omniture

IIT Madras, Institusi Pendidikan Utama di India Mengalu-alukan Permohonan dari Negara-negara ASEAN untuk Peringkat PhD yang dibiaya sepenuhnya

Indian Institute of Technology Madras
2021-02-11 12:42 287

- Biasiswa Kedoktoran India untuk ASEAN (Doctoral fellowship in India for ASEAN, DIA) menawarkan peluang menarik kepada para sarjana yang bercita-cita tinggi untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD di institusi teknikal terbaik India – IIT 

CHENNAI, India, 11 Februari 2021 /PRNewswire/ --  IIT Madras mengalu-alukan permohonan untuk program PhD melalui DIA, sebuah program eksklusif yang dilancarkan oleh Kerajaan India sebagai pengiktirafan kepada sejarah hubungan India dengan negara-negara ASEAN. Sebanyak 1,000 biasiswa PhD ditawarkan dan calon terpilih menerima pembiayaan meliputi keseluruhan kos pelajaran dan perbelanjaan hidup mereka sepanjang lima tahun program ini.

International students of IIT Madras on the campus
International students of IIT Madras on the campus

IIT Madras terkenal di peringkat antarabangsa untuk kualiti dan kepelbagaian penyelidikannya yang dibangunkan melalui pelbagai program akademik yang dikendalikan oleh 16 buah jabatan dan melalui program tajaan. Ia mempunyai kira-kira 100 buah makmal cemerlang, 37 buah 'Pusat kecemerlangan' dan taman penyelidikan universiti yang pertama di India - taman Penyelidikan IITM - untuk menyediakan kemudahan penyelidikan yang canggih kepada mahasiswa. Kedudukan Universiti Dunia QS 2020 telah menyenaraikan IIT Madras di kalangan 50 institusi terbaik di Asia dan 100 institusi terbaik di seluruh dunia dalam bidang Kejuruteraan & Teknologi.

Dengan fakulti bertaraf antarabangsa, komuniti pelajar bijak dan rangkaian alumni global, IIT Madras berusaha untuk menarik pelajar terbaik daripada pelbagai latar belakang dan menawarkan mereka pengalaman pendidikan yang cemerlang. Institut tersebut telah bekerjasama dengan 250 buah universiti asing dan juga menawarkan 18 Program Ijazah Kedoktoran Bersama dengan universiti rakan kongsi yang terkenal di peringkat antarabangsa telah mewujudkan kampus dengan pelbagai budaya yang berlainan.

Institut tersebut mempunyai hampir 10,000 orang pelajar dan menjadi kediaman mereka, serta hampir 3,000 orang daripada mereka ialah sarjana penyelidikan. Kampus yang serba lengkap dan bebas pencemaran itu terletak betul-betul di tengah-tengah Chennai yang sibuk. Ia dibina di kawasan berhutan seluas 632 ekar yang merupakan suatu kawasan menghijau dan tenang serta mempunyai banyak flora dan fauna yang terancam dan sebuah tasik yang indah. Kehidupan kampus untuk mahasiswa tidak pernah membosankan dengan pelbagai kelab dan aktiviti pelajar serta akses kepada kemudahan sukan yang terbaik.

Menyorot peluang unik yang tersedia untuk para sarjana penyelidikan di IIT Madras, Profesor Preeti Aghalayam, Penasihat, DIA, IITM, berkata, "IIT Madras dengan infrastruktur penyelidikan bertaraf dunia, fokus yang teguh dan fakulti yang memberi inspirasi, menjadi destinasi ideal untuk mereka di negara-negara ASEAN yang mahukan PhD. Kami gembira dengan peluang ini untuk mengalu-alukan kedatangan anda semua ke kampus kami yang indah!"

Permohonan untuk DIA sedang dibuka dan akan ditutup pada 31 Mac 2021. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://asean.iitm.ac.in/

Sila hubungi:

Cik Deepa Maria Alexander
Ketua - Program Akademik Antarabangsa
Pejabat Penglibatan Global
Indian Institute of Technology Madras
global.programs@ge.iitm.ac.in
Telefon: +91-44- 22574928

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1436503/IIT_Madras_Logo.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1436502/iitm_international_students.jpg?p=medium600

 

Source: Indian Institute of Technology Madras
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)