omniture

NTT DATA Bawakan Masa Depan Pencepatan Digital

Growthland by NTT Disruption
2019-07-15 14:00 125

NTT DATA lancar musim kedua siri kandungan berjenama untuk NTT DATA, WAKE UP. Siri beri tumpuan pada enam aspek asas transformasi digital.  

MADRID, 15 Julai 2019 /PRNewswire/ -- WAKE UP 2 ialah siri yang dibahagikan kepada enam episod berserta pengenalan. Ia merupakan kandungan berjenama, dibangunkan oleh Growthland secara eksklusif untuk NTT DATA. Sepanjang siri ini, penonton dapat mengikuti avatar peribadi dan profesional protagonis yang berkarisma, Adam yang sudahpun kita kenali dalam bahagian pertama. Pada musim ini, penonton dapat menyaksikan perubahan dramatik dalam kehidupan Adam.

Penonton siri awal akan mengingati Adam di musim pertama, seorang lelaki yang asing kepada dunia moden, yang bangkit secara tiba-tiba setelah mengalami koma yang panjang selama sepuluh tahun yang berpunca daripada sebab-sebab misteri. Kali ini, penonton akan bertemu Adam yang berubah sepenuhnya. Kejujuran dan sifat ingin tahu, selain wawasan dan kemurnian beliau, membantu beliau untuk menjadi Ketua Pegawai Inovasi (CIO) baharu dalam sebuah syarikat rekaan gergasi teknologi. 

 

Melalui pelaksanaan naratif yang membuahkan hasil, siri ini disusun dalam enam episod. Setiap episod sepadan dengan apa yang dikenali dalam siri tersebut sebagai DFA - Aspek Tumpuan Digital - iaitu, enam tema asas, yang mana kini pada tahun 2019, menyebabkan berlakunya pencepatan digital dan transformasi industri-industri. Enam DFA ini ialah: Pengautomatan Pintar, Pengalaman Pelanggan, Data & Kecerdasan, IoT, Pengoptimuman IT dan Keselamatan Siber. Aspek-aspek tumpuan ini dikaitkan dengan satu lagi ciri struktur yang hebat, Dwiformat. Setiap episod berakhir dengan temu bual bersama pakar-pakar teknologi yang didedahkan dalam kisah fiksyen ini.

Dalam setiap episod, Adam berdepan dengan cabaran profesional yang berkaitan dengan setiap aspek tematik. Ia menggambarkan masa depan orang biasa dengan perbezaan bahawa mereka wujud bersama robot dan kecerdasan buatan termaju dengan cara biasa yang amat mengagumkan. Orang ramai yang menyelesaikan masalah menggunakan teknologi yang mana hari ini menjadi utopia atau suatu yang biasa terjadi dalam novel-novel sains fiksyen.

NTT DATA, berkisar sepasukan pakar, belum lagi membuat tekaan yang mustahil, mahupun menghentam topik-topik yang paling boleh diramal dalam industri. Ia telah menghimpunkan pakar-pakar terhebatnya, daripada dalam syarikatnya dan daripada syarikat-syarikat rakan kongsi serta bertanyakan sendiri dengan bertanggungjawab dan ikhlas: Ke mana hala tuju kita? Dan jawapannya begitu menarik. Ketahui lebih lanjut di sini

Latar Belakang Growthland 

Growthland ialah satu inisiatif oleh NTT Disruption bagi menghasilkan kisah-kisah menarik yang didorong oleh teknologi eksponen, dengan bakat terbuka yang terbaik untuk meramalkan masa depan jenama-jenama hari ini.

Hubungi: 
Carlos Maortua 
cmaortua@nttdisruption.com

 

Source: Growthland by NTT Disruption
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electronic Design Automation Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Television