omniture

Penyenaraian DBX bermula pada 1 September, di 7 Bursa Kripto utama

DBX
2021-09-06 17:15 109

ANTALYA, Turki, 6 September 2021 /PRNewswire/ -- Acara utama musim luruh akan tiba tidak lama lagi! Yang kami maksudkan ialah penyenaraian token DBX. DBX akan menunjukkan kesediaannya memasuki pasaran pada awal September.

Penyenaraian mata wang kripto DBX yang telah lama dinantikan ini akan dijalankan di 7 bursa utama. Token-token telah tersedia untuk dijual beli dan didagangkan oleh pengguna. Ramai yang telah berjaya mendapatkan token semasa prajualan dan pengedaran percuma.

Anda boleh melihat senarai penuh bursa kripto dan tarikh bermulanya penyenaraian seperti di bawah:

DBX LISTING MAP ON CRYPTO EXCHANGES
DBX LISTING MAP ON CRYPTO EXCHANGES

Token DBX ini akan disenaraikan di bursa dari 1 hingga 5 September 2021. Perkhidmatan dalam talian untuk penyenaraian pertama syiling ialah Bitforex, salah satu platform dagangan utama di dunia untuk mata wang kripto.

Disusuli dengan:

  • BitMart (bermula 10 September 2021) – merupakan antara 20 bursa terbesar;
  • Lbank (bermula 15 September 2021) – bursa China bertaraf dunia;
  • WhiteBit (bermula 20 September 2021) – bursa berlesen bertaraf dunia yang didaftarkan di Estonia; 
  • Latoken (bermula 25 September 2021) – platform canggih yang juga merupakan antara 20 platform terbaik dari segi perolehan sejak tahun 2019;
  • Probit (bermula 30 September 2021) – bursa ini merupakan antara 20 bursa mata wang kripto terbaik; 
  • Coinsbit (bermula 5 Oktober 2021) – bursa berlesen.

Apakah itu DBX? 

DBX ialah sebuah ekosistem digital baharu sepenuhnya dalam rangkaian setara kewangan tidak berpusat. Urus niaga segera mata wang kripto tanpa nama tidak mempunyai kuasa pusat atau pelayan untuk bertindak sebagai pengantara. Aset tersebut dikekalkan oleh pengguna sendiri.

Manfaat DBX 

Kepercayaan pengguna terhadap DBX adalah berdasarkan sistem tidak berpusat sepenuhnya dengan berteraskan prinsip penyimpanan rekod dalam lejar rantaian blok teragih yang menghalang syiling DBX daripada dipalsukan atau terjadinya urus niaga perbelanjaan berganda. DBX turut menyediakan urus niaga tanpa nama sepenuhnya yang sepiawai dan berharga atas permintaan pengguna.

Ekosistem digital DBX menarik pengguna dengan faedah berikut:

  1. Pulangan atas pelaburan. Simpanan bulanan daripada Masternode dijamin akan meningkatkan portfolio pelabur mulai hari pertama. Pembayaran tetap aset pelaburan dikenakan pada semua pemegang.
  2. Pembangunan projek. Ekosistemnya sentiasa berkembang. Peningkatan bilangan projek mewujudkan kusyen keselamatan pelaburan.
  3. Prospek untuk pertumbuhan aset. Ekosistem digital ini merupakan alat untuk pertumbuhan pelaburan aset yang pesat.
  4. Kepelbagaian risiko. Mata wang kripto DBX merupakan penyedia kepelbagaian risiko bagi para pelabur di lokasi yang sah di seluruh dunia. Pelabur boleh keluar daripada DBX dengan mudah tanpa menyentuh mata wang fiat seperti hartanah, komoditi dan pasaran saham.
  5. Pengurusan yang mudah. Pengurusan token melalui dompet elektronik.

Jangan lupa untuk mengikuti pelancaran token DBX di pelbagai bursa mulai 1 September hingga 5 Oktober. Bitforex akan bertindak sebagai perkhidmatan dalam talian untuk IEO. https://www.dbx.so

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1607905/dbx_crypto_exchanges.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: DBX
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Investment opinions New products/services Blockchain Financial Technology