omniture

Kongres Hiburan Digital China 2019 (CDEC) bermula di Shanghai

Di acara ini Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert Hong Xiao berucap tentang pembangunan baharu industri budaya dan kreatif digital
Perfect World Co., Ltd.
2019-08-07 23:55 398

SHANGHAI, 7 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Kongres Hiburan Digital China 2019 (CDEC), bertemakan "Cabaran, Peluang dan Impian", dimulakan di Shanghai pada 1 Ogos lalu.

Sebagai salah satu acara yang paling profesional, berwibawa dan berpengaruh di peringkat antarabangsa dalam sektor hiburan digital Cina, CDEC telah menarik minat beberapa syarikat hiburan digital Cina yang terkenal termasuk Tencent, NetEase, Perfect World, Giant Interactive Group dan Shengqu Games. Ia merupakan satu peluang untuk perusahaan-perusahaan tersebut berganding bahu bagi memulakan transformasi industri budaya dan kreatif dalam era digital, selain menyediakan komuniti hiburan digital dunia dengan peluang-peluang terlebih dahulu yang dibawakan oleh pembangunan ekosistem hiburan digital Cina.

"Industri budaya dan kreatif digital telah menunjukkan kecemerlangan dalam membawakan pengalaman luar biasa dan lebih nilai kepada pengguna dan dengan berhubung bersama mereka secara emosi. Syarikat-syarikat budaya dan kreatif digital dapat memanfaatkan kelebihan unik ini untuk membolehkan transformasi sektor-sektor budaya tradisional dan hiburan serta untuk meneroka dan mencipta momentum bersama-sama pengusaha-pengusaha tradisional," kata Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert Hong Xiao di persidangan tersebut semasa menyampaikan ucapan dasar beliau.

"Di samping itu, pelaksanaan teknologi 5G dijangka mengubah sektor e-sukan secara dasar, membawakan pengalaman permainan menarik yang baharu kepada pengguna dengan mengubah bentuk hiburan terdahulu dari kedua-dua sisi penghasilan dan penggunaan. Teknologi 5G berada di landasan untuk meningkatkan pembangunan e-sukan sekaligus membawa pendekatan baharu kepada sukan tradisional."

Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Robert Xiao menyampaikan ucapan dasar di CDEC
Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Robert Xiao menyampaikan ucapan dasar di CDEC

Industri budaya dan kreatif digital, salah satu yang paling dinamik dalam ekonomi negara China, bukan sahaja telah mengubah cara kandungan budaya dihasilkan, disampaikan dan digunakan, bahkan turut memperkasa dan memberi nafas baharu kepada sisi tradisional sektor berkenaan.

Dengan mengambil e-sukan sebagai contoh, iaitu sektor baru muncul dalam industri tersebut, sektor berkenaan, dengan berkolaborasi bersama rakan-rakan sejawat dalam sektor kandungan hiburan yang lebih besar, telah menghasilkan beberapa bentuk hiburan baharu termasuk rancangan aneka ragam e-sukan, acara secara langsung, filem dan muzik, membawakan pelbagai jenis pengalaman baharu yang belum pernah dilihat sebelum ini kepada pengguna. Dengan memperkasa sektor-sektor budaya tradisional dan hiburan lain, e-sukan juga berkemungkinan dapat mencipta model perniagaan baharu, termasuk pelancongan, kewangan, e-dagang dan latihan bertemakan e-sukan.

E-sukan secara berperingkat-peringkat menjadi platform untuk keusahawanan dan inovasi besar-besaran di samping menyediakan peluang baharu kepada kerajaan di banyak bandar Cina. Masa depan industri yang lebih besar, termasuk e-sukan, adalah cerah lantaran ciri-ciri dan kelebihan-kelebihan uniknya. Ia telah menjadi misi bersama dalam kalangan semua pengusaha industri untuk meneroka bagaimana untuk menyerlahkan nilai potensi industri melalui inovasi.

Sebagai persidangan berwibawa berkualiti tinggi yang diadakan serentak dengan Ekspo dan Persidangan Hiburan Digital China (ChinaJoy), CDEC telahpun diadakan selama 16 tahun berturut-turut sejak pelancarannya pada tahun 2003. CDEC telah dan terus menjadi amat dihargai oleh pegawai-pegawai kerajaan, dengan ramai pegawai yang hadir sendiri. CDEC juga merupakan acara yang tidak harus dilepaskan untuk banyak eksekutif daripada syarikat-syarikat hiburan digital yang terkenal di peringkat antarabangsa yang pasti akan hadir setiap tahun.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190801/2541002-1?lang=0

 

Source: Perfect World Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Trade show news