omniture

Sasser Family Companies Mengambil Alih Syarikat Pemberi Pajak Kontena Tangki Intermodal yang Berpangkalan di Singapura: Falcon Lease

Sasser Family Companies
2021-09-07 13:06 39

SCHAUMBURG, Illinois dan LONDON dan SINGAPURA, 7 September 2021 /PRNewswire/ -- Sasser Family Companies (Sasser) mengumumkan bahawa ia telah memuktamadkan perjanjian untuk mengambil alih syarikat pemberi pajak kontena global yang berpangkalan di Singapura iaitu Falcon Lease Holdings Pte. Ltd. dan syarikat-syarikat dalam kumpulannya. Pengambilalihan ini memperluas perkhidmatan pajakan dan pengurusan aset pengangkutan Sasser untuk merangkumi pajakan kontena tangki global dan menjadikan jumlah anak syarikat operasinya kepada tujuh buah.

"Sasser memang berhasrat menjalankan strategi pertumbuhan yang mengukuhkan kedudukan kami sebagai pemain dalam sektor pengangkutan sementara kekal setia pada identiti kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sasser, Jeff Walsh. "Sejak dari permulaan kami dalam industri kereta api lebih 90 tahun yang lalu, kami telah dibimbing untuk mengutamakan pelanggan kami, bekerja dengan rasa hormat dan berintegriti serta memberi kesan positif kepada komuniti di tempat kami tinggal dan bekerja. Pemerolehan Falcon Lease, sebuah organisasi yang berkongsi falsafah perniagaan dan budaya, membolehkan kami memberikan perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan baharu di seluruh Asia Pasifik, Eropah, Amerika Utara, Tengah dan Selatan serta membolehkan kami membawa pengalaman kami ke bidang pajakan kontena menyeberangi lautan secara pukal. Saya sangat optimistik dengan peluang-peluang yang ada dan berharap dapat membawa pengalaman pelanggan terbaik kami ke pasaran baharu."

Mike Cooper, Presiden Falcon Lease menyatakan, "Saya dan Pasukan Falcon berasa teruja dapat bekerjasama dengan Sasser Family Companies—sebuah kumpulan yang membawa kekuatan kewangan, budaya yang serupa dan cita-cita perniagaan jangka panjang. Objektif perniagaan bersama, kesesuaian budaya dan semangat kami untuk perniagaan berorientasikan perkhidmatan pelanggan menyediakan asas yang kukuh untuk kami terus membina perniagaan yang lestari."

Dengan sokongan Sasser, Falcon Lease akan meneruskan pelan pertumbuhan yang stabil di seluruh jejak global yang berkembang dengan memanfaatkan pengetahuan industri yang mendalam, peralatan berspesifikasi tinggi, produk kewangan yang disesuaikan dan ketangkasan strategik untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin meningkat.  Untuk meneroka manfaat pendekatan unik kami bagi memupuk perkongsian pelanggan jangka panjang dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang ditawarkan oleh Falcon Lease, sila layari laman web kami di www.falcon-lease.com .

Tentang Sasser Family Companies:

Sasser Family Companies ialah sebuah syarikat keluarga generasi keempat yang menjalankan pengurusan dan perkhidmatan aset pengangkutan yang berakar umbi sejak tahun 1928. Unit-unit perniagaan anak syarikatnya yang lain termasuklah Chicago Freight Car Leasing Co., Union Leasing Inc., CF Rail Services LLC, Xcëd Aviation Services LLC dan NxGen Rail Services LLC. Unit anak syarikat tersebut merupakan peneraju dalam menyediakan penyelesaian peralatan pengangkutan kereta api, kenderaan dan penerbangan yang berfokuskan komersial dan perindustrian termasuk pajakan aset, pengurusan pentadbiran armada, pembaikan dan penyelenggaraan aset serta perkhidmatan teknologi inovatif di seluruh Amerika Utara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sasser.com .

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1121850/Sasser_Family_Companies_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Sasser Family Companies
Keywords: Air Freight Maritime/Shipbuilding Railroads and Intermodal Transportation Transportation Acquisitions, mergers, takeovers