omniture

TEMSA Tandatangani Perjanjian Bernilai 46.5 Juta Euro di Romania

TEMSA
2019-06-27 11:22 122

ADANA, Turki, 27 Jun 2019 /PRNewswire/ -- TEMSA, yang memiliki hampir 15 ribu kenderaan di atas jalan raya di 66 negara, telah memenangi tender utama di Romania. TEMSA, pemenang tender yang diaturkan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Romania, akan mengeksport sejumlah 326 bas model LD12 SB ke negara ini.

TEMSA_Enver_Unver
TEMSA_Enver_Unver

TEMSA yang merupakan salah satu jenama automotif yang terkemuka di dunia dengan lebih 50 tahun pengalaman dalam pengeluaran bas dan bas midi, akan mengeksport sejumlah 326 bas model LD12 SB ke Romania. TEMSA, yang memenangi tender Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Romania menerusi perjanjian bernilai 46.5 juta Euro, akan menyerahkan bas-basnya untuk kegunaan askar Romania dan juga unit keselamatan.

Berucap semasa upacara penandatanganan protokol jualan antara TEMSA dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Romania, Evren Ünver, wakil daripada True Value Capital Partners berkata, "Eropah mempunyai tempat yang amat penting dalam sasaran pertumbuhan kami. Jualan di Romania ini akan menjadi sasaran Kesatuan Eropah kami bagi tahun 2019 dan seterusnya mengukuhkan kedudukan TEMSA dalam pasaran. Bas-bas kami akan memberikan kecekapan kepada pengangkutan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Romania dan juga keselesaan kepada pengguna akhir kami seperti anggota polis."

Ketua Pegawai Eksekutif TEMSA Hasan Yildirim berkata, "Kegiatan eksport memainkan peranan penting bukan sahaja buat kami, tetapi kepada angka-angka pertumbuhan negara kami. Kami akan menyerahkan 326 bas yang akan dikeluarkan di Adana ke Romania dalam tempoh dua tahun. Saya berharap agar jualan ini, yang akan memberi sumbangan positif kepada angka-angka eksport kami, akan memberi manfaat kepada TEMSA dan industri automotif Turki."

TEMSA_CEO_Romania
TEMSA_CEO_Romania

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/928665/TEMSA_Enver_Unver.jpg 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/928664/TEMSA_CEO_Romania.jpg

Source: TEMSA
Related Links:
Keywords: Auto Banking/Financial Service Railroads and Intermodal Transportation Transportation Trucking and Road Transportation Contracts