DUBAI, UAE, 17 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Pada 14 Oktober, Li Peng, Naib Presiden Kanan Korporat dan Presiden Jualan & Perkhidmatan ICT Huawei, menyampaikan ucapannya di Huawei GITEX 2024, bertajuk 'Berkembang Maju Bersama-sama dalam Era Pintar':
Ekonomi digital berkembang menjadi ekonomi pintar. Ia tidak lama lagi akan menjadi enjin utama bagi pertumbuhan ekonomi global.
Pada masa ini, syarikat-syarikat di seluruh dunia berusaha keras untuk membina keupayaan yang mereka perlukan untuk berjaya dalam era baharu ini.
Banyak perusahaan sedang membawa transformasi digital ke peringkat seterusnya. Perusahaan-perusahaan ini menyelami secara lebih mendalam senario pengeluaran dan mencari aspek-aspek yang melaluinya teknologi digital boleh memberikan nilai yang lebih besar, walaupun dalam industri tradisional.
Lihat pembuatan, sebagai contoh. Dengan sambungan penuh dan platform IoT perindustrian, pengeluar mengumpul lebih banyak data berbanding sebelum ini dan membuka jalan untuk kecerdasan masa nyata.
Transformasi pintar juga menjadi semakin pantas. Semakin banyak perusahaan menggunakan AI untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos kendalian. Ini dapat membuka pintu kepada model perniagaan yang lebih berinovasi dan pengalaman pelanggan yang lebih baik.
Sebagai contoh, bank menggunakan model AI yang besar untuk menghasilkan profil pengguna yang kompleks dalam beberapa saat. Dengan profil ini, mereka boleh menjalankan pemasaran yang lebih bersasar dan mengeluarkan kredit dengan lebih cepat. Mereka membentuk semula pengalaman untuk pelanggan dan memacu pertumbuhan baharu.
Apabila ekonomi global berkembang, menuju digital dan pintar merupakan jalan yang jelas ke hadapan. Ia merupakan cara terbaik untuk kekal berdaya saing.
Namun begitu, ia sesuatu yang lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Perusahaan, industri dan wilayah yang berbeza semuanya berada pada peringkat transformasi yang berbeza. Jadi, bagaimana kita boleh membantu mereka membina keupayaan yang betul dengan cara yang paling sesuai untuk mereka?
Itulah yang saya ingin bincangkan hari ini. Saya akan berkongsi usaha yang dilakukan Huawei untuk membantu pelanggan berjaya, bagaimana kami mengupayakan rakan kongsi tempatan kami dan membangunkan ekosistem bakat digital.
Di Huawei, kami menggabungkan kekuatan kami dalam rangkaian, storan, pengkomputeran, awan dan tenaga untuk membina infrastruktur digital dan pintar yang baharu.
Bersama-sama rakan kongsi, kami memberi perkhidmatan kepada pelanggan terkemuka dalam sektor seperti kerajaan, kewangan, elektrik, pengangkutan, pembuatan, minyak dan gas, perlombongan dan Internet.
Kami menyelami secara lebih mendalam senario perniagaan mereka dan meneroka penyelesaian terbaik untuk transformasi digital dan pintar mereka. Tidak kira di mana anda berada dalam perjalanan digital anda, kita boleh berusaha bersama-sama untuk membantu semua orang berjaya.
Tahun lalu, Huawei mengumumkan strategi Kecerdasan Segala-galanya. Kami turut melancarkan seni bina rujukan untuk transformasi pintar industri-industri. Ia bersifat kolaboratif, terbuka, tangkas dan boleh dipercayai, serta dapat membantu membimbing proses transformasi.
Dari segi praktis, seni bina ini sudah pun membuahkan hasil. Sepanjang tahun lalu, kami menggunakannya untuk membangunkan banyak penyelesaian khusus industri. Kami turut menerbitkan lebih 100 kajian kes untuk digunakan oleh organisasi yang berbeza semasa proses transformasi mereka.
Terdapat begitu banyak kisah kejayaan yang hebat di luar sana!
Satu contoh ialah di Cote d'Ivoire. Kami membantu Kementerian Pengangkutan mereka membina platform analisis trafik menggunakan Sistem Pengangkutan Pintar kami. Hasilnya, risiko keselamatan jalan raya menjadi lebih rendah dan aliran trafik bertambah baik sebanyak lebih daripada 10%.
Selain itu, penyelesaian "Satu Awan, Satu Rangkaian" Huawei membantu 33 negara Timur Tengah dan Afrika membina ketersambungan inklusif, meliputi lebih 1,000 agensi kerajaan. Kecekapan perkhidmatan dan juga kepuasan benar-benar bertambah baik.
Ini hanyalah beberapa contoh apa yang telah kami capai bersama-sama.
Semua ini tidak akan dapat dilakukan tanpa rakan kongsi kami. Usaha mereka adalah kritikal dan kami mahu membantu rakan kongsi kami berkembang dan dalam masa yang sama kami bekerjasama untuk membantu pelanggan kami berjaya.
Di Huawei, kami komited untuk membina ekosistem rakan kongsi yang sihat, terbuka dan saling menguntungkan. Perkongsian kami berkembang pantas dalam pasaran perusahaan. Sehingga kini, lebih daripada 47,000 rakan kongsi menyertai kami. Pada tahun ini sahaja, perkongsian kami berkembang sebanyak lebih daripada 18%.
Kami juga membina 14 OpenLabs di seluruh dunia untuk menyokong inovasi bersama dengan rakan kongsi penyelesaian tempatan. Bersama-sama dengan lebih 30 rakan kongsi penyelesaian di UAE, kami membangunkan lebih daripada 20 penyelesaian untuk memenuhi keperluan industri tempatan.
Kami bukan sekadar bekerjasama dengan perusahaan besar. Terdapat begitu banyak PKS yang mahu menjadi digital dan juga pintar. Kami melakukan segala-gala yang kami mampu untuk membantu rakan kongsi kami memberi perkhidmatan kepada mereka dengan lebih bebas, mudah dan berkesan.
Kami menyediakan kepada rakan kongsi kami dengan penyelesaian ringan yang berasaskan senario, produk yang lebih boleh dipasarkan dan platform digital yang cekap. Kami turut memberi sokongan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), penjualan, pemasaran, pembekalan dan perkhidmatan, memberikan pengupayaan perniagaan hujung-ke-hujung kepada rakan kongsi kami.
Di samping itu, kami membantu rakan kongsi menginovasi model perniagaan dan perkhidmatan mereka. Sebagai contoh, Huawei dan BCX membina platform pengurusan awan untuk memberi perkhidmatan kepada lebih 100 PKS. Model awan yang fleksibel ini membantu PKS memajak atau membeli perkhidmatan rangkaian, mengatasi cabaran O&M mereka dan mengurangkan CAPEX sebanyak lebih 20%.
Dari segi perkhidmatan, kami bekerjasama dengan rakan kongsi untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan tempatan.
Mastery House ialah salah satu rakan kongsi perkhidmatan kami di Arab Saudi. Sepanjang lapan tahun yang lalu, hasil syarikat meningkat 16 kali lebih tinggi dan lebih 90% daripada hasil mereka datangnya daripada projek-projek bersama dengan Huawei.
Dengan saling bekerjasama, Mastery House bukan sahaja mencapai pertumbuhan hasil yang pantas. Mereka juga membina keupayaan untuk menjadi penyedia ICT yang terkemuka di Arab Saudi.
Sudah tentu, anda tidak boleh mencapai fungsi digital atau pintar tanpa individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang betul. Maka, kami bekerja keras untuk membantu membina bakat digital tempatan. Bersama-sama dengan universiti di seluruh dunia, kami membuka satu siri Akademi ICT untuk menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat tempatan.
Akademi ini melatih lebih 36,000 jurutera ICT dan 1,000 pembangun di Mesir. Di Arab Saudi, lebih 32,000 orang pelajar mendapat latihan ICT dan 6,500 ahli profesional memperoleh pensijilan Huawei ICT.
Melangkah ke hadapan, kami akan terus memanfaatkan faedah sebagai jambatan, integriti sebagai asas dan peraturan sebagai jaminan apabila bekerjasama dengan rakan kongsi kami. Dengan saling bekerjasama, kami dapat membangunkan penyelesaian yang lebih bersasar dan boleh diskala, serta mendorong kejayaan dalam pasaran global.
Transformasi digital dan pintar tidak seharusnya menjadi keistimewaan untuk segelintir orang. Ia sepatutnya memberi manfaat buat semua.
Huawei bersedia dan sanggup bergabung tenaga dengan lebih ramai pelanggan dan rakan kongsi. Bersama-sama, kita boleh melakukan lebih banyak lagi, mencipta lebih banyak lagi dan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang besar dalam era baharu yang menarik ini.