omniture

Sekolah, iPhone dan IoT: WatchGuard Ramal Tumpuan Buruan Terbaharu Penggodam pada 2016

Daripada spear phishing kepada IoT dan pengiklanan hasad, ancaman keselamatan adalah antara isu yang perlu diawasi tahun hadapan
WatchGuard Technologies Inc.
2015-12-28 10:00 333

SEATTLE, 28 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- WatchGuard® Technologies, peneraju dalam tembok api pelbagai guna, telah menerbitkan satu senarai lengkap bagi 10 ramalan tentang keselamatan maklumat baharu untuk tahun 2016. Kajian keselamatan daripada WatchGuard mengetengahkan pola ancaman yang baharu dan semakin meningkat seperti: perisian tebusan (ransomware) canggih yang menyerang pelbagai platform; peningkatan serangan terhadap peranti iOS; dan tumpuan baharu untuk penjenayah mencari data bagi mencuri identiti.

"Landskap ancaman keselamatan sentiasa berubah kerana penjenayah siber menggunakan kaedah yang lama serta baharu untuk meluaskan capaian mereka, mengeksploitasi pengguna dan memperoleh akses kepada data penting," kata Corey Nachreiner, ketua pegawai teknologi di WatchGuard. "Sebagai langkah keselamatan, kami menyarankan beberapa amalan keselamatan seperti yang berikut; melatih kakitangan tentang ancaman dan teknik kejuruteraan sosial teknik yang khusus; dan mengguna pakai teknologi keselamatan rangkaian yang terkini supaya sesebuah organisasi dapat mengesan isu keselamatan dalam masa nyata untuk melaporkan serangan yang kami ramalkan pada tahun 2016."

1.     Perisian Tebusan Peroleh Platform Baharu
2.     Kejuruteraan Sosial Menjadikan Orang Ramai sebagai Ancaman Utama
3.     Pelanggaran Keselamatan SMB Kembali kepada Asas
4.     Perisian Hasad dalam iOS Akan Meningkat
5.     Pengiklanan Hasad Meningkat Menggunakan Kaedah Penyulitan
6.     Pengautomatan Majukan Keselamatan ke Tahap Seterusnya
7.     Penjenayah Siber Kembali ke Sekolah untuk Mencari Data
8.     Perisian Tegar yang Dirampas Serang Internet of Things
9.     Fungsi Tanpa Wayar "Mudah Digunakan" Dedahkan Kelemahan Utama Dunia Tanpa Wayar
10.  Penggodam Aktivis Godam Media Penyiaran

Sumber Berkaitan: Muat Turun Ramalan Keselamatan 2016 daripada WatchGuard

Latar Belakang WatchGuard Technologies, Inc.

WatchGuard® Technologies, Inc. adalah peneraju global bagi penyelesaian keselamatan perniagaan yang bersepadu dan pelbagai guna yang dengan pintar menggabungkan perkakasan piawaian industri, fungsi keselamatan yang tecanggih, dengan instrumen pengurusan berasaskan dasar. WatchGuard menyediakan perlindungan yang mudah digunakan tetapi berkuasa kepada ratusan ribu perniagaan di seluruh dunia. Produk WatchGuard disokong oleh WatchGuard LiveSecurity® Service, satu program sokongan yang inovatif. WatchGuard beribu pejabat di Seattle, Washington dan memiliki cawangan di seluruh Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik, dan Amerika Latin. Untuk maklumat lanjut, lawati WatchGuard.com.

Untuk maklumat tambahan, promosi dan kemas kini, ikuti WatchGuard di Twitter @WatchGuardTech di Facebook, atau di halaman LinkedIn Company. WatchGuard adalah tanda niaga berdaftar milik WatchGuard Technologies, Inc.

Hubungi:
WatchGuard Technologies
Jolene Goh
+65-6536-7717 samb 207
+65-9725-8867
Jolene.Goh@watchguard.com 

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20151223/8521508788LOGO

Source: WatchGuard Technologies Inc.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services