omniture

Yusen Logistics Lancar Gudang Robotik Automatik Bawakan AutoStore Swisslog ke Singapura

Swisslog
2017-09-22 20:30 852

- Mengoptimum jumlah simpanan daripada 2,000 meter padu kepada 3,500 meter padu, di ruang lantai yang sama

- Kadar penyempurnaan pesanan meningkat 200%

- Daya pemprosesan ditingkatkan hingga 18 kali ganda untuk operasi berjumlah tinggi dan campuran tinggi

- Teknologi inovatif dan pintar sedia mendepani masa depan

SINGAPURA, 22 September 2017 /PRNewswire/ -- Yusen Logistics Singapore melancarkan gudang robotik dan automatik baharu, menampilkan sistem simpanan dan pemungutan pesanan automatik AutoStore Swisslog. AutoStore ialah satu pencapaian berteknologi dalam teknologi pergudangan yang selari dengan visi Yusen untuk mencapai operasi logistik pintar. Inovasi ini diperkenalkan oleh En. Heng Chee How, Timbalan Ketua Setiausaha bagi Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan dan Menteri Kanan Negara, Pejabat Perdana Menteri, En. Kenji Mizushima, Presiden & Wakil Pengarah Yusen Logistics Co. Ltd., En. Ng Kim Hung, Pengarah Urusan Yusen Logistics Singapore Pte. Ltd, dan En. Francis Meier, Ketua Rantau Asia Pasifik, Swisslog Warehouse & Distribution Solutions (WDS), di Yusen Logistics Warehouse yang terletak di Tuas. 

Yusen Logistics AutoStore Launching Ceremony: From left to right: Mr. Ng Kim Hung, Managing Director, Yusen Logistics Singapore, Mr. Heng Chee How, Deputy Secretary-General of the National Trades Union Congress and Senior Minister of State, Prime Minister’s Office, Mr. Kenji Mizushima, President & Representative Director of Yusen Logistics Co. Ltd, Mr. Francis Meier, Head of Asia Pacific WDS, Swisslog
Yusen Logistics AutoStore Launching Ceremony: From left to right: Mr. Ng Kim Hung, Managing Director, Yusen Logistics Singapore, Mr. Heng Chee How, Deputy Secretary-General of the National Trades Union Congress and Senior Minister of State, Prime Minister’s Office, Mr. Kenji Mizushima, President & Representative Director of Yusen Logistics Co. Ltd, Mr. Francis Meier, Head of Asia Pacific WDS, Swisslog

"Pengautomatan membolehkan Yusen Logistics meningkatkan jumlah simpanan dalam ruang lantai yang sama, meningkatkan kadar penyempurnaan pesanan sebanyak 200% dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh untuk menyimpan dan memungut operasi. Sistem AutoStore ini bukan sahaja membantu Yusen meningkatkan operasi, tetapi juga memberikan syarikat dengan kelebihan penggerak pertama untuk membuat penyerahan pada hari yang sama, yang merupakan satu kelebihan daya saing yang penting," kata En. Francis Kwa, Ketua Logistik Kontrak untuk Yusen Logistics Singapore. En. Francis Kwa menambah, "Pelaburan yang dibuat dalam AutoStore turut menyediakan keupayaan untuk menyepadukan dengan lancar operasi pemungutan berasingan dan pemungutan pukal dalam kemudahan gudang baharu." Kemudahan gudang baharu ini dijangka beroperasi pada tahun 2019.

"Kaizen merupakan sebahagian daripada budaya unik di Yusen Logistics. Ia bermakna kami mengutamakan penambahbaikan berterusan terhadap rantaian bekalan pelanggan. Penerimaan teknologi pintar dan automatik merupakan langkah tepat dalam Budaya Kaizen kami," kata En. Ng Kim Hung, Pengarah Urusan, Yusen Logistics Singapore. "Stesen kerja barangan-kepada-individu bersepadu pada sistem AutoStore Swisslog membolehkan Yusen melaksanakan penciptaan semula pekerjaan dan peningkatan kemahiran bagi setiap peranan dengan ciri pengautomatan demi kecekapan tenaga buruh dalam operasi.

Sistem Pergudangan Canggih dan Automatik

Swisslog AutoStore System, automated storage and order picking system
Swisslog AutoStore System, automated storage and order picking system

Penyelesaian AutoStore Swisslog, direka khusus untuk beroperasi dalam operasi dengan campuran dan jumlah yang tinggi, menyediakan grid yang besar berukuran LWH 60m x 20m x 5.4m. Pelbagai produk pelanggan disimpan dalam 40,600 tong dan 22 robot yang bergerak di atas grid bagi menyerahkan barangan kepada 11 stesen kerja barangan-kepada-individu. Ini membolehkan Yusen meningkatkan daya pemprosesan sehingga 18 kali ganda berbanding operasi semasa.

Menurut En. Francis Meier, Ketua Asia Pasifik untuk Swisslog Warehouse & Distribution Solutions (WDS), "Kami berasa teruja dapat bekerjasama dengan Yusen Logistics bagi merealisasikan visinya dalam operasi digital yang akan menarik bakat muda untuk menyertai syarikat. Pengautomatan merupakan langkah mendepani masa depan dan kami gembira dapat menyokong Yusen Logistics untuk mencapai robotik Industri 4.0 dan operasi dipacu data."

Maklumat Perhubungan Media:

Lee Chew Wan
Swisslog 
Tel.      +65-6280-0600
Emel   chewwan.lee@swisslog.com

Latar Belakang Swisslog  

Swisslog mereka, membangunkan dan menyediakan penyelesaian pengautomatan yang terbaik dalam kategori untuk hospital, gudang dan pusat pengedaran yang berpandangan jauh. Kami menawarkan sistem dan perkhidmatan bersepadu daripada satu sumber – bermula dengan perundingan kepada reka bentuk, pelaksanaan dan khidmat pelanggan sepanjang hayat. Di sebalik kejayaan syarikat merupakan 2 500 kakitangan seluruh dunia, menyokong para pelanggan di lebih 50 negara.

www.swisslog.com

Swisslog merupakan sebahagian daripada KUKA Group, pembekal utama dunia bagi penyelesaian pengautomatan pintar.

www.kuka.com

Latar Belakang Yusen Logistics

Yusen Logistics ialah penyedia logistik keseluruhan yang terkemuka di dunia. Kami menawarkan perkhidmatan global untuk penghantaran barang, pergudangan, pengangkutan, perkhidmatan pengedaran, logistik kontrak dan pengurusan rantaian bekalan dalam satu pakej. Kami menyediakan penyelesaian yang bermula daripada operasi kendiri kepada rantaian bekalan global diurus menara kawalan, menggabungkan kepakaran dan pengetahuan kami dengan keupayaan teknologi unik serta rangkaian perkhidmatan bertaraf global kami.

Pengalaman Yusen dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan dalam pasaran serta lokasi yang luas serta berbeza dapat menyediakan penyelesaian yang didorong pengetahuan mengikut cabaran rantaian bekalan anda. Yusen bersedia menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan berinovasi bagi mewujudkan pertumbuhan yang mampan untuk perniagaan dan masyarakat.

Yusen Logistics berada di peringkat global di lebih 500 bandar dalam 43 negara dengan tapak pergudangan berkeluasan lebih 2.2 juta meter persegi, mencakupi lima kawasan yang strategik iaitu Jepun, Eropah, benua Amerika, Asia Timur dan Asia Selatan & Oceania.

www.yusen-logistics.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170920/1947240-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170920/1947240-1-b

Source: Swisslog
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Contracts New products/services