omniture

Kelas Sokongan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren Pertama Meraikan Majlis Tamat Pengajian

LKK Health Products Group
2015-07-23 14:24 351

GUIYANG, China, 23 Julai 2015 /PRNewswire/ -- Pada awal bulan Julai, para pelajar daripada Kelas Latihan Cef Bijie, kelas pertama bagi Program Sokongan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren, meraikan majlis tamat pengajian mereka.

Cuisine on Display Prepared by Students from Bijie Chef Training Class, the First Si Li Ji Ren Education Dream Support Class
Cuisine on Display Prepared by Students from Bijie Chef Training Class, the First Si Li Ji Ren Education Dream Support Class

Juadah Dihidangkan yang Disediakan oleh Para Pelajar daripada Kelas Latihan Cef Bijie, Kelas Sokongan Impian Pendidikan Pertama Si Li Ji Ren

Dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Si Li Ji Ren, Kelas Latihan Cef Bijie itu ditubuhkan pada tahun 2013 dengan matlamat untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik untuk membebaskan diri daripada kancah kemiskinan dan memperbaiki kehidupan mereka melalui kemahiran memasak. Selepas belajar dengan tekun selama dua tahun, 30 orang pelajar daripada keluarga yang tidak berkemampuan di Bijie telah mencapai keputusan cemerlang. Mereka semua telah menerima ijazah tamat pengajian yang disampaikan oleh Kolej Sajian Timur Baharu Guiyang (Guiyang New East Cuisine College) dan berjaya mendapat pekerjaan.

Semasa majlis tamat pengajian, En. Harry Yeung, Pengerusi Yayasan Si Li Ji Ren dan Naib Presiden Kanan LKK Health Products Group (LKKHPG), berkata, "Program Sokongan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren merupakan projek kebajikan awam yang inovatif, bukan sahaja kerana kaedah dermanya, tetapi juga kerana ia menyemai nilai-nilai Si Li Ji Ren, yang menggalakkan pelajar yang ditaja itu untuk menjadi pengamal serta penyebar kebajikan awam dan juga menjana sumbangan lebih hebat untuk masyarakat."

Beliau turut mengucapkan selamat berjaya kepada 30 orang pelajar itu, dan berharap mereka akan memperoleh masa hadapan yang cerah melalui apa yang mereka telah pelajari dan mengambil tanggungjawab bukan hanya untuk membawa keluarga mereka keluar daripada belenggu kemiskinan, tetapi juga menyebarkan tenaga positif kepada masyarakat. Sementara itu, para pelajar itu menyatakan penghargaan dan keazaman mereka untuk memberi sumbangan yang lebih besar kepada keluarga mereka serta masyarakat.

Pada tahun 2013, Program Sokongan Impian Pendidikan Si Li Ji Ren telah dilancarkan oleh Yayasan Si Li Ji Ren, yayasan tawaran bukan awam yang ditubuhkan dengan dana permualaan sebanyak RMB 20 juta yang didermakan oleh Infinitus (China) Company Ltd., ahli LKKHPG. Dengan kolaborasi antara kerajaan, kolej-kolej, dan syarikat-syarikat, Program itu menaja para pelajar daripada kawasan yang dihimpit kemiskinan untuk mengikuti kursus itu dan mendapatkan kemahiran yang sangat diperlukan oleh masyarakat, yang akan membolehkan mereka bekerja dan membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan, serta akan membawa harapan kepada keluarga dan juga masyarakat.

Setakat ini, Program ini telah membuka 10 kelas di tanah besar China, menaja 520 orang pelajar dengan sumbangan melebihi RMB 8 juta. Kursus-kursus itu terdiri daripada memasak, penjagaan kebersihan dan membuat acuan.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi:

Samson Su
+86-20-38168859
samson.su@infinitus-int.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150722/0861506623

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Food/Beverages Retail