omniture

Flowhaven Teruskan Pertumbuhan Pesat bersama Pelanggan, Pengambilan & Pejabat Baharu di Ibu Kota Hiburan Dunia

Flowhaven
2020-03-23 09:03 4079

Dalam tempoh 100 hari pertama pengumuman pendanaan modal benih, penyelesaian pengurusan hubungan pelesenan raikan pelanggan baharu utama, pejabat LA baharu dan pengambilan baharu

HELSINKI, 23 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Flowhaven, satu-satunya penyelesaian pelesenan jenama yang dibina pada platform CRM #1 di dunia, Salesforce, meraikan pertumbuhan pesat selama tiga bulan dengan pembukaan sebuah pejabat baharu di Santa Monica, California; pelantikan untuk jawatan penting; senarai pelanggan baharu dan; jejak sokongan pelanggan yang diperluas. Pejabat baharu ini, terletak di ibu kota hiburan A.S., melibatkan Pengarah Jualan dan pemasaran AS baharu, kejayaan pelanggan dan kakitangan operasi. Pengarah Jualan EMEA akan beroperasi dari London.

Berita ini dibuat hanya tiga bulan selepas Flowhaven menutup pusingan pendanaan modal benih bernilai $5.2 juta (€4.75 juta). Global Founders Capital memimpin pusingan pelaburan ini dengan penyertaan daripada pelabur-pelabur sedia ada termasuk Icebreaker.vc. Berikutan pusingan tersebut, Flowhaven menyertai portfolio pelaburan yang melibatkan Facebook, Slack, Trivago, Canva, Eventbrite dan banyak lagi.

"Matlamat kami adalah sentiasa untuk membina sebuah pasukan yang hebat dan budaya syarikat bagi memupuk pertumbuhan jangka panjang," kata Kalle Törmä, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama, Flowhaven. "Menerusi pejabat baharu kami di L.A, kami dapat berada lebih dekat dengan pelanggan kami baik di Amerika Utara mahupun di Amerika Selatan dan menterjemahkan keperluan mereka untuk menginovasi produk kami dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik dalam kelas pada peringkat global bagi mendorong kejayaan mereka."

Syarikat ini telah berkembang kepada lebih 30 ahli pasukan dalam seluruh lokasi pejabat kekal dan satelitnya, termasuk ibu pejabat di Helsinki, selain daripada hab-hab di London, Tokyo, New York dan banyak lagi. Syarikat ini mengalu-alukan dua pengambilan kanan baharu: Thomas McMillin, Pengarah Jualan AS dan Jeremy Robinson Pengarah Jualan EMEA. Thomas memulakan kerjaya beliau sebagai Pengarah Pelesenan Sukan di The Walt Disney Company manakala Jeremy ialah seorang veteran industri permainan yang mana jawatan-jawatan terdahulu termasuk Pengurus Jualan UK di Tomy, antara lain.

Syarikat ini turut menandatangani perjanjian dengan beberapa pelanggan baharu termasuk pemberi lesen, ejen dan pemegang lesen seperti Full-Color Black dba Brandalised yang mana portfolionya termasuk Banksy, antara lain; Lisle Licensing yang mengawasi Masha and the Bear, Nitro Circus, Tetris dan banyak lagi; selain Licensing Link yang bertugas bagi pihak Build-A-Bear Workshop, Pantone, Van Gogh Museum, Molang dan lain-lain. Flowhaven akan meningkatkan kehadirannya secara drastik di Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara utama yang lain dalam tahun ini.

Hubungan Media:
Kalle Törmä
kalle.torma@flowhaven.com
+1 888-720-0935
Flowhaven.com

Source: Flowhaven
Related Links:
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion Personnel announcements