omniture

InnoLight Umum Ketersediaan Penghantar-Terima 800G Boleh Pasang OSFP dan QSFP-DD800 Pertama Industri di ECOC 2020

InnoLight Technology (Suzhou) Ltd
2020-12-04 19:05 2114

SUZHOU, China dan SANTA CLARA, California, 4 Disember 2020 /PRNewswire/ -- InnoLight Technology (Suzhou) Ltd., peneraju bagi optik pusat data, akan menunjukkan demo video 800G boleh pasang OSFP 2xFR4, 800G OSFP DR8+ dan QSFP-DD800 DR8+ di acara dalam talian ECOC 2020. Lihat produk dan demo video ini di Reruai maya InnoLight #673.

Aplikasi baharu seperti kolaborasi awan kerja-dari-rumah, kereta pandu sendiri, rawatan jarak jauh dan kecerdasan buatan telah menyebabkan lonjakan dalam trafik data. Jumlah data global dijangka meningkat dua kali ganda setiap 2-3 tahun menuju dekad yang seterusnya. Bagaimana untuk mengimbangi permintaan terhadap lebar jalur, kos dan penggunaan kuasa serta untuk mencapai peralihan rangkaian yang lancar merupakan satu cabaran berterusan yang dihadapi oleh industri ini. Bagi menyokong pertumbuhan pesat dan peralihan rangkaian ini, InnoLight memperkenalkan barisan optik 800G OSFP dan QSFP-DD800. OSFP 2xFR4 dan DR8+ kini tersedia untuk penilaian pelanggan awal, dengan QSFP-DD800 DR8+ tersedia dalam Januari 2021. Komponen 800G lain seperti yang disenaraikan di bawah akan tersedia untuk tujuan penilaian pada separuh pertama tahun 2021. Pengeluaran volum kini dirancang sama ada pada suku keempat tahun 2021 atau suku pertama tahun 2022 bergantung pada jenis produk. 

  • 800G OSFP 8x100G DR8 & AOC
  • 800G OSFP DR8+
  • 800G OSFP 2x400G FR4
  • 800G OSFP 1x800G LR8
  • QSFP-DD800 8x100G DR8 & AOC
  • QSFP-DD800 DR8+
  • QSFP-DD800 2x400G FR4
  • QSFP-DD800 8x100G LR

Selain daripada produk 800G yang disebutkan di atas, InnoLight membangunkan optik yang inovatif untuk mendayakan penghantaran 800G dalam struktur gentian 4X legasi sama ada dalam OM3/OM4 berbilang mod atau bahagian gentian mod tunggal. Optik yang inovatif ini akan membantu pelanggan meningkatkan lebar jalur kepada 800G menggunakan susun atur gentian SR4 atau DR4 sedia ada untuk aplikasi titik ke titik atau pecah keluar (breakout). Ketersediaan dirancang pada separuh kedua tahun 2021.

"Penghantar-terima 800G InnoLight meneruskan kepimpinan InnoLight dalam optik boleh pasang berprestasi tinggi, menggandakan kapasiti lebar jalur tanpa gangguan daripada infrastruktur pusat data sedia ada. Dengan penggunaan 400G kami yang utama dalam industri, InnoLight berkedudukan unik untuk mendorong pelaksanaan 800G dan bagi membawa optik berprestasi pada harga terbaik dalam industri ini. Optik 800G baharu kami yang inovatif untuk menyokong bahagian gentian 4x sedia ada sesuai terutamanya untuk pengendali DC Hiperskala," kata Osa Mok, Ketua Pegawai Pemasaran InnoLight.

Semasa berlangsungnya ECOC, InnoLight akan turut mendemonstrasikan penyelesaian koheren 100G/200G/400G. Modul boleh pasang koheren generasi baharu ini boleh menyokong rangkaian pengangkut angkut balik DCI, Metro dan 5G.

  • 400G OSFP ZR & OpenZR+
  • 400G QSFP-DD ZR & OpenZR+
  • 400G CFP2 OpenZR+ / Metro
  • 100G QSFP-DD OpenZR+

Latar Belakang InnoLight

InnoLight mereka bentuk, membangunkan dan memasarkan penghantar-terima optik berkelajuan tinggi yang membolehkan pengembangan lebar jalur yang pesat bagi rangkaian generasi seterusnya. Beribu pejabat di Suzhou, China dengan lokasi-lokasi pembuatan terletak di China, Taiwan dan Thailand. Ia mempunyai pejabat-pejabat RD dan Jualan di China, AS serta Singapura. Penyelesaian InnoLight menawarkan prestasi teknikal terunggul, proposisi nilai yang menarik dan kelebihan tempoh untuk dipasarkan yang amat penting untuk pertumbuhan berterusan Pusat Data, Rangkaian Tanpa Wayar 5G dan Rangkaian Metro. Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi www.innolight.com.

Source: InnoLight Technology (Suzhou) Ltd
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services