omniture

Country Garden Keluarkan Keputusan Kewangan bagi 2019

- Aliran Tunai Operasi Bersih yang Positif selama Empat Tahun Berturut-turut Disokong oleh Peningkatan Mantap dalam Prestasi Jualan
- Jumlah Pendapatan mencecah US$68.5 bilion, manakala keuntungan bersih mencecah US$8.6 bilion
- Keuntungan kasar, keuntungan bersih dan penunjuk pendapatan utama yang lain mengekalkan pertumbuhan dua angka
Country Garden Holdings
2020-03-31 07:28 619

FOSHAN, China, 31 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Pada 27 Mac, Country Garden Holdings Company Limited ("Country Garden") (02007.HK) mengeluarkan keputusan kewangannya bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2019.

Country Garden Keluarkan Keputusan Kewangan bagi 2019
Country Garden Keluarkan Keputusan Kewangan bagi 2019

Sorotan utama termasuk:

Peningkatan mantap prestasi jualan 

Pada tahun 2019, Kumpulan ini (termasuk usaha sama dan rakan sekutu) mencapai jualan kontrak yang boleh diagihkan kepada pemegang saham sebanyak RMB552.2 bilion (US$77.8 bilion), dengan GFA jualan berkontrak yang boleh diagihkan kepada pemegang saham berjumlah kira-kira 62.37 juta meter persegi. Ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya masing-masing sebanyak 10.03% dan 15.16%.

Pertumbuhan dua angka untuk penunjuk pendapatan utama 

Pada tahun 2019, jumlah pendapatan Kumpulan meningkat sebanyak 28.2% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB485.91 bilion (US$68.5 bilion). Keuntungan kasar meningkat sebanyak 23.6% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB126.64 bilion (US$17.9 bilion), manakala keuntungan bersih meningkat sebanyak 26.1% berbanding tahun sebelumnya kepada kira-kira RMB61.2 bilion (US$8.6 bilion). Secara keseluruhan, keuntungan bersih teras yang boleh diagihkan kepada pemegang saham meningkat sebanyak 17.6% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB40.12 bilion (US$5.6 bilion).

Modal operasi yang banyak 

Setakat 31 Disember 2019, nilai tunai tersedia Kumpulan ini meningkat kepada nilai tinggi yang mencatat sejarah sebanyak RMB268.35 bilion (kira-kira US$37.8 bilion). Ini merupakan tahun keempat berturut-turut sejak tahun 2016 aliran tunai operasi kekal positif.

Mengimbangi pertumbuhan pendapatan signifikan dengan pengurusan liabiliti yang ketat

Setakat 31 Disember 2019, nisbah penggearan bersih Kumpulan ini mencecah 46.3%, satu penurunan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 3.3 mata peratusan dan kekal lebih rendah daripada garisan merah sebanyak 70% untuk tahun ke-12 berturut-turut. Kemudahan kredit bank yang tidak digunakan oleh Kumpulan ini berjumlah RMB316.79 bilion (kira-kira US$44.7 bilion).

Memberikan dividen stabil yang banyak kepada pemegang saham  

Sebuah syarikat bereputasi cemerlang gred pelaburan, Country Garden telah mengekalkan dividen yang stabil dan banyak selama bertahun-tahun dalam usaha untuk memberi kembali kepada pemegang saham atas sokongan berterusan mereka. Pendapatan asas sesaham Kumpulan ini meningkat sebanyak 14.9% berbanding tahun sebelumnya kepada RMB1.85 (US$0.27) bagi tahun 2019. Sementara itu, pihak Lembaga mengesyorkan pembayaran dividen akhir sebanyak RMB34.25 sen (US$0.0048) sesaham, meningkat 13.0% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah dividen tahunan mencecah RMB57.12 sen (US$0.08) sesaham, meningkat sebanyak 17.0% berbanding tahun sebelumnya.

Menerajui inovasi dalam robotik pembinaan dan pertanian moden 

Selari dengan pembangunan perniagaan hartanahnya, Kumpulan ini memberi tumpuan terhadap penyelidikan dan pembangunan robot sejak Julai 2018 menerusi projek Bright Dream Robotics, dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan dan kecekapan dalam industri-industri pelengkap seperti pembinaan dan pertanian moden. Sehingga kini, terdapat lebih 50 jenis robot pembinaan yang sedang dirancang - 32 daripadanya telahpun diuji di tapak pembinaan. Dengan 327 paten yang telah diperoleh, pasukan ini kini memegang teknologi teras yang proprietari dalam bidang aplikasi utama.

Country Garden juga telah menerima pakai teknologi dan peralatan canggih untuk pengeluaran pertanian moden. Di samping menggunakan teknologi robot untuk membina ladang tanpa pemandu yang canggih, Kumpulan ini telah menghubungkan ladangnya terus kepada saluran jualan runcit berasaskan komuniti, mengurangkan orang tengah dalam seluruh rantaian bekalan dan mengurangkan kos transaksi untuk peladang dan juga pengguna.

Menggabungkan inisiatif urbanisasi dengan perancangan berteknologi tinggi untuk membawakan pertumbuhan jangka panjang yang mantap 

Country Garden menjadi contoh bagaimana inisiatif urbanisasi dapat menjadikan sebuah syarikat lebih kompetitif dan pertumbuhannya hanya mengukuhkan keyakinan Kumpulan pada masa depan. Menuju ke hadapan, Country Garden akan terus meneroka pembuatan pintar dan robotik, membangunkan pengeluaran pertanian moden dan menggalakkan saluran jualan runcit berasaskan komuniti. Bagi berbuat demikian, pasukan pengurusan akan meningkatkan lagi daya saing Kumpulan, di samping mengekalkan strategi-strategi yang dapat memberi manfaat yang baik kepada syarikat dan memberi pulangan yang konsisten kepada pemegang saham.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200330/2763690-1?lang=0

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Related Links:
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Dividends Earnings