omniture

NEXTEVO bekerjasama dengan Petani untuk Mengubah Sisa Pertanian menjadi Tekstil Lestari

NEXTEVO
2021-11-02 10:00 212

SINGAPURA, 2 November 2021 /PRNewswire/ -- NEXTEVO mengumumkan pelancaran gentian dan benang lestarinya yang diperbuat daripada daun nenas, sisa buangan biasa daripada penanaman nenas. Menggabungkan gentian Sedia Dipintal (Ready-to-Spin, RTS) dengan gentian eko lain (contohnya kapas organik, liosel, poliester kitar semua, dll), NEXTEVO menawarkan benang campuran untuk industri tekstil di semua aplikasi yang merangkumi pakaian denim, kasut sukan, upholsteri dan tuala mandi.

  

NEXTEVO produces sustainable textiles (like Ready-to-Spin fibers) made from pineapple leaf waste
NEXTEVO produces sustainable textiles (like Ready-to-Spin fibers) made from pineapple leaf waste

 

Agricultural waste collection provides additional income for farmers in Southeast Asia
Agricultural waste collection provides additional income for farmers in Southeast Asia

Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar dan Memacu Kesan Sosial untuk Petani Tempatan 

Asia Tenggara ialah rantau pengeluar nenas terbesar di dunia dengan Filipina, Thailand dan Indonesia di kalangan pengeluar utama. Sejumlah besar sisa daun nenas yang terhasil biasanya dibakar, dibuang ke tapak pelupusan sampah, atau dikompos, menyebabkan kesan alam sekitar yang berbahaya.

Sebaliknya, bekerjasama dengan petani tempatan, NEXTEVO mengumpul daun-daun nenas ini dan menukarkan mereka menjadi bahan nilai tambah untuk industri tekstil. Bukan sekadar meminimakan masalah alam sekitar sedia ada dalam proses ini, bahkan juga menambah pendapatan untuk petani.

Usahasama di Thailand antara Jinny Tantipipatpong, pengerusi SAICO (pengeluar pengetinan nenas keempat terbesar di dunia), dan NEXTEVO mewujudkan rantaian bekalan bersepadu secara menegak. Ini termasuk mendapatkan daun nenas, memproses menjadi gentian RTS dan benang campuran untuk pengeluar, membuat produk pengguna premium untuk jenama di seluruh dunia.

Rangkaian Luas di Seluruh Asia Tenggara untuk Daun Nenas dan Sumber Sisa Pertanian Lain 

Pengeluaran gentian daun nenas (PALF) di Thailand terhasil daripada perjalanan selama setahun daripada pembuktian konsep kepada pengeluaran. Pengeluaran percubaan bermula pada akhir September 2021 dan volum pengeluaran PALF akan ditingkatkan menjelang suku pertama 2022.

Di Indonesia, penyumberan PALF telah pun bermula dengan sebuah koperasi ladang, dengan rancangan untuk mengembangkan ke pemprosean sisa sabut kelapa menjadi bahan lestari menjelang suku kedua 2022.

Pengasas NEXTEVO Harold Koh, yang menghabiskan sembilan tahun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Great Giant Pineapple (ladang nenas yang terbesar dunia di Indonesia), telah membina rangkaian yang luas dalam sektor pertanian. Harold merancang untuk berkembang ke jenis sisa pertanian lain di Asia Tenggara untuk menyediakan penyelesaian nilai tambah lestari secara besar-besaran.

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, NEXTEVO menyasarkan untuk memberi kesan kepada kehidupan 5,000 petani di Asia Tenggara.

Latar Belakang NEXTEVO 

Misi NEXTEVO ialah untuk mengubah sisa pertanian secara besar-besaran menjadi produk nilai tambah yang lestari untuk kehidupan seharian dan aplikasi pertanian. Syarikat ini bertujuan untuk memacu kesan sosial yang positif kepada petani dan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Asas usaha ini ialah matlamatnya ke arah sisa sifar, menggunakan setiap komponen sisa pertanian. NEXTEVO terletak di Singapura dengan operasi di Thailand dan Indonesia.

www.nextevo.one

Source: NEXTEVO
Related Links:
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Textiles New products/services