omniture

RCI dan The Registry Collection(R) Alukan Kembali Vacation Club di Gili Air, Indonesia

RCI Asia-Pacific
2017-02-09 08:00 801

SINGAPURA, 9 Februari 2017 /PRNewswire / -- RCI, merupakan salah satu perintis dunia dalam pertukaran percutian daripada keluarga jenama Wyndham Worldwide (NYSE: WYN), mengalukan pergabungan dengan Kembali Vacation Club di Gili Air, Indonesia baru-baru ini ke dalam rangkaian pertukaran percutiannya, dengan ini, RCI menyediakan pilihan destinasi baru kepada ahli-ahlinya. Pusat peranginan daripada Kembali Vacation Club adalah seperti berikutGrand Sunset yang akan bergabung dengan RCI, manakala Grand Gili akan menyertai program The Registry Collection®.

 

"Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Kembali Vacation Club dan mempunyai dua pusat peranginan yang indah ini menyertai RCI dan rangkaian pusat peranginan The Registry Collection. Kedua-dua pusat peranginan ini akan mewakili pusat peranginan yang pertama di Kepulauan Gili untuk kedua-dua program tersebut," kata Jonathan Mills, pengarah urusan, RCI Asia Pacific. "Antara ketiga-tiga Pulau Gili, Gili Air adalah salah satu pulau yang terdekat  kepada Lombok, dan mempunyai pantai berpasir putih yang terbaik antara ketiga-tiga pulau. Tiada kenderaan bermotor di seluruh pulau ini, ia bagaikan syurga tropika yang terbaik. Walaupun begitu, ia tetap mempunyai kafe dan restoran di persisiran pantai yang mencukupi untuk hiburan. Ahli-ahli yang mencari tempat percutian yang tenang dan terpencil pasti akan terpaut hati dengan destinasi percutian baharu ini. "

Grand Sunset terletak di Gili Air, sebuah pulau kecil yang berada di barat laut Lombok, Indonesia. Ia akan mengambil masa perjalanan kira-kira 90 minit dari Pulau Bali dengan menaiki bot. Grand Sunset ialah pusat peranginan yang menghadap laut, ia menpunyai pemandangan Laut Bali dan pemandangan Gunung Agung, iaitu gunung berapi yang terbesar di Bali, yang sungguh mengagumkan.

Kesemua biliknya telah direka dengan bilik mandi terbuka, katil size queen dengan cadar yang menpunyai 500 lembaran benang serta wifi percuma. Selain daripada itu, Grand Sunset juga mempunyai pusat menyelam yang menawarkan perkhidmatan selaman skuba, selaman bebas dan aktiviti snorkeling. Perjalanan ke restoran-restoran yang terletak di kampung terdekat hanya sejauh lima minit sahaja.

Grand Gili terletak di sudut barat daya Gili Air, ia terkenal dengan pemandangan matahari terbenam yang sungguh indah, pantai berpasir putih dan air yang jelas berwarna turquoise. Kedudukan Grand Gili sangat strategic, hanya 500 meter dari pelabuhan Gili Air. Grand Gili dijangka akan siap dibina masa September 2017, kondo-hotel ini terdiri daripada 13 vila, tiga daripadanya menpunyai kolam renang persendirian. Setiap vila akan mempunyai bilik mandi separuh-terbuka dengan bumbungnya yang boleh ditarik masuk, ini membolehkan ahli menikmati mandian buih di bawah kerdipan bintang-bintang. Vila ini direka oleh arkitek yang memenangi anugerah 'Ibuku', yang mana reka bentuk eko-mewahnya yang unik memaparkan kemewahan moden yang dibina dengan menggunakan bahan binaan yang mesra alam dan tradisional seperti buluh. Pusat peranginan ini juga menggunakan kuasa suria, sistem greywater (system penapisan air) dan taman organik.

"Keindahan Gili Air pasti akan menawan hati anda dan membuat ia sukar untuk ditinggalkan," kata Amigo Bugeaud, pengarah jualan, Kembali Vacation Club. Penggabungan kami dengan RCI dan The Registry Collection memberi peluang kepada ahli dari seluruh pelusuk dunia untuk mengalami keindahan tropika ini bersama kami. Kami berharap untuk menyanpaikan kelebihan yang mesra alam ini kepada pemilikan percutian. "

Untuk keterangan lanjut, layari RCI.com atau TheRegistryCollection.com.

Latar Belakang RCI

RCI ialah peneraju dunia bagi pertukaran percutian yang melibatkan hampir 4,300 pusat peranginan bersekutu di lebih 100 buah negara. RCI merintis konsep pertukaran percutian pada tahun 1974, menawarkan ahli-ahlinya dengan kefleksibilan dan kepelbagaian yang lebih baik untuk pengalaman pemilikan percutian mereka. Hari ini, melalui program RCI Weeks® iaitu sistem pertukaran mengikut minggu, dan program RCI Points®, iaitu sistem pertukaran mengikut mata peringkat global yang pertama dalam industri, RCI menyediakan pilihan percutian yang fleksibel kepada 3.8 juta ahli RCI yang melanggan setiap tahun. Program pertukaran mewah RCI, The Registry Collection®, merupakan program terbesar di dunia yang melibatkan kira-kira 200 hartanah bersekutu, sama ada boleh diakses sebagai pertukaran atau masih dalam proses pembangunan di enam benua. RCI merupakan sebahagian daripada kumpulan jenama Wyndham Destination Network dan Wyndham Worldwide (NYSE: WYN). Untuk sebarang maklumat tambahan sila lawati pusat mediakami atau rciaffiliates.com. RCI juga boleh ditemui melalui Facebook, YouTube dan juga Twitter.

Latar Belakang program The Registry Collection®

Program The Registry Collection® ialah program pertukaran mewah yang terbesar di dunia, dengan gabungan hampir 200 pusat peranginan yang sama ada boleh diakses untuk pertukaran atau yang masih di peringkat pembangunan. Dari hotel kondo dan pemilikan pusat peranginan mewah, hingga ke kelab kediaman persendirian dan pemilikan kapal-kapal layar, program The Registry Collection menyediakan ahli dengan akses kepada rangkaian elit hartanah percutian terbaik di beberapa destinasi utama di dunia, serta perkhidmatan rencam pelancongan yang tersedia 24 jam sehari. Program The Registry Collection ditawarkan oleh RCI, peneraju dunia dalam pertukaran percutian dan merupakan sebahagian daripada keluarga jenama Wyndham Worldwide (NYSE: WYN). Untuk maklumat tambahan sila lawati pusat media kami atau TheRegistryCollection.com. Anda juga boleh temui The Registry Collection di Facebook dan Instagram.

Latar Belakang Gili Development and Rentals

Gili Development and Rentals ialah sebuah syarikat pembangunan pusat peranginan yang kian berkembang pesat dengan tumpuan kepada projek-projek pembangunan di destinasi perjalanan berpotensi yang masih kekurangan kemudahan mewah dalam pasaran tahap pertengahan. Biasanya pasaran pelancongan yang semakin meningkat seperti ini akan mempunyai hotel mewah 5-bintang dan banyak pilihan hotel bertaraf rendah dan asrama. Terdapat permintaan untuk memenuhi tuntutan pelancong muda professional yang inginkan pelancongan selesa yang murah. Oleh itu, Gili Development memberi tumpuan kepada pembinaan hartanah 3-4 bintang untuk menyediakan penginapan yang berpatutan kepada pelancong yang ingin melakukan pelancongan penuh bergaya sambil meneroka destinasi popular terpencil.

Hubungan Media:

Tania Sim
Tania.Sim@rci.com

Catherine Reynolds
Catherine.Reynolds@rci.com 
+1 (973) 753-4662

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141219/8521407668LOGO 
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170202/8521700609LOGO

Source: RCI Asia-Pacific
Related Stocks:
NYSE:WYN
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion Licensing/marketing agreements New products/services