omniture

Talkwalker mempercepat pertumbuhan dengan pelantikan Tod Nielsen sebagai Ketua Pegawai Eksekutif global baharu

Talkwalker
2021-07-21 14:02 36

Pelantikan baharu ini akan mengukuhkan kedudukan Talkwalker sebagai platform kecerdasan pengguna yang terkemuka.

NEW YORK, 21 Julai 2021 /PRNewswire/ -- Talkwalker, sebuah syarikat kecerdasan pengguna yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Tod Nielsen telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif global yang baharu. Nielsen, seorang yang mempunyai visi dalam platform perisian dan perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) akan menggantikan Robert Glaesener sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah serta membantu memimpin kejayaan peralihan ini.

Nielsen merupakan seorang veteran industri yang diiktiraf di peringkat global atas gabungan visi strategik dan keupayaan operasi beliau yang membangunkan platform terkemuka dalam industri. Terbaharu, beliau merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FinancialForce. Beliau membawa pengalaman selama beberapa dekad dalam jawatan peringkat kepemimpinan di syarikat-syarikat seperti Salesforce, VMware dan Microsoft serta terkenal dengan keupayaannya untuk membantu syarikat meningkat dan berkembang dengan ketara.

"Saya sentiasa menyokong tindakan yang bertumpu dan berpusatkan pelanggan - jenama yang mendengar pelanggan mereka dan pantas menyesuaikan dengan keperluan tersebut akan menjadi peneraju pasaran," kata Tod Nielsen. "Pada hari ini, tindak balas dan pemahaman pelanggan menjadi semakin penting daripada sebelum ini."

"Apabila wujudnya peluang untuk bekerjasama dengan Talkwalker," Nielsen menambah, "Saya teruja untuk menerimanya. Talkwalker membantu para pelanggan kami memahami dan berada lebih dekat dengan pelanggan mereka dengan menterjemahkan kecerdasan pengguna untuk membuat keputusan perniagaan yang boleh dilaksanakan."

Semasa perkhidmatan Glaesener selama 10 tahun, Talkwalker telah menyaksikan pertumbuhan pesat yang berkembang dari syarikat permulaan yang kecil hingga menjadi perniagaan perusahaan global dengan 500 orang pekerja di seluruh dunia. 2020 merupakan tahun yang menjelaskan kepentingan kecerdasan pengguna dengan lebih 800 jenama baharu memilih Talkwalker untuk memahami pelanggan mereka dengan lebih baik. Ini menghasilkan satu lagi tahun kejayaan dengan pertumbuhan pendapatan tahun ke tahun sebanyak 38% dan pertumbuhan pelanggan perusahaan sebanyak 46% yang mengagumkan.

"Membangunkan Talkwalker menjadi platform kecerdasan pengguna yang terkemuka dan membantu pelanggan global kami memahami serta mendapat keuntungan daripada perubahan luar biasa dalam tingkah laku pengguna digital telah menjadi suatu pengalaman yang menarik," ujar Robert Glaesener. "Tod ialah pemimpin yang tepat untuk membawa syarikat ini ke tahap skala dan pertumbuhan baharu dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau apabila beliau mengambil alih tampuk kepemimpinan ini". 

"Misi saya adalah untuk membangunkan asas pertumbuhan dan kejayaan Talkwalker," Nielsen menyambung, "Serta meletakkan teknologi dan platform Talkwalker yang mengagumkan di pentas utama dalam pasaran yang dinamik ini. Saya bertuah kerana berpengalaman secara langsung tentang cara untuk meningkat serta mengembangkan syarikat ke tahap ini dan seterusnya dan saya berharap dapat menerapkan pengalaman tersebut ke dalam konteks Talkwalker."

Kejayaan ini telah lama diwujudkan dalam pangkalan pelanggan mereka dan industri yang lebih luas. Hari ini, Talkwalker diiktiraf sebagai Leader in The Forrester New Wave™: AI-Enabled Consumer Intelligence Platforms, Q3 2021. Pengiktirafan ini akan berkekalan kerana Talkwalker komited untuk membuka lebih banyak pejabat global di Eropah dan Asia, memperkukuh ekosistem rakan niaganya serta berhubung dengan lebih ramai pelanggan, rakan kongsi dan rakan usaha sama strategik.

"Sambil terus membangun dan memperluas cadangan nilai serta kategori pasaran kami, Talkwalker telah memberi tumpuan kepada mendidik dan memperkasa para penggunanya," jelas Nielsen. "Saya mahu ini diteruskan - bukan sahaja untuk membantu pertumbuhan Talkwalker tetapi juga membantu rakan niaga kami. Untuk memberi kesan yang positif terhadap ekosistem kami."

"Kami teruja dengan penyertaan Tod ke dalam pasukan Talkwalker sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu," kata Roland Pezzutto, prinsipal Marlin Equity Partners. "Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam industri teknologi dan telah mengembangkan organisasi global beroleh pendapatan berjumlah berbilion-bilion dolar. Kami percaya visi dan kepemimpinan beliau akan mempercepat pertumbuhan dan meningkatkan lagi syarikat ini menjadi platform kecerdasan pengguna yang terkemuka di pasaran."

Tentang Talkwalker

Talkwalker  ialah sebuah syarikat kecerdasan pengguna terkemuka yang membantu jenama global menggabungkan pelbagai data sosial dan milik sendiri menjadi pemahaman untuk tindakan yang hebat dan mudah.

Dengan menyatukan teknologi yang memenangi anugerah dan tahap sokongan pelanggan yang tertinggi, platform yang dikuasakan AI kami menyambungkan maklumat tentang perkara yang difikirkan, dinyatakan dan dilakukan oleh para pelanggan. Kami membolehkan syarikat -syarikat yang berpusatkan pelanggan untuk memacu pendapatan, meningkatkan pengekalan dan mengurangkan kos.

Talkwalker mempunyai pejabat di Luxembourg, New York, San Francisco, Frankfurt, Singapura, Paris, Tokyo, London dan Milan serta membantu lebih 2,500 jenama membuat keputusan yang lebih baik tentang pelanggan, prospek, pasaran dan pesaing mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.talkwalker.com.

Sila hubungi: Christine Aguilar (c.aguilar@talkwalker.com)

Source: Talkwalker
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Social Media Personnel announcements Data Analytics