omniture

Purecircle Holdings Umum Pertukaran Nama kepada Pure CE

Pure CE
2019-06-28 00:05 102

Pure CE mencerminkan tumpuan & kekuatan global portfolio ekonomi pusingan berbilang jenama.

SINGAPURA, 27 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Pure CE Pte Ltd, dahulunya dikenali sebagai Purecircle Holdings Pte Ltd hari ini mengumumkan ia telah menukar nama korporatnya daripada "Purecircle Holdings" kepada "Pure CE".

Pure CE mengemas kini nama korporat dan penjenamaannya agar dapat mencerminkan identitinya sebagai sebuah syarikat ekuiti persendirian yang terkemuka dengan lebih baik, di tengah-tengah salah satu industri paling semasa dari segi sosial dan ekonomi di dunia – ekonomi pusingan. Dalam masa yang sama, pertukaran nama ini mengiktiraf sumbangan unik setiap jenama dan perniagaan Pure CE terhadap kejayaan organisasi keseluruhan.

Ekonomi pusingan bukan sekadar tentang penjimatan sumber, tetapi sebaliknya merupakan satu strategi untuk menggunakan sumber-sumber tersedia dengan cara yang lebih pintar. Disokong oleh peralihan kepada sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui, model pusingan ini membina ketahanan jangka panjang, menjana peluang perniagaan dan ekonomi serta memberi faedah-faedah alam sekitar dan sosial.

"Kami teruja untuk memperkenalkan nama dan identiti Pure CE baharu untuk mencerminkan sifat global peralihan ke arah perniagaan ekonomi pusingan dengan lebih baik, menyatakan dengan jelas tentang perubahan yang kami alami dan juga aspirasi kami," ujar Paul Gandy, MD. "Dengan kejelasan dan tumpuan ini, kini kami dapat meneruskan dengan apa yang dapat kami lakukan dengan terbaik: membawakan produk dan penyelesaian berdaya maju komersial yang terbaik bagi memenuhi tuntutan perubahan undang-undang seperti pengharaman penggunaan plastik sekali guna."

Pure CE ialah sebuah perbadanan ekuiti persendirian termaju dan rintis dengan misi untuk mengenal pasti dan mengembangkan idea-idea konseptual kepada perniagaan-perniagaan yang berubah secara global. Menyokong peralihan kepada ekonomi pusingan, Pure CE telah menghimpunkan pasukan bertaraf dunia yang terdiri daripada pakar-pakar dan pengamal-pengamal terkemuka dengan tumpuan kukuh terhadap industri-industri Bioteknologi, Teknologi Bersih dan Penjagaan Kesihatan.

Rangkaian jenama kami termasuk : Purecog®, Peregrine Analytics®, Mintaga®

Hubungi: Perhubungan Pelabur +65 6950 1961 investors@pure-ce.com 

 

Source: Pure CE
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Environmental Products & Services Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion New products/services