omniture

Royal Canadian Mint dan United States Mint Ganding Bahu Lancar Kebanggaan Bersama Set Syiling Dua Negara

Royal Canadian Mint (RCM)
2019-06-27 07:54 129

OTTAWA, Ontario, 27 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Bagi meraikan sejarah luar biasa Kanada berhubung pewujudan bersama yang aman dengan Amerika Syarikat, Royal Canadian Mint dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia akan melancarkan set dua-syiling Pride of Two Nations edisi terhad, yang dihasilkan dengan kerjasama United States Mint. Set syiling ini, yang menampilkan persembahan numismatik reka bentuk terkenal syiling bulion Kanada dan Amerika, akan disediakan kepada orang awam pada 3 Julai 2019.

The 2019 Pride of Two Nations Limited Edition Two-Coin Set
The 2019 Pride of Two Nations Limited Edition Two-Coin Set

"Daun mapel dan burung helang merupakan lambang kebanggaan negara kami yang berjiran ini, yang telah berkembang dan makmur bersama-sama selama lebih 150 tahun," kata Marie Lemay, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint. "Kami berbangga kerana lambang yang sama ini, terdapat pada syiling bulion Silver Maple Leaf dan Silver Eagle terkenal kami, boleh dibeli bersama-sama dalam set syiling baharu yang menginspirasikan yang meraikan pertalian istimewa antara Kanada dan Amerika Syarikat."

Set ini mengandungi versi numismatik khas syiling Silver Maple Leaf, yang menampilkan kemasan pruf dan reka bentuk belakang diubah suai, serta syiling perak 1 auns United States Mint American Eagle dengan kemasan pruf belakang yang dipertingkat. Kedua-dua kemasan merupakan yang pertama untuk duit syiling ini.

Bahagian belakang syiling Silver Maple Leaf menampilkan reka bentuk mapel gula klasik Walter Ott, yang pertama kali dicipta pada tahun 1979. Ikon keluarga syiling bulion Maple Leaf Mint terletak pada latar belakang garis radial yang dikelilingi oleh corak bintang dan daun mapel pada bahagian lilitan. Corak yang sama ini mengelilingi patung ukiran Yang Mulia Ratu Elizabeth II oleh Susanna Blunt pada bahagian depan.

Bahagian depan (kepala) syiling perak 1 auns American Eagle memaparkan figura lengkap Liberty oleh Adolph A. Weinman dalam langkah penuh yang diselubungi dengan lipatan sepanduk dihiasi bintang, dengan tangan kanannya dihulurkan manakala dahan pokok laurel dan oak di sebelah kirinya. Bahagian belakang (ekor) syiling menampilkan burung helang lambang kebangsawanan dengan perisai, yang mencengkam dahan pokok zaitun pada cakaran kanan dan anak busar pada sebelah kiri.

Syiling numismatik yang mengagumkan ini dipakejkan dalam bekas berbentuk kulit kerang khas dengan logo Royal Canadian Mint dan US Mint. Di dalamnya, sijil yang terpampang dengan imejan bendera Kanada dan Amerika menambah sentuhan warna yang menggamit perhatian.

Imej-imej Set Syiling Pride of Two Nations disediakan di sini.

Terhad kepada penempaan 10,000 unit dan berharga $189.95. Produk ini boleh dipesan terus daripada Mint di talian 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS, atau di laman sesawang Mint sehingga 3 Julai 2019. Set syiling ini juga boleh didapati di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg serta melalui rangkaian peniaga dan pengedar global kami, termasuk outlet Canada Post yang mengambil bahagian.

Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah sebuah kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, kunjungi www.mint.ca. Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

Latar Belakang United States Mint
Kongres menubuhkan United States Mint pada tahun 1792 dan Mint menjadi sebahagian daripada Jabatan Perbendaharaan pada tahun 1873. Sebagai satu-satunya pengeluar duit syiling tender yang sah Negara, Mint bertanggungjawab untuk mengeluarkan duit syiling edaran untuk Negara bagi menjalankan urusan perniagaan dan perdagangan. Mint turut mengeluarkan produk numismatik termasuk: syiling pruf, syiling tidak diedarkan, dan syiling peringatan; Pingat Emas Kongres; pingat perak dan gangsa; serta syiling bulion perak dan emas. Program-program numismatiknya bercirikan swakekal dan beroperasi tanpa sebarang kos kepada pembayar cukai.

Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Tel: (613) 884-6370, reeves@mint.ca

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/928478/Royal_Canadian_Mint_The_Royal_Canadian_Mint_and_United_States_Mi.jpg

 

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Related Stocks:
Toronto:MNT
Related Links:
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Mining/Metals Precious Metals New products/services Canadian Federal Government