omniture

British Airways melancarkan program pembangunan untuk pemimpin dengan pakar kekuatan, Cappfinity

Cappfinity
2021-11-17 00:34 35

LONDON, 16 November 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat penerbangan global, British Airways, bekerjasama dengan syarikat teknologi Sumber Manusia, Cappfinity, dalam program pembangunan kepemimpinan transformasi untuk lebih 400 orang pemimpin syarikatnya.

Dirancang untuk dijalankan selama lebih empat tahun dan disampaikan oleh Amalan Bakat Cappfinity,  Program Pembangunan Kepemimpinan Altitud ini merupakan sebahagian daripada inisiatif jangka panjang yang direka untuk mengubah syarikat penerbangan ini dan menyuntik nafas baharu kepada perniagaan ini berikutan kesan pandemik yang dahsyat terhadap industri penerbangan.

Para peserta akan menjalani penilaian digital luar biasa dengan susulan maklum balas dan temu bual yang diterajui pakar.  Setiap pemimpin juga akan menerima laporan maklum balas terperinci yang memberikan maklumat tentang gaya kepemimpinan mereka dan cara mereka menunjukkan Tingkah Laku Kepemimpinan British Airways. 

Para pemimpin akan diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam kelas pakar tentang kaedah untuk membimbing pasukan mereka serta mengikuti perjalanan pembangunan khusus yang merangkumi bimbingan eksekutif, bengkel interaktif, pembelajaran tindakan, kandungan digital inovatif dan maklum balas 360.

Tanya Mohamoodally, Ketua Strategi Pekerja dan Pembangunan Organisasi British Airways, bercakap tentang matlamat program ini,

"Matlamat kami ialah untuk mewujudkan program pembangunan bertaraf dunia yang melengkapi para pemimpin yang ada sekarang dan masa hadapan dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk membawa perniagaan ini melalui fasa perjalanan kami yang seterusnya. Industri ini telah menghadapi gangguan yang belum pernah berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan kini, kami berasa adalah amat penting untuk melabur dalam menyokong para pemimpin kami dan memperkukuhkan perancangan bakat."

Celine Floyd, Pengarah Latihan Bakat, Penilaian Kepimpinan Cappfinity mengulas tentang program ini,

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan British Airways ketika mereka bersedia untuk membuka potensi kepemimpinan dan membangunkan kekuatan utama yang akan membantu para pemimpin menangani cabaran akan datang serta menjamin pertumbuhan masa depan perniagaan mereka. Fleksibiliti penyelesaian Altitud berasaskan kekuatan kami bermaksud kami dapat menyediakan pendekatan dipacu data yang boleh diskalakan untuk menyokong pelbagai proses penting yang luas merangkumi perancangan penggantian, mobiliti dalaman dan pengambilan bakat. Kami berharap untuk melihat pencapaian melalui kerjasama kami sepanjang empat tahun akan datang."

Tentang Cappfinity 

Cappfinity ialah peneraju global dalam penilaian berasaskan kekuatan yang menyediakan penyelesaian pengambilan pekerja dan pembangunan yang memenangi anugerah kepada syarikat-syarikat yang berpandangan ke hadapan. Pasukan kami di UK, AS, Ireland dan Australia berbangga dapat bekerjasama dengan lebih 200 buah organisasi dan berjuta-juta individu yang sedang berkhidmat, dengan tujuan bersama kami – Mengukuhkan Dunia.

 

 

Source: Cappfinity
Keywords: Airlines/Aviation Travel Workforce Management/Human Resources Licensing/marketing agreements