omniture

Oberoi Hotels & Resorts Dipilih Jenama Hotel Terbaik Dunia Tahun Kedua Berturut-turut oleh Travel + Leisure, AS, Anugerah Terbaik Dunia, Tinjauan Pembaca 2016

Oberoi Hotels & Resorts
2016-07-19 11:46 642

NEW YORK, 19 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Oberoi Hotels & Resorts dipilih sebagai Jenama Hotel Terbaik Dunia oleh Travel + Leisure, Anugerah Terbaik Dunia, 2016 untuk tahun kedua berturut-turut.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160718/814053-c )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160718/814053-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160718/814053-b )

Penarafan ini adalah hasil Undian Pembaca yang dijalankan oleh majalah tersebut. Anugerah Terbaik Dunia Travel + Leisure merupakan antara anugerah paling berprestij dalam industri pelancongan memandangkan pihak yang menentukan tahap kecemerlangan hospitaliti dan pelancongan ialah pihak pembaca. Para pembaca memberi nilai terhadap pengalaman mereka dan membuat penilaian terhadap hotel di seluruh dunia mengikut kategori berikut – bilik dan kemudahan, lokasi, perkhidmatan, restoran, makanan dan nilai.

En. P.R.S. Oberoi, Pengerusi Eksekutif, The Oberoi Group berkata, "Saya berasa amat berbangga Oberoi Hotels & Resorts dipilih sebagai Jenama Hotel Terbaik Dunia untuk tahun kedua berturut-turut. Anugerah ini mengesahkan komitmen padu The Oberoi Group bagi menawarkan para tetamu dengan kemudahan bertaraf dunia dan perkhidmatan yang tiada tandingan. Saya ingin mendedikasikan anugerah ini buat kakitangan kami yang merupakan aset terbaik kami, yang telah bekerja dengan bersungguh-sungguh demi memastikan tetamu kami menerima perkhidmatan yang mesra, tersuai khusus dan prihatin."

En. Nathan LumpEditor Travel + Leisure berkata, "Ini bukan suatu tugas yang mudah apabila dipilih sebagai jenama hotel terbaik untuk tahun kedua berturut-turut, namun Oberoi Hotels & Resorts sekali lagi berjaya meraih kedudukan teratas. Ini semua bukan sekadar hartanah yang berkualiti luar biasa yang berada di lokasi-lokasi terbaik, tetapi juga disebabkan kualiti perkhidmatan yang diiktiraf oleh pembaca Travel + Leisure sebagai sesuatu yang melangkaui jangkaan."

Nota tambahan untuk Editor:

Latar Belakang Oberoi Hotels & Resorts  

Oberoi Hotels & Resorts amat terkenal di dunia melalui penyediaan gabungan terbaik antara perkhidmatan, nilai kemewahan dan kecekapan yang teliti. Diiktiraf di peringkat antarabangsa menerusi tahap kecemerlangan yang menyeluruh dan kualiti perkhidmatan yang tiada tandingan, Oberoi Hotels & Resorts pernah merangkul anugerah dan penghormatan yang tidak terkira banyaknya.

Ciri utama hotel milik Syarikat ini ialah kakitangan mereka yang amat bermotivasi dan terlatih yang menyediakan perkhidmatan yang benar-benar teliti, bersifat peribadi serta mesra. Hotel-hotel mewah milik Syarikat ini juga memiliki reputasi yang kukuh dalam menentukan semula paradigma kemewahan dan kecemerlangan perkhidmatan bagi hotel-hotel yang terdapat di seluruh dunia.

http://www.oberoihotels.com

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
Silki Sehgal
Pengarah - Komunikasi Korporat
The Oberoi Group
Telefon:  +91-11-2389 0505
Emel: silki.sehgal@oberoigroup.com

Source: Oberoi Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Travel Awards