SAN JOSE, California dan MODENA, Itali, 8 September 2015 /PRNewswire/ --
Penyelesaian inovatif berasaskan awan berikan hubungan pelanggan lebih baik dengan kos lebih rendah; mengubah penyata untuk syarikat telekomunikasi utama
Doxee, peneraju dalam Pengurusan Komunikasi Pelanggan (CCM) bagi kategori perusahaan dan berasaskan awan, hari ini mengumumkan pelancaran Doxee eDox Interactive Communication (eDox), satu penyelesaian HTML5 yang memberikan penyata, invois yang interaktif serta lain-lain komunikasi urus niaga terperibadi. Bagi perusahaan, ia menawarkan proses yang lebih cekap dan patuh untuk tujuan penghasilan serta penghantaran, dengan beban pusat panggilan yang rendah. Pengguna mendapat manfaat daripada kandungan beraneka yang disampaikan dalam antara muka pengguna grafik yang mudah dibaca dan mudah digunakan, serta boleh dipaparkan pada peranti mudah alih yang mendapat sambungan ke laman sesawang, dan juga secara luar talian.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150325/736010-a)
Doxee eDox memaparkan kandungan, nombor dan mesej dalam antara muka "laman sesawang mini" yang intuitif dan didorong oleh menu, dengan pautan, jadual, carta, dan pesanan tindakan. Format yang inovatif dan serba guna ini pula dapat membantu pelanggan memahami bil atau penyata mereka, mengurangkan beban terhadap meja bantuan pelanggan sambil menggalakkan pengguna menerokai peluang-peluang jualan silang/jualan menaik yang baharu. Selain itu, eDox dapat dihubungkan atau disertakan dengan video terperibadi Doxee yang menonjolkan kandungan penyata dan mendorong tindak balas pengguna terhadap mesej pemasaran.
"Kami telah menyaksikan keterujaan hebat untuk penyelesaian Doxee eDox daripada rakan kerjasama dan pengguna perusahaan kami," kata Ketua Pegawai Operasi Doxee, Ron Friedman. "Ini khususnya benar untuk pelanggan yang berpindah daripada komunikasi berasaskan kertas kepada digital."
"Perusahaan kini menyemak semula strategi komunikasi mereka dan mencari penyelesaian yang menjimatkan kos untuk disampaikan kepada pengguna menggunakan semua media, terutamanya peranti mudah alih," tambah Larry Zusman, Pemasaran Global. "Pelanggan menunjukkan tindak balas yang ketara terhadap komunikasi interaktif berbanding komunikasi berasaskan cetakan. Doxee eDox mengubah cara perusahaan mencipta, menghasilkan dan menyampaikan kandungan terperibadi yang didorong oleh data."
Salah satu penerima awal penyelesaian Doxee eDox ialah penyedia telekomunikasi utama yang berpindah daripada bil bercetak kepada elektronik. Penyelesaian ini menggunakan penyata dipertingkat dalam format berbilang skrin, dengan pembilan khas, pautan, butang tindakan, graf dan carta interaktif, membolehkan pelanggan menganalisis maklumat tanpa instrumen tambahan. Syarikat ini telah mengurangkan kos pencetakan dan penghantaran dengan drastik, meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dan mengurangkan bilangan panggilan pertanyaan masuk ke pusat sokongan pelanggan mereka. Selain daripada pelaksanaan ini, penyelesaian tersebut kini digunakan oleh syarikat-syarikat kewangan, utiliti, dan juga syarikat-syarikat media.
Latar Belakang Doxee
Doxee merupakan penyedia teknologi dan perkhidmatan yang terkemuka di peringkat global bagi CCM dalam kategori perusahaan dan berasaskan awan,. Perusahaan di seluruh dunia menggunakan produk-produk dan perkhidmatan Doxee untuk menyampaikan pengalaman pelanggan interaktif yang terperibadi, meningkatkan keberkesanan komunikasi serta hasil perniagaan.
Wakil Akhbar
Larry Zusman
Pengarah, Pemasaran Global
lzusman@doxee.com
Tel. Bimbit: +1-508-808-4807
SUMBER Doxee