omniture

Country Garden Keluarkan Keputusan Kewangan bagi 2020, dengan sasaran 10% pertumbuhan jualan dalam 3 tahun akan datang

- Pengurusan syarikat menyatakan keyakinan dalam keupayaannya untuk mengembangkan pendapatan jualan yang dikontrak sebanyak 10% setahun di sepanjang tiga tahun akan datang
Country Garden Holdings
2021-03-29 09:25 2974

FOSHAN, China, 29 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Pada 25 Mac, Country Garden Holdings Company Limited ("Country Garden") (02007.HK) mengeluarkan keputusan kewangannya bagi tahun 2020. Meskipun dengan kesan buruk daripada epidemik COVID-19, syarikat menyatakan kepuasan dengan keputusan yang dicapai hasil daripada portfolio yang seimbang dan pengurusan modal yang mantap.

Country Garden Releases Financial Results for 2020
Country Garden Releases Financial Results for 2020

Sorotan utama:

  • Bagi tahun berakhir 31 Disember 2020, Country Garden mencapai jualan dikontrak yang boleh  diagih kepada pemegang saham Syarikat kira-kira RMB570.7 bilion (kira-kira US$87.2 bilion) dengan GFA jualan dikontrak yang boleh diagih kepada pemegang saham Syarikat kira-kira 67.33 juta meter persegi.
  • Kumpulan mencatat jumlah pendapatan kira-kira RMB462.9 bilion (kira-kira USD$70.7 bilion), keuntungan kasar kira-kira RMB100.9 bilion (kira-kira USD$15.4 bilion) dan keuntungan bersih kira-kira RMB54.1 bilion (kira-kira USD$8.3 bilion) bagi tahun penuh.
  • Setakat 31 Disember 2020, jumlah hutang Syarikat telah berkurang sebanyak 11.7% kepada kira-kira RMB326.5 bilion (kira-kira US$50 bilion) daripada RMB369.6 bilion (kira-kira US$56.5 bilion) dalam tahun sebelumnya. Nisbah penggearan bersih berada pada 55.6%, lebih rendah berbanding garisan merah sebanyak 70% untuk beberapa tahun berturut-turut.

Di sepanjang tempoh pelaporan, syarikat mempunyai keupayaan modal kerja yang mantap, dengan baki tunai tersedia mencapai 183.6 bilion yuan (kira-kira US$28 bilion), seiring dengan nisbah tunai dan hutang jangka pendek kira-kira 1.9.

Setakat hujung bulan Disember 2020, jumlah projek yang dikontrak atau telah dikeluarkan dari pasaran kerana telah habis dijual di tanah besar China mencapai 2,958, setelah berjaya bertapak di 289 bandaraya dan 1,350 daerah/perbandaran di seluruh 31 wilayah, wilayah berautonomi dan majlis perbandaran yang ditadbir sendiri. Firma ini terus mendahului industri dari segi keluasan portfolionya.

Pada akhir tahun 2020, nilai hartanah Country Garden yang tersedia atau boleh disediakan untuk jualan di tanah besar China berjumlah hingga 2.25 trilion yuan (kira-kira US$344 bilion), termasuk kira-kira 1.75 trilion yuan (kira-kira US$267 bilion) dalam hartanah yang telah diperoleh dan 503.5 bilion yuan (kira-kira US$77 bilion) dalam hartanah di mana ia mempunyai pilihan untuk memperoleh, meletakkan syarikat dalam kedudukan untuk menyokong permintaan jualan syarikat untuk lebih daripada 3.5 tahun akan datang.

Dalam tahun 2020, Country Garden memperoleh 511 plot tanah baharu untuk jumlah kos boleh diagih sebanyak RMB210 bilion (kira-kira US$32 bilion), dengan 65% daripada tanah tersebut terletak di bandaraya peringkat ketiga dan keempat. Semasa tempoh pelaporan ini, lebih daripada 90% projek yang telah diluluskan untuk jualan mencapai pulangan atas pelaburan tahunan melebihi 30%.

Pada sidang akhbar, pengurusan Kumpulan mendedahkan bahawa nilai bagi GFA yang telah dikontraknya bagi tahun penuh dijangka lebih daripada mencukupi dan akan melebihi 960 bilion yuan (kira-kira US$147 bilion) dalam nilai.

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Earnings