian. Penyertaan Smartee di IDEM Singapore menekankan dedikasinya untuk menyampaikan perkhidmatan ortodontik yang luar biasa ke seluruh dunia melalui teknologi canggih dan penyelesaian pendakap gigi lutsinar yang inovatif.

Smartee's participation in IDEM Singapore
Smartee's participation in IDEM Singapore

Semasa pameran, reruai Smartee menarik aliran pengunjung yang berterusan, terutamanya golongan profesional pergigian yang berminat untuk meneroka produk yang menonjol daripada Smartee seperti siri GS. Diiktiraf atas pendekatan rintisnya dalam mengaplikasikan teknik reposisi mandibel, siri Smartee GS menawarkan penyelesaian tidak invasif untuk merawat maloklusi Kelas II yang teruk. Untuk berkongsi pencapaian akademik dalam bidang ini, pada 19 April, Ketua Saintis dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Smartee, Prof. Gang Shen menyampaikan syarahan di IDEM yang bertajuk "Mekanisme Asas dan Prosedur Terapeutik untuk Reposisi Mandibel." Perbincangan mendalam yang menarik, Prof. Gang Shen memperkenalkan klasifikasi maloklusi diagnostik inovatif beliau dan menunjukkan hasil klinikal daripada teknologi Smartee GS dengan golongan profesional ortodontik di seluruh dunia.

Smartee Chief Scientist in R&D , Prof. Gang Shen delivered a lecture at IDEM titled "Fundamental Mechanisms and Therapeutic Procedures for Mandibular Repositioning."
Smartee Chief Scientist in R&D , Prof. Gang Shen delivered a lecture at IDEM titled "Fundamental Mechanisms and Therapeutic Procedures for Mandibular Repositioning."

 

Smartee booth attracted a steady stream of visitors
Smartee booth attracted a steady stream of visitors

Ditubuhkan pada tahun 2004, Smartee Denti-Technology mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk pakar ortodontik di seluruh dunia, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 64,000 doktor daripada 48,000 institusi perubatan merentas 47 negara. Dengan fokus kepada penyelidikan dan pembangunan bebas, Smartee terus menerobos sempadan kecemerlangan ortodontik.

Kami berasa teruja mempamerkan Teknologi Reposisi Mandibel kami di IDEM Singapore 2024. "Setakat April 2024, Teknologi Reposisi Mandibel Smartee telahpun diaplikasikan dalam lebih 50,000 kes di seluruh dunia," kata Prof. Gang Shen dengan bangganya. "Acara ini menyediakan platform untuk berhubung dengan rakan industri, bertukar-tukar pandangan dan berkongsi selanjutnya inovasi dan pengalaman kami dalam Teknologi Reposisi Mandibel."

Junfeng Yao, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Smartee menekankan selanjutnya, "Penyertaan Smartee Denti-Technology dalam IDEM menegaskan komitmennya untuk memajukan bidang ortodontik. Saya berasa seronok berinteraksi dengan rakan profesional dan meninjau kemajuan yang terkini dalam penyelesaian ortodontik digital."

Latar Belakang Smartee Denti-Technology:

Ditubuhkan pada tahun 2004, Smartee ialah penyedia yang utama bagi pendakap gigi lutsinar dan penyelesaian ortodontik digital di China. Beribu pejabat di Shanghai, Smartee memiliki dua pusat penyelidikan & pembangunan serta kilang pembuatan yang berciri automatik sepenuhnya. Dengan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 64,000 doktor daripada 48,000 institusi perubatan di lebih 47 negara, Smartee mencapai lebih 1 juta senyuman yang sempurna di seluruh dunia.

Dengan kemajuan penyelesaian digital, Smartee terus mengembangkan portfolionya dan melancarkan lebih 10 produk pendakap gigi bagi menangani masalah maloklusi yang berbeza untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Berkolaborasi dengan Prof Gang Shen dan Pasukan Ortodontik beliau, Smartee membangunkan produk inovatif - Smartee GS, yang menyediakan teknologi reposisi mandibel kepada pakar ortodontik untuk merawat pesakit dengan indikasi rumit termasuk prognatisme wajah, retrognatisme wajah dan deviasi mandibel dengan lebih berkesan.

 

Source: Smartee Denti-Technology Co.,Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Trade show news