omniture

UKAS Mengakreditasi Program Pensijilan Anti-Rasuah ABAC Center of Excellence

ABAC Center of Excellence Limited
2020-02-14 18:17 142

LONDON, 14 Februari 2020 /PRNewswire/ -- ABAC Center of Excellence Limited (ABAC®) mengumumkan bahawa Perkhidmatan Akreditasi United Kingdom (UKAS) telah mengakreditasi perkhidmatan Pensijilan ABAC atas pelaksanaan piawaian Sistem Pengurusan Anti-Rasuah ISO 37001:2016

ABAC® menyediakan pensijilan sistem pengurusan anti-rasuah ISO 37001:2016 untuk organisasi-organisasi yang melaksanakan langkah-langkah yang ditetapkan untuk mencegah, mengesan dan menangani rasuah. Menurut hal ini, UKAS mengakreditasi ABAC® di UK, Malaysia dan Dubai untuk pensijilan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) ISO 37001:2016 mengikut keperluan penilaian keakuran ISO/IEC 17021-1: 2015 untuk badan-badan yang menyediakan audit serta pensijilan sistem pengurusan.

Skop industri-industri yang membolehkan ABAC® diakreditasi kerana menyediakan pensijilan termasuk perbankan dan kewangan; hartanah, harta; perkhidmatan perniagaan yang sah; pembinaan serta pentadbiran dan kontrak awam; penjanaan dan penghantaran kuasa; perlombongan, minyak, gas/utiliti, farmaseutikal dan penjagaan kesihatan; pengangkutan dan penyimpanan.

UKAS ialah satu-satunya badan akreditasi kebangsaan untuk United Kingdom dan diiktiraf oleh kerajaan bagi menilai piawaian yang dipersetujui di peringkat antarabangsa, organisasi-organisasi yang menyediakan pensijilan, pengujian, pemeriksaan dan perkhidmatan penentukuran. Akreditasi oleh UKAS menunjukkan kecekapan, kesaksamaan dan keupayaan prestasi perkhidmatan Pensijilan ABAC. UKAS ialah sebuah syarikat swasta agihan bukan berasaskan keuntungan, dihadkan dengan jaminan dan bebas daripada Kerajaan.

Zafar Anjum, Ketua Pegawai Eksekutif ABAC®, berkata, "Kami berbesar hati apabila UKAS telah mengakreditasi ABAC Center of Excellence Limited untuk skop Sistem Pengurusan Anti-Rasuah ISO 37001:2016. Kami sedia maklum bahawa piawaian pengurusan anti-rasuah ini adalah kritikal untuk mana-mana organisasi yang ingin mencegah rasuah, menunjukkan "prosedur yang mencukupi" dan tetap mematuhi undang-undang dan penggubalan undang-undang baharu dan juga baru diperkenalkan."

"Sebagai satu-satunya badan akreditasi kebangsaan United Kingdom, pengendorsan oleh UKAS adalah kritikal kerana dapat mengetahui kecekapan pengaudit Pensijilan ABAC serta pakar subjek khusus dan proses pensijilan kami untuk ABMS ISO 37001:2016 berada pada tahap tertinggi," kata Huma Khalid, Pengurus Skim di ABAC®.

Latar Belakang ABAC Center of Excellence Limited 

Anti-Bribery Anti-Corruption (ABAC®) Center of Excellence ialah badan pensijilan bebas yang ditubuhkan untuk Sistem Pengurusan Anti-Rasuah, menyediakan latihan dan pensijilan terakreditasi ISO 37001. ABAC® beroperasi melalui jaringan globalnya yang terdiri daripada golongan profesional etika dan pematuhan yang diperakui, pengaudit berkelayakan, penyiasat kewangan dan korporat, pemeriksa penipuan yang disahkan, penganalisis forensik dan juga akauntan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pensijilan ABAC, kunjungi ABACgroup.com.

HUBUNGI ABAC Center of Excellence Limited 

Omoye Osebor 
Pegawai Perkhidmatan Pelanggan 
Omoye.osebor@ABACgroup.com 
+44 207 868 1471

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1089678/ABAC_Logo.jpg

 

Source: ABAC Center of Excellence Limited
Keywords: Workforce Management/Human Resources Awards Legal Services