omniture

Emaar Hospitality Group Lancar Jualan Kilat Tiga Hari Tiada Tandingan Tawar 25% Potongan untuk Bilik

Emaar Hospitality Group
2019-04-30 23:34 363

DUBAI, UAE, 30 April 2019 /PRNewswire/ -- Emaar Hospitality Group, penyedia kemudahan hospitaliti dan riadah tempatan bertaraf antarabangsa di Dubai, menawarkan jualan kilat selama tiga hari yang menjamin nilai yang tiada tandingan buat tetamu-tetamu dengan 25 peratus potongan untuk semua tempahan bilik hotel.

 

Address Boulevard
Address Boulevard

 

Mulai 1 hingga 3 Mei sahaja, pengunjung-pengunjung ke Dubai dan penduduk-penduduk yang inginkan pengalaman penginapan percutian di hotel-hotel Emaar Hospitality Group yang memenangi anugerah, berpeluang mendapat lebih nilai dengan 25 peratus diskaun.

Jualan kilat ini terpakai untuk semua hotel di bawah jenama mewah dan premium daripada Emaar Hospitality Group, Address Hotels + Resorts dan jenama gaya hidup mewah Vida Hotels and Resorts. Tetamu-tetamu yang menempah Rove Hotels berskala sederhana yang kontemporari, hasil usaha sama antara Emaar Properties dan Meraas, akan turut menerima kadar diskaun berkenaan.

Chris Newman, Ketua Pegawai Operasi Emaar Hospitality Group, berkata: "Jualan kilat ini merupakan tanda penghargaan kami kepada tetamu-tetamu kami dengan mengganjari mereka dengan nilai tambahan khususnya ketika mereka memuktamadkan rancangan perjalanan musim panas mereka. Dengan Dubai yang berperanan sebagai destinasi yang harus dikunjungi pada musim panas ini untuk pengembara-pengembara dari seluruh rantau dan pasaran lebih luas, jualan kilat ini menawarkan mereka dengan peluang sempurna untuk meneroka bandar raya berkenaan sambil menginap di salah sebuah hotel kami yang luar biasa yang terletak di lokasi-lokasi pusat."

Tetamu-tetamu boleh memilih daripada hotel-hotel yang memenangi anugerah termasuk Address Downtown yang megah berdiri berhampiran Burj Khalifa dan The Dubai Mall; Address Dubai Mall, yang dihubungkan terus dengan destinasi jualan dan libur yang paling kerap dikunjungi di dunia; pusat peranginan gaya hidup bandar raya, Address Boulevard, juga terletak di Downtown Dubai; Address Dubai Marina, buat mereka yang menggemari kehidupan tepi pantai dan Address Montgomerie, buat para peminat sukan golf. Untuk pusat peranginan Arabesque yang mewah, Palace Downtown merupakan pilihan sempurna.

Vida Downtown menawarkan tetamu-tetamu dengan gabungan antara gaya dan keselesaan, manakala Manzil Downtown, hotel butik gaya hidup menampilkan reka bentuk tulen, dilengkapi dengan hospitaliti Arab. Kedua-dua hotel juga terletak di Downtown Dubai. Kelima-lima Rove Hotels terletak secara strategik di kawasan kejiranan pusat di Dubai yang juga merupakan sebahagian daripada jualan kilat tersebut. Rove Hotels didatangkan dengan bilik-bilik yang mesra keluarga yang mempunyai kemudahan selesa.

Sama ada seseorang ingin bercuti bagi menikmati suasana romantis, istirehat yang tenang atau masa bersama keluarga yang berharga, mereka boleh menikmati banyak lagi semasa cuti kegemaran mereka di Dubai.

Tempah antara 1-3 Mei 2019 untuk menerima 25 peratus potongan dengan kadar terbaik yang disediakan untuk penginapan antara 5 Mei dan 25 Disember 2019. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat. Untuk menempah, kunjungi addresshotels.comvidahotels.comrovehotels.com

Untuk butiran:
Kelly Home
ASDA'A BCW
+971 4 450 7600
kelly.home@bcw-global.com

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/878872/Emaar_Address_Boulevard.jpg
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/878873/Emaar_Address_Downtown.jpg

 

Executive suite at Address Downtown
Executive suite at Address Downtown

 

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Household/Consumer/Cosmetics Travel New products/services