omniture

Persidangan Inovasi Teknologi Global Buat Kemunculan Sulung di AWE 2017

China Household Electrical Appliances Association
2017-01-12 03:19 658

SHANGHAI, 12 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Ekspo Perkakasan & Barangan Elektronik Dunia (AWE) bakal berlangsung di Shanghai, China mulai 9-11 Mac 2017. Bertemakan "Kediaman Pintar", ekspo tahun ini akan menganjurkan pelbagai forum berkaitan aspek pintar. Antara forum ini, Persidangan Inovasi Teknologi Global (GTIC) 2017 yang dirancang untuk lebih seribu peserta tidak syak lagi akan menjadi acara blokbuster. Persidangan ini akan diadakan pada 10 Mac.

GTIC ialah sebuah persidangan dan platform perkongsian sumber yang dikhususkan untuk inovasi saintifik dan teknologi yang menumpu pada bidang-bidang teknologi baharu, seperti kepintaran buatan, VR/AR dan pemanduan pintar. ZhiDX akan bekerjasama dengan AWE, Jiguo, GfK dan Tencent Technologies bagi menaja bersama GTIC tahun ini, yang akan berkisar tema "Evolusi Pintar, Muat Semula Masa Depan" dan menampilkan tiga topik perbincangan utama – "pertukaran teknologi AI", "pemanduan pintar" dan "kehidupan kediaman pintar". Sejumlah tetamu berprofil tinggi termasuk Ketua Pembelajaran Mesin Awan Google, Fei-Fei Li; Naib Presiden Kanan Amazon, Dave Limp; Naib Presiden Korporat Intel, Ian Yang; Presiden Baidu, Yaqin Zhang; Naib Presiden Kanan Korporat Microsoft, Hsiao-Wuen Hon; Ketua Pegawai Eksekutif Sogou, Xiaochuan Wang; Presiden iFlyTech, Yu Hu; Naib Presiden Korporat Tesla, Yuxiang Ren; Naib Presiden Sony SCE, Masayasu Ito; dan Ketua Pegawai Eksekutif Dyson, Max Conze akan diundang untuk berkongsi kepakaran teknikal mereka bagi kandungan berkaitan pemanduan pintar, robot serta kehidupan kediaman pintar.

Pada masa yang sama, persidangan ini akan memperkenalkan Anugerah GTIC 2017, satu pertandingan pemilihan produk sains dan teknologi inovatif. Ia akan meliputi lima segmen utama – "kepintaran buatan", "pemanduan pintar", "hiburan pintar", "kehidupan kediaman pintar" serta "sukan dan kesihatan". Jawatankuasa penganjur, panel hakim terdiri daripada seratus Ketua Pegawai Eksekutif dan panel yang lain melibatkan seratus ketua editor yang membentuk satu mekanisme penilaian tiga penjuru, dan mereka akan bersama-sama menilai dan memilih para pemenang.

Selain GTIC, sepanjang tempoh AWE, kira-kira dua belas aktiviti canggih yang lain akan diadakan. Dengan skala ruang lapan dewan pameran seluas 110,000 meter persegi di SNIEC, audiens akan berpeluang melihat produk-produk baharu, bermula daripada perkakasan rumah biasa, barangan elektronik pengguna, kepada perkakasan kecil selain turut berpeluang mengalami sendiri trend teknologi. "Taman Teknologi" AWE akan menganjurkan satu siri aktiviti termasuk pertarungan robot secara langsung, permainan VR/AR dan cabaran AI.

Pendaftaran GTIC melalui laman sesawang AWE: 
http://service.awe.com.cn:8080/AWEvisitorEn/PreReg/SystemQuery

Laman sesawang rasmi AWE:
http://en.awe.com.cn/  

Laman sesawang rasmi GTIC:
http://gtic.zhidx.com

HUBUNGI:

Cik Cara Wang
+86-10-6709-3609
cara.wang@cheaa.com

Source: China Household Electrical Appliances Association
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news