omniture

QIAGEN buka pejabat baharu di Kuala Lumpur ketika perniagaan berkembang di Malaysia

Membangun melalui kehadiran yang semakin berkembang dalam diagnostik molekular dan sains hayat untuk pasaran Malaysia
QIAGEN
2015-05-21 03:18 131

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Mei 2015 /PRNewswire/ -- QIAGEN, hari ini mengumumkan pembukaan pejabat utama baharunya di Malaysia untuk memberi khidmat kepada kumpulan pelanggan penyelesaian Sample to Insight yang kian berkembang, membolehkan mereka membantu melawan penyakit menggunakan diagnostik molekular, membuat penemuan baharu dalam bidang penyelidikan untuk industri sains hayat dan farmaseutikal, serta melindungi orang awam melalui aplikasi pengujian keselamatan makanan dan juga forensik.

Dalam suatu upacara pembukaan hari ini, QIAGEN Biotechnology Malaysia Sdn. Bhd. (unit QIAGEN di negara ini) menjadi tuan rumah kepada pelanggan, wakil kerajaan Malaysia dan Jerman, media berita dan tetamu kehormat lain untuk membincangkan pertumbuhan pesat QIAGEN sejak kebelakangan ini dan rancangan masa depannya di Malaysia. Antara tetamu kehormat di acara tersebut: YB Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia, dan H.E. Michael Holger, Duta Jerman ke Malaysia.

"Pembukaan pejabat baharu ini menandakan satu kejayaan penting untuk QIAGEN. Kami telah berkembang dengan pantas di Malaysia sejak tahun 2006. Perluasan kami semakin mendapat momentum ketika kami menyediakan khidmat kepada doktor, hospital dan makmal diagnostik, penyelidik universiti, industri bioteknologi dan farmaseutikal yang berkembang, serta makmal lain di Malaysia," kata Ian Martin, Naib Presiden Asia Pasifik QIAGEN. "Kami mempunyai banyak inisiatif, seperti usaha sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mempertingkat penyaringan barah serviks, bekerjasama dengan pihak berkuasa kawalan tuberkulosis (TB) untuk melindungi individu berisiko tinggi daripada TB aktif, serta menyokong pengujian makanan yang andal seperti memastikan integriti Halal. Matlamat QIAGEN adalah untuk menjadikan penambahbaikan dalam hidup suatu kenyataan, dan kami menghargai persekitaran perniagaan yang mesra di Malaysia."

Jualan QIAGEN di Malaysia sedang berkembang pada kadar dua angka yang kukuh, menyumbang kepada pertumbuhan syarikat itu dalam pasaran membangun di seluruh dunia. Penyelesaian Diagnostik Molekular, khususnya, mendapat penerimaan yang meluas dalam bidang kesihatan di Malaysia. QIAGEN memasuki negara ini dengan mengambil alih Research Biolab Malaysia Sdn. Bhd. pada tahun 2006 dan telah berkembang, terutamanya dalam bidang penyelesaian pengujian klinikal. Namanya telah ditukar kepada QIAGEN Biotechnology Malaysia Sdn. Bhd. pada tahun 2013.

Maklumat perhubungan QIAGEN di Malaysia yang dikemas kini adalah seperti berikut:

QIAGEN Biotechnology Malaysia Sdn. Bhd.
(341611M) Tingkat 9, Menara 8, Avenue 5
Horizon Phase 2, Bangsar Selatan
No. 8 Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +603-2718 6000
Faks: +603-2241 2010

Latar Belakang QIAGEN

QIAGEN N.V., sebuah syarikat pemegangan yang berpangkalan di Belanda, merupakan penyedia utama bagi penyelesaian Sample to Insight untuk mengubah bahan biologikal kepada pandangan molekular yang bernilai. Teknologi sampel QIAGEN mengasingkan dan memproses DNA, RNA dan protein daripada darah, tisu serta bahan-bahan lain. Teknologi cerakinan menjadikan biomolekul ini dapat dilihat dan sedia untuk analisis. Perisian bioinformatik dan tapak pengetahuan mentafsir data untuk melaporkan pandangan bermanfaat yang relevan. Penyelesaian automasi menyatukan semuanya dalam aliran kerja yang lancar dan menjimatkan kos. QIAGEN menyediakan aliran kerja ini untuk lebih 500,000 pelanggan di seluruh dunia dalam bidang Diagnostik Molekular (penjagaan kesihatan manusia), Ujian Gunaan (forensik, ujian veterinar dan keselamatan makanan), Farmaseutikal (syarikat farmaseutikal dan bioteknologi) serta Akademik (penyelidikan sains hayat). Setakat 31 Mac 2015, QIAGEN mempunyai kira-kira 4,300 kakitangan di lebih 35 lokasi seluruh dunia. Maklumat lanjut boleh didapati di www.qiagen.com.

Source: QIAGEN
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Corporate Expansion