HONG KONG, 5 Mac 2019 /PRNewswire/ -- K11 dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia baru sahaja dinamakan sebagai salah sebuah Syarikat Paling Inovatif Fast Company bagi tahun 2019. Ini merupakan tahun kedua K11, yang ditubuhkan oleh Adrian Cheng pada tahun 2008, diberi pengiktirafan oleh Fast Company atas ciri-ciri inovatifnya dan model-model baharu yang disruptif di bawah konsep hybrid muzium-runcit pusat beli belah berkenaan. Selepas diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat yang paling inovatif di China tahun lalu, dalam senarai tahun ini, K11 buat julung kalinya diiktiraf dalam kategori global di bawah sektor pembangunan bandar dan hartanah. Khususnya, K11 juga merupakan satu-satunya syarikat dari Asia yang dinamakan di bawah kategori anugerah tahun ini untuk sektor ini.
Sejak tahun 2008, senarai Syarikat-syarikat Paling Inovatif tahunan Fast Company telah mengiktiraf syarikat-syarikat rintis di seluruh dunia merentas 41 kategori yang merangkumi pelbagai sektor dan bidang. Diterbitkan oleh salah satu platform inovasi, reka bentuk dan media teknologi yang terkemuka di dunia, senarai anugerah ini dilihat sebagai sumber definitif bagi mengiktiraf organisasi-organisasi yang memberi impak transformatif dalam membentuk industri dan masyarakat.
Senarai tahun ini mengiktiraf impak transformatif yang diberikan oleh K11 terhadap sektor peruncitan dari segi sejauh mana ia menggabungkan pengalaman dalam talian dan luar talian untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada pengguna di seluruh Rantau Besar China. Melalui koleksi pusat membeli belah (K11 Art Mall), pejabat (K11 ATELIER) dan tawaran hospitaliti (K11 ARTUS), K11 menyepadukan pengalaman dalam talian dengan tarikan bangunan-bangunan fizikal yang menarik untuk golongan milenia dan pengguna Generasi Z yang menginginkan pengalaman unik dan menghargai produk-produk diperibadikan.
Dalam memberi penghormatan kepada K11 untuk senarai ini, Fast Company mengiktiraf sejauh mana K11 menerapkan teknologi yang inovatif dalam seluruh perniagaannya. Sebagai contoh, pada tahun 2018, K11 membawa ObEN, sebuah syarikat kecerdasan buatan, yang memperkenalkan ciri-ciri baharu seperti avatar pintar, perkhidmatan rencam peribadi dan pengalaman membeli belah maya baharu ke dalam pusat membeli belahnya. Di samping itu, K11 turut menganjurkan pertandingan e-sukan pertamanya di Hong Kong, berserta sebuah pameran konsol permainan dan permainan video. Kelebihan inovatif K11 terus ditingkatkan menerusi cabang pelaburan modal usaha niaganya - pelaburan K11 dan C Ventures, yang menyediakan pembiayaan peringkat awal kepada syarikat-syarikat baharu yang disruptif, jenama-jenama dan platform-platform dipacu teknologi yang menarik minat pengguna generasi lebih muda. Satu contoh pelaburan ini ialah sejauh mana K11 membina ruang fizikal untuk DayDayCook, saluran memasak digital yang terbesar di China, untuk memindahkan rangkaian dalam talian kepada studio memasak pengalaman luar talian di pusat membeli belah K11 Shanghai dan Guangzhou.
Adrian Cheng, pengasas K11 dan Naib Pengerusi Eksekutif New World Development Group berkata, "Di K11, kami sentiasa berusaha untuk mengaturkan pengalaman paling hebat dengan menyepadukan idea-idea rintis dan model-model baharu bagi mengubah pengalaman membeli belah menjadi aktiviti yang benar-benar imersif yang membawakan perjalanan baharu yang memberangsangkan untuk generasi pelanggan akan datang. Apa yang kami sediakan lebih daripada sekadar pengalaman membeli belah, kami bermatlamat untuk membina ekosistem bandar yang membolehkan orang ramai bekerja, menetap, membeli belah, bermain, menjamu selera dan membina impian dalam satu hab yang menginspirasikan dan bersepadu di beberapa bandar yang paling menarik di dunia. Saya amat berbangga kerana komitmen kami diiktiraf di peringkat antarabangsa dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan sekerja K11 yang membolehkan anugerah ini dicapai. Kami akan terus menginovasi menuju masa depan dan saya berasa amat teruja tentang rancangan-rancangan akan datang kami menerusi pembukaan penuh Victoria Dockside lewat tahun ini."
Latar Belakang K11 Group
Ditubuhkan pada tahun 2008 oleh usahawan Adrian Cheng, K11 Group menggabungkan seni dan perdagangan dalam hartanah komersial dan kediaman serta merupakan portfolio jenama yang semakin berkembang merentas sektor-sektor berbeza di Rantau Besar China dan seluruh dunia. Pada tahun 2018, K11 Group mengumumkan pembangunan Muzium-Runcit paling bercita-cita tinggi K11 MUSEA, yang terletak di tengah-tengah kawasan seni dan reka bentuk Victoria Dockside baharu yang bernilai US$2.6 bilion, dibangunkan oleh syarikat induk New World Development di Hong Kong, yang dijadual untuk dibuka sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2019. Selain K11 Art Malls unggulannya, K11 Group turut mengendalikan K11 ATELIER, jaringan bangunan pejabat untuk tenaga kerja generasi seterusnya; kediaman mewah untuk pengembara dunia K11 ARTUS; platform pendidikan terbuka K11 Kulture Academy; konsep peruncitan transformatif diinspiraskan oleh terarium K11 Natural; institusi perundingan dan penyelidikan pasaran K11 Future Taskforce; dan K11 Art Foundation, organisasi bukan untung pertama China untuk memupuk artis-artis dan kurator-kurator Cina. K11 Group berpangkalan di Hong Kong dan mempunyai operasi-operasi di Rantau Besar China, selain membuat pelaburan di Eropah dan AS. Melalui K11 Group, tujuan yang dinyatakan oleh Cheng adalah untuk sentiasa menginovasi dan "menghubungkan ekosistem kebudayaan China dan golongan milenia baru muncul serta Generasi Z dengan dunia", bagi mencipta identiti global baharu untuk golongan milenia Cina. Menjelang tahun 2023, K11 Group akan memperoleh jejak di sembilan bandar di seluruh Rantau Besar China.
Latar Belakang Fast Company
Fast Company ialah jenama media perniagaan yang terkemuka di dunia, dengan tumpuan editorial terhadap inovasi dalam teknologi, kepimpinan, idea yang mengubah dunia, daya kreativiti dan reka bentuk. Ditulis untuk dan tentang pemimpin-pemimpin perniagaan yang paling progresif, Fast Company menginspirasikan pembaca-pembaca untuk berfikir secara ekspansif, memimpin secara bertujuan, menerima perubahan dan membentuk masa depan perniagaan.