omniture

Alami Masa depan "Kelaziman yang Pasti" di Seoul

Diarahkan bersama arkitek yang tersohor dunia Alejandro Zaera-Polo dan Hyungmin Pai, Seoul Biennale bagi Seni Bina dan Pembandaran 2017 diadakan di seluruh bandar, termasuk Dongdaemun Design Plaza, selama dua bulan, bermula pada 2 September.
Seoul Metropolitan Government
2017-09-19 10:00 618

 

SEOUL, Korea Selatan, 19 September 2017 /PRNewswire/ -- Acara dwitahunan pertama Korea khusus bagi membincangkan topik-topik berkenaan "bandar" dan "seni bina" sedang diadakan di Seoul.

Official poster and Co-directors (Hyungmin Pai and Alejandro Zaera-Polo) for the Seoul Biennale of Architecture and Urbanism

Official poster and Co-directors (Hyungmin Pai and Alejandro Zaera-Polo) for the Seoul Biennale of Architecture and Urbanism

Kerajaan Metropolitan Seoul dan Yayasan Seoul Design mengumumkan bahawa Seoul Biennale bagi Seni Bina dan Pembandaran Pertama (Seoul Biennale) bakal diadakan selama dua bulan, mulai 2 September hingga 5 November 2017, di kawasan-kawasan sekitar Seoul, termasuk Dongdaemun Design Plaza (DDP) dan Perkampungan Muzium Donuimun. 

The Donuimun Museum Village where the Thematic Exhibition is taking place

The Donuimun Museum Village where the Thematic Exhibition is taking place

Sejak dirasmikan oleh Datuk Bandar Seoul Park Won Soon pada tahun 2011, hala tuju dasar bandar Seoul mula beralih kepada promosi pemulihan semula bandar dan penstrukturan semula Seoul menjadi "bandar kongsi". Sepanjang acara Seoul Biennale, wakil-wakil dari Seoul akan berpeluang untuk membincangkan tentang perubahan peranan seni bina di bandar-bandar bersama wakil-wakil dari bandar-bandar lain di seluruh dunia.

Seoul Biennale yang julung kali diadakan ini diarahkan bersama Hyungmin Pai, profesor seni bina di University of Seoul dan Alejandro Zaera-Polo, seorang arkitek yang tersohor di dunia dan profesor di Princeton University. Pai merupakan kurator Pavilion Korea yang meraih anugerah Golden Lion bagi Penyertaan Nasional Terbaik, sempena Venice Biennale 2014. Zaera-Polo ialah seorang arkitek kelahiran Sepanyol yang ternama, dengan hasil kerja utama beliau termasuk Terminal Penumpang Antarabangsa Yokohama.

Bakal diadakan di bawah tema "Kelaziman yang Pasti", Seoul Biennale terdiri daripada empat bahagian penting, termasuk dua pameran utama, "Pameran Bandar-bandar" dan "Pameran Bertema", Projek-projek Secara Langsung, yang bakal diadakan di tapak-tapak bersejarah dan perindustrian utama di Seoul, serta pelbagai program penyertaan rakyat.

Dirancang untuk diadakan di Perkampungan Muzium Donuimun, Pameran Bertema akan mempamerkan 39 projek yang menonjolkan pelbagai jenis penyelesaian untuk masalah-masalah bandar, seperti teknologi, dasar, gaya hidup dan penyelesaian reka bentuk, berasaskan "Sembilan Kelaziman". Sembilan Kelaziman ini terdiri daripada empat kelaziman ekologi – udara, air, api dan tanah – dan lima kelaziman teknologi – membuat, mengesan, bergerak, mengitar semula dan berkomunikasi. Perkampungan Muzium Donuimun ialah sebuah perkampungan yang kaya dengan sejarah dan budaya yang diwujudkan melalui usaha-usaha pemulihan semula bandar. Ia menempatkan hanok (rumah tradisional Korea) yang diubah suai serta kira-kira 30 bangunan yang berusia sejak zaman penjajahan Jepun hingga tahun 1980-an. Bersama-sama Seoul Biennale, ia dibuka untuk orang awam buat julung kalinya pada bulan September.

"Pameran Bandar-bandar" pula memperkenalkan projek-projek awam yang telah dilaksanakan di bandar-bandar seluruh dunia bagi menangani pelbagai isu bandar. Pameran ini diadakan di DDP, yang akan bertindak sebagai platform untuk membandingkan dan membezakan pelbagai nilai lazim bandar-bandar global, selain akan menampilkan projek-projek dalam kira-kira 50 bandar, termasuk New York, London, Vienna, San Francisco, Shanghai dan Pyongyang. 

Secara khususnya, Pameran Pyongyang mempamerkan model pangsapuri biasa di Pyongyang, dengan saiz lantai berukuran 36 meter persegi, berasaskan tema "Perubahan Budaya Ruang Bandar dan Perumahan Pyongyang". Sewaktu merancang pameran ini, khidmat runding diperoleh daripada pakar-pakar Korea Selatan tentang Korea Utara, termasuk pakar-pakar di Kementerian Penyatuan dan Perkhidmatan Perisikan Negara Korea. Pintu masuk, ruang tamu, bilik tidur, dapur dan bilik air, kesemuanya telah dibina agar sepadan dengan rumah-rumah sebenar di Korea Utara dan ruangnya dilengkapi dengan perabot yang ditempah khas serta kertas hias dinding, sama seperti yang didapati di pangsapuri Pyongyang. Selain itu, perkakasan rumah turut dibawa dari Korea Utara, demi memberikan pengalaman yang membolehkan pengunjung merasakan seolah-olah mereka melangkah masuk ke dalam pangsapuri Pyongyang yang sebenar.

Cities Exhibition: Pyongyang Exhibition

Cities Exhibition: Pyongyang Exhibition

"Seoul Biennale akan menyediakan satu platform untuk tujuan komunikasi antara orang awam dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang serta perbincangan tentang seni bina bandar di Seoul," kata Pengarah Bersama Hyungmin Pai. Beliau menambah, "Ia juga akan memberi peluang kepada kami untuk meninjau potensi Seoul sebagai sebuah bandar kongsi."

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi Seoul Biennale: http://www.seoulbiennale.org/

Hubungi:

Jihyun Kim
Emel: Jihyun.kim@seoul.go.kr

Source: Seoul Metropolitan Government
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Construction/Building Travel Asian-related news Trade show news