omniture

Bawa Pulang Kenangan The Peninsula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Peninsula Merchandising Limited
2015-12-14 10:21 512

HONG KONG, 14 Disember 2015 /PRNewswire/ -- Peninsula Merchandising Limited dengan sukacitanya memperkenalkan butik terbaharu mereka di zon jual beli 'I Love Hong Kong' di balai pelepasan penumpang, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, menawarkan hadiah yang dapat dibeli pada saat terakhir serta kenangan rasa Hong Kong.

Peninsula Boutique serba baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
Peninsula Boutique serba baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Peninsula Boutique terbaharu itu menawarkan pelbagai makanan lazat daripada kumpulan hotel itu, termasuk coklat artisan, biskut, adunan teh Peninsula yang mewah dan rangkaian hadiah berkualiti tinggi yang membolehkan penumpang membawa pulang sedikit gaya hidup The Peninsula.

"The Peninsula Hotels mempunyai sejarah yang panjang dalam memberi khidmat kepada pengembara seluruh dunia dengan perkhidmatan terunggul, dan kami gembira dapat mengurus butik kami sendiri di hab pelancongan Hong Kong bagi menawarkan pelanggan dengan secebis rasa The Peninsula," kata Julie Bourgeois, Pengurus Besar, Peninsula Merchandising Limited.

Dengan berilhamkan pelancongan, Peninsula Boutique baharu seluas 664 kaki persegi itu menampilkan rekaan mewah ikonik oleh firma rekaan hiasan dalaman antarabangsa yang terkemuka Yabu Pushelberg dan membangkitkan suasana keanggunan kontemporari.

Butik baharu itu turut menjual pelbagai produk eksklusif daripada tiga berperisa berbeza biskut coklat celup tangan yang dibuat dengan bahan-bahan terbaik di dunia, sehinggalah bungkusan pelbagai teh Barat dan Cina Peninsula Blend berkualiti tinggi yang perisa yang menarik dalam kotak hadiah istimewa yang menampilkan gambar arkib serta tag bagasi yang mengimbau kenangan sejarah The Peninsula Hotels.

Barangan menarik lain termasuk coklat artisan yang lazat, dihasilkan sendiri oleh Pakar Pembuat Coklat, Marijn Coertjens yang meraih tempat ketiga dalam pertandingan "World Chocolate Masters" pada Oktober 2015.

Peninsula Boutique terbaharu ini merupakan outlet runcit lapangan terbang pertama yang diurus sepenuhnya oleh Peninsula Merchandising Limited.

Peninsula Boutique beralamat di Kedai 7E144, Tingkat 7, Balai Timur, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, Chek Lap Kok, Lantau, Wilayah Baharu, Hong Kong (di kawasan 'I Love Hong Kong'). Waktu operasi: 7:00 pagi hingga 11:00 malam. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +852-2812-0421, faks +852-2812-0432, e-mel: hkiapml@peninsula.com atau lawati www.peninsulaboutique.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Cik Lamey Chang
Pengurus, Komunikasi
Peninsula Merchandising Limited
Suite 1002, Menara 6, China Hong Kong City
33 Canton Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong
Telefon: +852-2193-6610
Faksimile: +852-3007-2131
E-mel: lameychang@peninsula.com
Laman web: www.peninsulaboutique.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151210/8521508491

Source: Peninsula Merchandising Limited
Keywords: Food/Beverages Hotels and Resorts Retail Travel New products/services