omniture

Birla Carbon mengumumkan aspirasi 'Pelepasan Karbon Sifar Bersih Menjelang Tahun 2050'

Birla Carbon
2021-08-16 19:41 33

-  Julung-julung kali dalam industri karbon hitam

-  Sejajar dengan Perjanjian Paris dan komitmen para pelanggan dan pembekalnya

-  Pendekatan 4R – Research, Reduce, Replace, Repurpose (Penyelidikan, Pengurangan, Penggantian, Tujuan Semula)

MUMBAI, India dan MARIETTA, Georgia, 16 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Birla Carbon, salah sebuah pengeluar utama karbon hitam global, telah mengumumkan hasratnya untuk mengurangkan pelepasan karbon bersihnya hingga mencapai angka sifar menjelang tahun 2050. Pengumuman ini dilihat sebagai suatu perkembangan yang tepat dengan kedudukan Birla Carbon sebagai peneraju dalam bidang Kelestarian dan kitaran. Birla Carbon baru-baru ini mengumumkan Bahan Berkarbon Lestari (Sustainable Carbonaceous Materials, SCM) yang tersedia melalui pelancaran jenama Continua™.

Birla_Carbon_Continua
Birla_Carbon_Continua

 Pengumuman sifar bersih Birla Carbon selaras dengan Perjanjian Paris yang ditandatangani, sebagai sebahagian daripada Konvensyen Kerangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dari segi kewangan, penyesuaian dan usaha mengurangkan perubahan iklim. Ia juga selaras dengan Hala Tuju SDG World Business Council for Sustainable Development's Tire Industry Project (Majlis Perniagaan Dunia untuk Pembangunan Kelestarian Projek Industri Tayar) yang bermatlamat untuk menangani kesan kitaran hayat tayar yang dikaitkan dengan kesihatan dan alam sekitar menuju ke arah masa depan yang lestari. Dalam lingkungan Aditya Birla Group, Birla Carbon bekerjasama dengan syarikat-syarikat seinduk untuk membangunkan inisiatif penyahkarbonan melalui Pusat Sains dan Teknologi Aditya Birla.

Selama lebih 160 tahun, inovasi luar biasa dalam industri karbon hitam dengan fokus kepada Kelestarian selama beberapa dekad, menjadikan matlamat sifar bersih ini bukan sekadar matlamat yang memberi aspirasi, namun boleh dicapai. Melalui jalinan liga kerjasama dengan penyedia penyelesaian kelestarian yang terkemuka, Birla Carbon meneroka teknologi baharu dan canggih yang akan digunakan untuk mencapai matlamatnya. Birla Carbon juga akan merujuk kepada Inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi). Dalam tempoh 12 bulan akan datang, Birla Carbon akan memulakan komitmennya untuk menilai dan mengeluarkan matlamat interim yang sejajar dengan SBTi.

Berkongsi pendapatnya tentang pengumuman ini, Dr. Santrupt B. Misra, Pengarah Kumpulan Karbon Hitam; Pengarah Bahan Kimia dan juga Pengarah Kumpulan HR, Aditya Birla Group berkongsi, "Perubahan iklim merupakan cabaran terbesar yang dihadapi oleh umat manusia hari ini dan masalah ini akan berterusan hingga ke generasi akan datang melainkan kita memilih untuk mengubahnya. Dengan menetapkan aspirasi untuk menjadi Sifar Bersih menjelang tahun 2050, Birla Carbon dan seluruh industri membuat pilihan untuk menangani cabaran tersebut." Beliau menambah lagi, "Kelestarian sentiasa menjadi pendorong dan simbol utama kejayaan kami. Kami akan memberi tumpuan kepada Kecemerlangan Operasi Lestari (SOE) yang digabungkan dengan bahan-bahan lestari buat para pelanggan kami serta pelbagai penyelesaian lain untuk menjadikan aspirasi kami suatu kenyataan pada tahun-tahun akan datang. Birla Carbon berpegang kepada Tujuannya untuk - 'Berkongsi Kekuatan' dan kami mengharapkan rakan-rakan kami dan seluruh industri mengiktiraf usaha serta sedia bekerjasama dengan kami. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh pasukan kepemimpinan semasa mereka memulakan perjalanan ini."

Mengulas tentang pengumuman tersebut, John Loudermilk, Ketua Pegawai Eksekutif Birla Carbon berkata, "Semua perniagaan bertanggungjawab untuk memacu penambahbaikan dalam persekitaran global; namun, hanya melalui kerjasama yang dijalinkan dengan pelanggan, pembekal dan rakan kongsi kami menerusi rantaian bekalan, barulah kami mampu membina masa depan yang lebih hijau dan lebih cerah. " Beliau menambah lagi, "Dengan ciri-ciri perniagaan Birla Carbon, kami mempunyai tanggungjawab pengawasan karbon yang tersendiri dan kami memilih untuk memimpin dengan komitmen yang berani serta inisiatif yang mengutamakan industri demi masa depan yang lebih lestari. Matlamat kami adalah untuk terus berinovasi dan mengembangkan keupayaan kami melalui tujuan kami, iaitu 'Berkongsi Kekuatan' untuk memberikan kesan yang positif kepada ekosistem dan seluruh masyarakat."

Mengulas tentang pengumuman tersebut, Joe Gaynor, Ketua Pegawai Kelestarian Birla Carbon berkata, "Sebagai peneraju industri yang bertanggungjawab, Birla Carbon komited sepenuhnya untuk membantu mengurangkan impak perubahan iklim. Bagi kami, ini bukanlah persoalan jika, bahkan, bila? Kami telah meletakkan asas untuk komitmen ini yang sebahagiannya dapat dilihat melalui usaha kelestarian dan kitaran kami selama beberapa tahun kebelakangan ini." Beliau menambah lagi, "Pelancaran Continua™ 8000 iaitu sejenis Bahan Berkarbon Lestari, telah membuka peluang untuk mencapai dunia sifar bersih. Kami yakin bahawa kami akan mencapai matlamat ini bersama-sama dengan pelanggan kami." 

Birla Carbon akan menumpukan perhatian kepada ketiga-tiga skop pengukuran, pengurangan dan pemansuhan pelepasan karbon. Sebahagian besar pengurangan jejak karbonnya dijangka dihasilkan daripada Skop 1 dan 2 berdasarkan inisiatif pengurangan pelepasan langsung dan tidak langsung yang dijalankannya. Sebahagian kecil pengurangan ini akan dihasilkan daripada Skop 3 berdasarkan operasi industri huluan dan hiliran dalam rantaian nilai.

Matlamat Birla Carbon untuk pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050 akan dicapai dengan memberi tumpuan kepada empat segmen secara keseluruhan. Segmen 4R ini adalah;

Penyelidikan- untuk mencari cara baharu memerangkap dan menukarkan karbon 

Bahagian penting daripada matlamat sifar bersih Birla Carbon datangnya daripada teknologi masa depan yang akan memerangkap dan menukarkan karbon dioksida menjadi produk karbon yang berharga. Birla Carbon akan memberi tumpuan kepada pelaburan dan pembangunan teknologi serta aset tersebut.

Pengurangan - kebergantungan kepada proses tradisional dalam pembuatan

Memberi penekanan pada kecekapan proses yang akan menukarkan karbon kepada karbon hitam. Selain itu, Birla Carbon akan terus mengutamakan kecekapan tenaga meliputi seluruh operasinya. Setakat hari ini, 80% daripada kemudahan pembuatannya menempatkan kemudahan penjanaan bersama untuk menukarkan gas buangan kepada tenaga untuk dieksport ke grid elektrik.

Penggantian - dengan tenaga alternatif dan stok suapan 

Terdapat beberapa lokasi Birla Carbon yang telah memperkenalkan sumber tenaga boleh diperbaharui untuk membekalkan kuasa kepada sebahagian daripada kemudahan mereka; fokusnya pada masa akan datang adalah untuk menambahkan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui dalam usaha mencapai pensijilan Kepemimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED).

Birla Carbon juga sedang mengusahakan pembangunan teknologi pemprosesan baharu yang akan mengubah sebahagian daripada pengeluarannya dengan menyertakan stok suapan alternatif yang diperoleh daripada biojisim sebagai penyumbang utama kepada sifar bersih.

Guna semula -   penyelesaian karbon untuk Kelestarian melalui kitaran

Melalui jenamanya Continua™, Birla Carbon akan menerajui program kelestarian dan kitaran berskala besar yang membolehkan pelanggan kami membangunkan produk lestari generasi seterusnya. Sebagai contoh, Birla Carbon baru-baru ini mengumumkan Bahan Berkarbon Lestari (SCM) dengan jejak karbon rendah yang tersedia melalui pelancaran jenama Continua™ miliknya yang menjadi pengubah kebiasaan dalam industri.

Birla Carbon sedang dalam proses merancang hala tuju teknologinya yang sedia ada dan akan datang. Langkah seterusnya adalah menjalinkan kerjasama dengan para pelanggan dan pembekal, melibatkan pakar dan membentuk persatuan serta program jangka panjang termasuk kolaborasi dalam lingkungan Aditya Birla Group bagi mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.

Tentang Birla Carbon

Birla Carbon merupakan pembekal karbon hitam global yang terkemuka. Sebagai salah satu perniagaan utama konglomerat multinasional India yang terkemuka, Birla Carbon  Aditya Birla Group menyediakan penyelesaian karbon hitam lestari yang inovatif yang meningkatkan prestasi cat dan salutan, dakwat dan toner, plastik, pelekat, penampal, gentian tekstil, barangan getah mekanikal dan tayar. Jejak syarikat ini merangkumi 12 buah negara dengan 16 buah kemudahan pembuatan dan dua pusat teknologi canggih di Marietta (USA) dan Taloja (India) yang menyediakan inovasi terkemuka dalam industri. Strategi Kecemerlangan Operasi Lestari (SOE) syarikat memberi tumpuan kepada keselamatan pekerja, penjagaan alam sekitar, penggunaan sumber karbon yang cekap dan pengendalian secara beretika dan dengan tanggungjawab sosial.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1593517/Birla_Carbon_Logo.jpg?p=medium600

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1593518/birla_carbon_continua.jpg?p=medium600

 

Source: Birla Carbon
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities