omniture

Tiga Cef Selebriti Sertai Burj Al Arab Jumeirah Ikonik

Jumeirah Group
2019-04-29 22:54 464

DUBAI, UAE, 29 April 2019 /PRNewswire/ -- Lanjutan pengumuman Jumeirah Group baru-baru ini untuk memburu kedudukan sebagai jenama hospitaliti mewah antarabangsa terkemuka, kumpulan ini terus mengukuhkan keunggulannya dalam seni pengalaman menikmati juadah yang dipertingkat.

Anthony Costa, MD of Burj Al Arab, Chef Kim Joine Maurin, Chef Kasper Kurdahl, Chef Francky Semblat and Jose Silva, CEO of Jumeirah Group
Anthony Costa, MD of Burj Al Arab, Chef Kim Joine Maurin, Chef Kasper Kurdahl, Chef Francky Semblat and Jose Silva, CEO of Jumeirah Group

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8537451-celebrity-chefs-join-burj-al-arab-jumeirah/

Dengan tumpuan untuk memberikan sensasi kulinari yang tiada tandingan, Burj Al Arab Jumeirah, ikon global yang terkenal, berbangga mengumumkan tiga cef baharu kepada koleksi semasa sepuluh restoran selebriti kumpulan ini: Francky Semblat, Kim Joinie-Maurin dan Kasper Kurdahl, meraikan gabungan sejumlah tujuh bintang Michelin pada pelantikan kulinari terkini mereka.

Berita ini menyusuli perekrutan bersejarah terbaharu Michael Ellis sebagai Ketua Pegawai Kulinari, bekas Pengarah Urusan Michelin Guide.

Francky Semblat dan Kim Joinie-Maurin kedua-duanya protégé sekolah kecemerlangan Joël Robuchon, manakala Kasper Kurdahl bekerja di samping lagenda-lagenda kulinari seperti Roger Souvereyns. Ketiga-tiga cef ini menambah sentuhan unik kepada suasana menjamu selera di Burj Al Arab.

Restoran Al Muntaha hotel ini mengalu-alukan Cef Francky dan restoran Sky View mengalu-alukan Cef Kim, manakala Cef Kasper menyertai restoran Al Mahara.

Anthony Costa, Naib Presiden Serantau Jumeirah Group dan Pengarah Urusan Burj Al Arab, yang melantik tiga Cef selebriti ini berkata:

 "Saya teruja untuk mengalu-alukan Cef Kasper, Francky dan Kim ke Burj Al Arab.  Pengalaman mereka di beberapa restoran terbaik di dunia digabung dengan latar belakang mereka yang berbeza dan kembara keusahawanan akan membuka laluan kepada perjalanan gastronomi yang hebat."

Burj Al Arab Jumeirah menyasarkan untuk mencipta pengalaman menjamu selera yang dipertingkat untuk para tetamunya, sejajar dengan fokus berterusan Jumeirah Group untuk meningkatkan tahap dalam ekonomi pengalaman.  Jose Silva, Ketua Pegawai Eksekutif Jumeirah Group menambah: "Kami amat berbangga mengumumkan ketibaan tiga pakar kulinari baharu di hotel utama kami di Dubai.  Pelantikan ini mendedahkan permulaan bagi tawaran kulinari yang lebih pelbagai dan inovatif, di samping fokus berterusan kami terhadap pengalaman tetamu, yang merupakan elemen teras industri mewah.  Suasana kulinari pelbagai Dubai bakal mengembirakan pengunjung Expo2020 tahun depan, dan dengan lebih 60 restoran di Dubai, kami bersedia untuk mengalu-alukan tetamu penggemar makanan ini.  Ini ialah permulaan beberapa pengalaman kulinari dan pelanggan yang mengujakan yang kami rancang untuk diumumkan dalam masa yang terdekat."

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/878863/Jumeirah_Group.jpg

 

Source: Jumeirah Group
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Food/Beverages Hotels and Resorts Organic Food Restaurants Retail Travel New products/services Personnel announcements