omniture

Lebih 1,000 meter persegi LED Absen Digunakan di GITEX 2019

Absen
2019-11-15 15:58 607

SHENZHEN, China, 15 November 2019 /PRNewswire/ -- Berikutan kejayaan acara teknologi GITEX tahun lalu, Absen (SZSE: 300389) sekali lagi dipilih untuk memainkan peranan utama pada acara tahun ini. Huawei, STC, TRA dan Etisalat ialah antara syarikat yang memilih untuk menyertakan LED Absen ke dalam reka bentuk reruai mereka.  Secara keseluruhan, lebih 1,000 meter persegi LED Absen disepadukan di dalam dan di sekitar reruai syarikat untuk memberikan impak visual, menggalakkan kunjungan dan mencipta pengalaman jenama yang menjadi kenangan pengunjung.

Absen LED at GITEX 2019
Absen LED at GITEX 2019

Syarikat Telekom Saudi (STC) mempamerkan penyelesaian digitalnya di bawah tema "Penyelesaian Hari Esok, pada Hari ini". Syarikat ini memasang skrin lut sinar besar yang bersepadu secara utuh dengan reka bentuk reruai. Dinding video LED dengan jarak antara piksel 3.9mm digunakan untuk mempersembahkan mesej utama berkenaan jenama syarikat dan tema acara. Tambahan lagi, STC juga menggunakan papan LED 4.8mm yang dipasang pada siling untuk mencipta kesan lebih imersif.

Perbadanan Kawal Selia Telekomunikasi (TRA) menampilkan dua sepanduk LED berbentuk ombak yang meliputi bahagian depan reruai. Berukuran 144mx2m, dua skrin hebat ini diperbuat daripada LED Absen 2.9mm, yang mempamerkan dengan sempurna komitmen syarikat untuk memacu transformasi digital di Emiriyah Arab Bersatu di bawah tema "Tempat Teknologi Bersua Masa Depan".  Warna terang dan imej berkualiti tinggi menjadikan reruai TRA menonjol secara visual. Di dalam reruai, tiang dari lantai ke siling dihias dengan empat paparan LED 2.9mm Absen. Tiang LED empat sisi ini menyediakan satu lagi tumpuan yang menjadikan pengalaman lebih menarik bagi pelawat reruai ini.

Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sekali lagi menjadi rakan kongsi Absen untuk mempamerkan penyelesaian Bandar Pintar dan ekosistem 5G menggunakan siri Acclaim A27 Absen. Skrin berukuran 1.5mm digunakan untuk mencipta Pusat Operasi Pintar Pengangkutan dan satu lagi paparan 2.5mm, untuk mencipta Minda Video Pintar & Pusat Operasi. Siri A27 Absen berbangga dengan saiz 27.5" dan 16:9 nisbah bidang serta reka bentuk modular, menjadikannya penyelesaian tepat untuk bilik korporat, ruang runcit dan bilik kawalan kerana menggabungkan manfaat teknologi LCD dan LED.

Etisalat, syarikat telekomunukasi berpangkalan di Emiriyah Arab Bersatu juga menggunakan LED Absen di reruainya untuk tahun kedua, mencipta dinding video robotik 3D. Setiap modul pada skrin bergerak dengan sendirinya, mencipta pengalaman video 3D unik dan multisensori untuk penonton.

Skrin LED lain ditempatkan di pintu masuk dan keluar serta ruang depan, tempat papan video LED diletakkan untuk memainkan iklan dan memaparkan maklumat pameran.

"Minggu teknologi GITEX ini ialah pameran terbesar industri IT di rantau Timur Tengah. Acara ini juga merupakan perhimpunan besar teknologi AV terkini", kata Jet Liu, pengarah pasaran Teluk di Absen. "Teknologi LED secara jelas merupakan penyelesaian paparan digital ideal kerana kelebihan istimewanya dengan kecerahan tinggi, ketepatan warna dan keupayaan untuk mencipta paparan format besar yang memiliki fleksibiliti. Kami gembira melihat rakan kongsi kami memilih LED Absen sekali lagi untuk memberikan penyelesaian digital yang boleh dipercayai untuk pelanggan mereka."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191113/2639926-1?lang=0

Source: Absen
Related Stocks:
Shenzhen:300389
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors Trade show news