omniture

Menarini Group Raikan Juara-juara Permainan Bersih dan Adil

Menarini I.F.R.
2019-07-16 23:55 129

FLORENCE, Itali, 16 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Dua hari dikhususkan untuk sukan nilai-nilai lebih besar dalam Permainan Bersih dan Adil. Pada Julai lalu, bandar Florence menganjurkan edisi XXIII^ Anugerah International Fair Play Menarini: acara tahunan yang meraikan juara-juara sukan yang menonjol dalam dunia sukan atas keputusan luar biasa yang diraih sambil mematuhi peraturan sepenuhnya.

Zico with fellow  winners of the XXIII^ edition of the International Fair Play Menarini Award.
Zico with fellow winners of the XXIII^ edition of the International Fair Play Menarini Award.

Selama bertahun-tahun, ramai juara sukan telahpun diiktiraf atas Permainan Bersih dan Adil mereka, namun edisi tahun ini merupakan edisi yang amat istimewa dengan senarai panjang juara meliputi pelbagai bidang sukan yang berbeza seperti pemain bola sepak Zico (anugerah Sepanjang Hayat untuk Sukan), pemain bola tampar Andrea Giani (Anugerah Hadiah Khas Tenaga dan Jantung Sustenium), pelari Olimpik Gabriela Szabo (Anugerah Model Hayat) dan ahli gimnastik Svetlana Khorkina (Anugerah Bintang Sukan) serta ramai lagi. 

Kumpulan Farmaseutikal Menarini ialah penaja gelaran untuk Anugerah Permainan Bersih dan Adil dan, selanjutnya atas minat tinggi Presiden Kumpulan, Eric Cornut, serta Lucia dan Alberto Giovanni Aleotti, Pemegang Saham dan Ahli Lembaga Menarini, memilih untuk mengaitkan nama dan misinya kepada inisiatif penting ini.

"Melalui penajaan Anugerah International Fair Play Menarini, acara unik dalam dunia sukan, Menarini berharap dapat memperakui nilai sukan yang lebih baik, yang kadang kala mungkin terlepas pandang apabila melibatkan pencapaian matlamat seseorang," ulas Lucia dan Alberto Giovanni Aleotti, Ahli-ahli Lembaga Menarini. "Menarini ingin meraikan tingkah laku beretika juara-juara sukan ini dengan harapan agar mereka seterusnya akan menjadi contoh untuk ahli-ahli sukan lelaki dan wanita muda, bukan sahaja dalam bidang sukan, malah dalam kehidupan harian."

Lihat senarai penuh pemenang-pemenang edisi XXIII^ Anugerah International Fair Play Menarini:

https://www.menarini.com/Home/Menarini-News/Fair-Play-Menarini-International-Awards/Fair-Play-Menarini-International-Awards-2019 

Latar Belakang Menarini Group

Menarini Group ialah sebuah syarikat farmaseutikal Itali dengan nilai pusing ganti sebanyak 3.667 bilion Euro dan menggaji lebih 17,600 kakitangan. Dengan 16 tapak pengilangan dan 7 pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Menarini mempunyai kehadiran berangkaian di 136 negara.

www.menarini.com

Ennio Troiano, HR Director Menarini Corporate, and the champion Svetlana Khorkina.
Ennio Troiano, HR Director Menarini Corporate, and the champion Svetlana Khorkina.

 

From left to right: Alberto Giovanni Aleotti (Member of the Board of Menarini) with Eric Cornut, (President of Menarini), Lucia Aleotti (Member of the Board of Menarini), with the Volpi Rosse Menarini (wheelchair basketball team who won the Award in 2016).
From left to right: Alberto Giovanni Aleotti (Member of the Board of Menarini) with Eric Cornut, (President of Menarini), Lucia Aleotti (Member of the Board of Menarini), with the Volpi Rosse Menarini (wheelchair basketball team who won the Award in 2016).

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/946941/Menarini_Award.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/946942/Menarini_Award.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/946943/Menarini_Award.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/946944/Menarini_Group_Logo.jpg

Source: Menarini I.F.R.
Related Links:
Keywords: Entertainment Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Awards Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements