omniture

Mengumumkan Spider Impact V5 -- Menyesuai dan Mencapai Strategi Anda!

Spider Strategies
2021-10-20 20:56 19

WASHINGTON, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Memperkukuhkan komitmennya untuk membolehkan organisasi menyesuaikan diri dengan cepat dan melaksanakan strategi perniagaan di tengah perubahan pasaran yang belum pernah terjadi sebelumnya, Spider Strategies hari ini memperkenalkan Spider Impact®, Versi 5. Spider Impact ialah penyelesaian Perisian sebagai Perkhidmatan Spider Strategies yang menyelaraskan penunjuk prestasi utama organisasi (KPI) dan inisiatif terhadap strategi, melibatkan pekerja dalam memacu prestasi, memperibadikan kandungan dan akses data, memudahkan mesyuarat eksekutif dan menyediakan sokongan keputusan yang mantap.

"Kami amat berbangga dengan pencapaian baharu ini yang merupakan kelebihan yang disediakan oleh Spider Impact kepada organisasi yang mengubah strategi mereka untuk menangani perubahan persekitaran kerja dan keperluan pasaran untuk menyesuaikan diri dan terus bertahan," kata Conor Crimmins, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Operasi, Spider Strategies. 

Kelebihan Utama Spider Impact:

  • Pelaksanaan Strategi. Mencapai penjajaran strategik dengan menyampaikan strategi anda kepada semua orang dalam organisasi anda, membolehkan pekerja melihat bagaimana peranan mereka menyumbang untuk mencapai matlamat dalam gambaran yang besar.
  • Inisiatif Strategik. Memaparkan kesan inisiatif strategik anda terhadap prestasi perniagaan, mengenal pasti inisiatif yang kurang berjaya atau tidak berkesan dengan cepat dan mengubah belanjawan dan sumber dengan pantas kepada inisiatif yang boleh dioptimumkan untuk memberikan keputusan yang anda inginkan.
  • Pembaharuan Mesyuarat. Melalui Taklimat Spider Impact, ubah setiap mesyuarat ke dalam interaksi yang dipacu data, membuat keputusan tanpa memerlukan persediaan yang memakan masa atau pelaporan kertas yang menelan belanja yang tinggi.
  • Kecerdasan Perniagaan. Menguruskan operasi yang selaras dengan strategi organisasi. Analisis data dan visualisasi strategi yang terperinci digabungkan dalam modul set data baharu Spider Impact yang membantu meningkatkan pembuatan keputusan dan menyediakan sokongan keputusan.
  • Tadbir Urus & Keselamatan Data. Tadbir urus dan keselamatan data terkemuka dalam industri Spider Impact membolehkan anda menyesuaikan akses kepada data prestasi yang disesuaikan dengan setiap individu dalam organisasi.

"Cara kita bekerja telah berubah," kata Crimmins. "Sepanjang tahun lalu, kita semua telah melihat kesan di mana kita tidak dapat menyesuaikan strategi perniagaan terhadap perubahan dalam pasaran. Spider Impact membantu meletakkan data dan maklumat yang diperlukan oleh orang ramai dengan cara yang cepat, mudah dan boleh difahami."

Untuk maklumat lanjut tentang Spider Impact atau Spider Strategies, sila layari https://www.spiderstrategies.com/.  

Tentang Spider Strategies
Fokus Spider Strategies adalah mudah: mencipta perisian yang menjadikan kerja lebih mudah. Spider Strategies membantu para pelanggannya mencapai prestasi strategik terbaik melalui perisian pengurusan prestasi mereka yang intuitif, berkuasa dan berasaskan metodologi-agnostik. Spider Strategies ialah sebuah syarikat milik persendirian A.S. yang diperbadankan di Minnesota dan disokong oleh rangkaian rakan kongsi dan pengedar di seluruh dunia.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1663229/Spider_Strategies_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Spider Strategies
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources New products/services