omniture

Pendigitalan Kuasa Terkemuka: Huawei Melancarkan Jelajah Global Kelab Kuasa Digital

Huawei
2020-11-09 21:30 316

SHENZHEN, China, 9 Nov 2020 /PRNewswire / - Huawei melancarkan Jelajah Global Kelab Kuasa Digital di rantau utama termasuk Eropah, Asia dan rantau Afrika Utara. Jelajah Global ini berhasrat untuk mempamerkan teknologi terkininya yang berkaitan dengan pendigitalan kuasa termasuk PV Pintar (Smart PV), Kemudahan Pusat Data, Kemudahan Kuasa Tapak dan Kuasa Modular. Dengan perkembangan pendigitalan yang pesat dengan segala-galanya menggunakan penderiaan, berhubung, dan lebih pintar, ia juga datang bersama cabaran seperti kos penggunaan dan penyelenggaraan yang tinggi, kitaran peletakan yang lama dan penggunaan tenaga yang tinggi. Di Huawei, talian perniagaan Digital Power menggabungkan teknologi kuasa dengan teknologi digital, menyediakan penyelesaian kuasa digital yang ringkas, hijau, pintar dan boleh diharap untuk memudahkan pembentukan dunia digital.

Huawei melancarkan Jelajah Global Kelab Kuasa Digital dengan tema "Pendigitalan Kuasa Terkemuka untuk Dunia Hijau dan Lestari".
Huawei melancarkan Jelajah Global Kelab Kuasa Digital dengan tema "Pendigitalan Kuasa Terkemuka untuk Dunia Hijau dan Lestari".

 

Jelajah Global Kelab Kuasa Digital Huawei

Lokasi

Tarikh

Asia - Jepun (Osaka, Fukuoka, Hiroshima,
Nagoya, Fukushima dan Tokyo)

September – November

Dalam Talian and Luar Talian

Afrika Utara

28 Oktober, Dalam Talian 

Eropah

12 November, Dalam Talian 

Asia - Thailand (Bangkok)

12 November,

Dalam Talian dan Luar Talian

Lebih banyak lagi akan datang ...

Penggunaan tenaga ICT secara global terus meningkat, membentuk 2% daripada jumlah penggunaan tenaga elektrik secara global, dan dijangkakan akan mencapai 5% pada tahun 2030. Penjimatan tenaga adalah paling utama. Penyelesaian PV Pintar Huawei memainkan peranan yang penting dalam penjanaan tenaga. Sehingga kini, jumlah tenaga solar yang terhasil melalui penyelesaian PV Pintar Huawei telah mencapai 296.5 bilion kWh. Penyelesaian PV Pintar Huawei mengintegrasikan teknologi maklumat digital dan teknologi PV, dan membolehkan hasil 3 hingga 5% lebih banyak, untuk merealisasikan visi kami dan memungkinkan tenaga solar menjadi sumber tenaga utama untuk masa depan. Di wilayah Ningxia, China di mana terletaknya loji agro-fotovolta 640 MWp yang terbesar di dunia, penyelesaian PV Pintar Huawei telah membantu menambahkan liputan tumbuh-tumbuhan sebanyak 85% dan untuk menjana lebih daripada 3.8 bilion kWh tenaga elektrik. Baru-baru ini, penyelesaian PV Pintar juga menyumbang kepada kejayaan penyambungan grid loji PV 2.2 GW di wilayah Qinghai China, yang merupakan tapak loji PV tunggal terbesar di dunia dan juga talian kuasa voltan ultra tinggi pertama dunia yang memberikan 100% tenaga boleh diperbaharui melalui jarak jauh. Huawei membekalkan penyongsang 1.6 GW untuk projek ini, dan menjadi penyumbang penyongsang yang terbesar untuk projek ini.

Lebih daripada 800 juta orang — 11% daripada populasi dunia — masih hidup tanpa bekalan elektrik. Huawei terus melabur dalam pendigitalan kuasa dan membolehkan lebih banyak penjanaan tenaga hijau dan penjimatan kuasa dengan teknologi digital.

Tentang Huawei FusionSolar

Huawei menawarkan penyelesaian PV Pintar terkemuka yang memanfaatkan kepakaran lebih daripada 30 tahun dalam teknologi maklumat digital.

Dengan mengintegrasikan AI dan Cloud, Huawei telah menggabungkan lebih banyak teknologi ICT terkini dengan PV untuk penjanaan kuasa yang optimum, dengan itu menjadikan loji tenaga solar Sangat Efisien, Selamat & Boleh Diharap dengan keupayaan O&M Pintar dan Sokongan Grid serta membina asas untuk solar menjadi sumber tenaga utama.

Bagi pengguna-pengguna tenaga solar, Huawei melancarkan penyelesaian lanjutan untuk C&I dan pelanggan-pelanggan kediaman berdasarkan konsep 'Kos Elektrik Optimum dan Keselamatan Aktif'. Dengan meningkatkan penggunaan tenaga solar, Huawei telah membantu dalam memberikan tenaga kepada berjuta-juta penghuni dan ratusan industri secara global.

Huawei akan terus berinovasi dan membolehkan tenaga yang boleh diperbaharui untuk memperkasakan setiap individu, rumah dan organisasi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Huawei secara dalam talian di https://solar.huawei.com/ atau ikuti kami di Linkedin, YouTube, Facebook dan Twitter.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Oil/Energy Semiconductors Utilities Trade show news