omniture

Kajian Klinikal Menunjukkan AstaReal(R) Astaxanthin Berkesan Mengurangkan Keletihan Mental dan Fizikal

AstaReal Pte Ltd
2016-11-15 10:01 549

SINGAPURA, 15 November 2016 /PRNewswire/ -- Satu kajian baharu yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Therapeutics & Medicines menunjukkan AstaReal® astaxanthin berkesan terhadap kedua-dua keletihan mental dan fizikal serentak.

Dr. Robert Corish, penasihat perubatan untuk AstaReal menjelaskan, "Percubaan ini menilai jenis keletihan yang paling biasa dialami oleh kebanyakan kita ketika menjalankan rutin harian; keletihan mental dan juga keletihan fizikal. Keputusan menunjukkan AstaReal® astaxanthin dapat menghalang dan menangani kedua-dua jenis keletihan ini selain dapat memperbaiki prestasi. Keletihan ialah rungutan yang paling banyak diterima oleh pakar-pakar perubatan masa kini; dan berdasarkan pengalaman saya, ini merupakan kali pertama bahan semula jadi telah terbukti dapat memulihkan keadaan ini."

Dalam kajian buta duaan, rawak dan dikawal oleh plasebo, seramai tiga puluh sembilan peserta sihat yang mengadu mengalami masalah keletihan telah dirawat menggunakan AstaReal® astaxanthin selama lapan minggu. Kajian ini diwujudkan untuk mencetuskan keletihan dan tekanan, sama seperti yang dialami dalam kehidupan seharian. Bagi cabaran mental, setiap individu diberikan bateri pengiraan yang ditetapkan masanya (ujian Uchida-Kraepelin) – satu ujian yang memerlukan daya tumpuan yang amat tinggi. Komponen fizikal dijalankan menggunakan ergometer basikal. Metrik keletihan objektif dan subjektif dinilai sebelum dan selepas menjalani ujian tekanan.

Analisis Skala Analog Visual (VAS) menunjukkan AstaReal® astaxanthin dapat memperbaiki kejelasan pemikiran, daya tumpuan, motivasi dan emosi yang begitu ketara berbanding plasebo. Bagi ujian pengiraan, peningkatan kesilapan dapat dilihat dalam kumpulan plasebo pada separuh masa kedua ujian itu hampir diatasi sepenuhnya dalam kumpulan astaxanthin. Pemberian astaxanthin turut mengurangkan tahap kortisol dalam air liur dengan ketara, iaitu penanda bio bagi tekanan.

Vincent Wood, Presiden AstaReal Singapura menyatakan, "Kita semua memerlukan ketahanan dari segi fizikal dan mental sebagai sebahagian daripada kehidupan harian kita. Makanan tambahan yang mengandungi AstaReal® amat bermanfaat khusus buat mereka yang bekerja dengan tahap tekanan fizikal dan mental yang begitu tinggi, seperti anggota tentera dan kakitangan hospitaliti, serta golongan profesional penjagaan kesihatan dan kewangan."

Rujukan:

Hongo, N. et al. "Randomized controlled trial of the anti-fatigue effects of astaxanthin on mental and physical loads simulating daily life."Journal of Clinical Therapeutics & Medicines 32.7 (2016): 277-91.

Latar Belakang AstaReal

AstaReal ialah sebahagian daripada AstaReal Group, yang dimiliki sepenuhnya oleh Fuji Chemical Group of Japan. AstaReal® ialah nama jenama global untuk produk-produk astaxanthin semula jadi. Layari www.astareal.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut:

Vincent Wood, 
Presiden AstaReal Pte Ltd.
enquiry@astareal.sg
+65 6222 1778

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161102/8521607132LOGO

 

Source: AstaReal Pte Ltd
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Survey, Polls & Research