omniture

CGTN: China berusaha capai keharmonian antara manusia dan alam semula jadi

CGTN
2021-05-28 15:36 1724

BEIJING, 28 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Sistem pemeliharaan air Dujiangyan yang terletak di Wilayah Sichuan, barat daya China telah memainkan peranan penting dalam kawalan banjir dan pengairan di Dataran Chengdu sejak 2,000 tahun yang lalu.

Sewaktu projek perairan tertua di dunia ini masih lagi beroperasi, Dujiangyan menjadi contoh jelas mengenai kebijaksanaan Cina purba dalam mencari keharmonian antara manusia dan alam semula jadi.

Qimin Yaoshu, sebuah ensiklopedia abad keenam mengenai pertanian menasihatkan: "Bertindaklah sewajarnya mengikut musim dan tanah. Anda akan beroleh manfaat yang lebih banyak dengan sumber yang sedikit."

Petikan klasik ini masih lagi mempengaruhi China moden yang kini sedang menjalani transformasi mesra alam dalam pembangunan sosial dan ekonomi.

Memetik petikan purba ini, Presiden Cina Xi Jinping berkata dalam satu mesyuarat mengenai perlindungan terhadap alam sekitar pada bulan Mei 2018 bahawa konsep ini menegaskan kepentingan menyatukan langit, bumi dan manusia, menghubungkan ekosistem dengan peradaban manusia serta mematuhi peraturan alam semula jadi.

"Kebangkitan atau kejatuhan sesebuah tamadun bergantung pada hubungannya dengan alam semula jadi," tambah beliau.

Qimin Yaoshu disusun oleh Jia Sixie daripada Dinasti Wei Utara (386-534). 

"Jia menggunakan contoh penanaman bijirin untuk menggambarkan secara khusus bagaimana untuk 'bertindak mengikut musim dan tanah'," jelas Yang Yu, profesor kesusasteraan Cina purba di Central South University. 

"Sebagai contoh, kesuburan berbeza antara satu tanah dengan tanah yang lain. Sekiranya tanah ladang adalah sangat subur, penanaman di kemudian hari boleh memberi hasil yang lebih banyak manakala penanaman awal adalah amat penting untuk tanah yang agak tandus, yang sebaliknya akan berisiko memberi hasil yang sedikit sekiranya terlepas musim bercucuk tanam."

Profesor berkenaan menyatakan bahawa kebijaksanaan berfalsafah Jia bukan sahaja terpakai untuk pertanian, tetapi juga terbukti dalam segenap aspek hubungan antara manusia dan alam semula jadi.

Menghijaukan China  

China kini sedang mewujudkan beberapa inisiatif untuk menjadikan negara dan planet ini lebih hijau.

Menurut Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025) untuk Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara serta Objektif-objektif Jangka Panjang Sepanjang Tahun 2035, bahagian penting dalam pemodenan China adalah untuk mencapai keharmonian antara manusia dan alam semula jadi.

Menerusi rancangan tersebut, China berikrar untuk menurunkan penggunaan tenaga bagi setiap unit keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan emisi karbon dioksidanya bagi setiap unit KDNK masing-masing sebanyak 13.5 peratus dan 18 peratus.

Pada September lalu, China turut mengumumkan bahawa ia akan berusaha untuk mencapai puncak emisi karbon dioksida menjelang tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060.

"Keputusan strategik yang utama ini dibuat berdasarkan rasa tanggungjawab kami untuk membina sebuah komuniti dengan masa depan bersama buat umat manusia dan keperluan kami sendiri demi menjamin pembangunan mampan," kata Xi di Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin mengenai Iklim pada 22 April 2021.

Sewaktu dunia sedang menghadapi cabaran getir akibat pandemik COVID-19 yang masih berterusan dan perubahan iklim, Xi menyeru komuniti antarabangsa untuk mencadangkan tindakan yang belum pernah dibuat sebelum ini untuk menangani masalah ini di sidang kemuncak berkenaan.

Beliau berkata dunia harus komited terhadap keharmonian antara manusia dan alam semula jadi, pembangunan mesra alam, tadbir urus yang sistemik, pendekatan yang mengutamakan penduduk, multilateralisme dan prinsip tanggungjawab bersama namun berbeza.

Bagi meningkatkan usaha global terhadap biodiversiti, China akan mengadakan mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-pihak ke Konvensyen Kepelbagaian Biologi pada bulan Oktober 2021.

Pautan: https://news.cgtn.com/news/2021-05-27/China-bids-to-achieve-harmony-between-man-and-nature--10pAQ938c8g/index.html

 

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Utilities Water Utilities Environmental Issues Environmental Policy Future Events