omniture

Peneraju Analisis Produk, Mixpanel, Memperoleh Pelaburan Pertumbuhan Bernilai $200 Juta untuk Membantu Lebih Banyak Pasukan Membangunkan Produk Digital yang Berjaya

Mixpanel, Inc.
2021-11-17 10:20 37

Pelaburan daripada Bain Capital Tech Opportunities Meletakkan Nilai Mixpanel Melebihi $1 Bilion; Pembiayaan Akan Mendorong Strategi Pertumbuhan Berpandukan Produk Ketika Ekonomi Digital Berkembang dengan Pesat

SAN FRANCISCO dan BOSTON, 17 November 2021 /PRNewswire/ -- Mixpanel, penyelesaian analisis produk terkemuka yang memperkasakan lebih 6,000 syarikat digital paling inovatif di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh pelaburan pertumbuhan Siri C bernilai $200 juta daripada Bain Capital Tech Opportunities. Pembiayaan ini telah meningkat kepada penilaian berjumlah $1.05 bilion.

Setakat ini, sebanyak $277 juta telah dilaburkan dalam Mixpanel termasuk pelaburan Siri B sebelum ini yang bernilai $65 juta yang diterajui oleh Andreessen Horowitz pada tahun 2014. 

Pelaburan ini akan digunakan untuk mempercepat pembangunan produk dan memperluas jangkauan Mixpanel kepada perniagaan baharu yang mengutamakan digital merangkumi pelanggan seperti Netflix, Monday.com, Noom dan Xero. Mixpanel merancang untuk memperluas pasukannya di Amerika Utara, EMEA dan Asia Pasifik untuk tempoh 12 hingga 18 bulan yang akan datang dengan penekanan terhadap pelancaran ke pasaran, produk dan kejuruteraan.

"Produk Digital mengubah cara kita menjalani kehidupan. Dari penghantaran ke destinasi terakhir, hinggalah ke teknologi kewangan, serta perniagaan media yang moden, kita sedang menyaksikan ledakan inovasi," kata Amir Movafaghi, Ketua Pegawai Eksekutif Mixpanel. "Mixpanel ialah pendaya perubahan ini. Kami membantu pasukan pembangunan produk memahami dengan pantas, perkara yang penting bagi pengguna produk dan perkhidmatan mereka, agar mereka mampu membina produk digital yang lebih baik dan berdasarkan pengalaman pelanggan."

"Pelaburan ini membolehkan kami bekerjasama dengan para pelabur teknologi global yang berpengalaman daripada Bain Capital Tech Opportunities dan mengesahkan strategi pertumbuhan berasaskan produk kami dalam jangka panjang," sambung Movafaghi. "Dengan pelaburan ini, kami mendapat sokongan yang diperlukan untuk meraih keuntungan dalam pasaran analisis produk yang sangat luas."

"Mixpanel sedang menerajui usaha untuk membawakan revolusi analisis kepada pasukan pembangunan produk di seluruh dunia. Perniagaan ini mempunyai strategi hiperfokus untuk meneruskan pelaburan dalam penyelesaian analisis produk, manakala pasukan pengurusan pula memberi tumpuan terhadap menyampaikan nilai yang maksimum kepada pelanggan — suatu kombinasi yang membawa keuntungan," kata Dewey Awad, Pengarah Urusan Bain Capital Tech Opportunities. Bain Capital Tech Opportunities mempunyai pengalaman yang luas dan mendalam dalam perisian perusahaan, setelah melabur dan meningkatkan skala pelbagai syarikat perisian global termasuk A Cloud Guru (diambil alih oleh Pluralsight), Buildertrend, BioCatch Ltd., Hudl dan When I Work.

"Saya telah menguruskan banyak vendor perisian selama bertahun-tahun. Kebanyakan daripadanya adalah produk yang digunakan oleh orang ramai kerana mereka perlukannya, namun Mixpanel merupakan salah satu daripada beberapa produk yang gemar digunakan oleh para pelanggan," kata Steve Davis, Mantan Naib Presiden Kanan & Pengurus Besar Data & AI di Expedia Group dan Ketua Pegawai Teknologi Babylon Health pada masa ini.

"Kami telah meninjau dan berbincang dengan beratus-ratus pelanggan Mixpanel. Maklum balas ini jelas dilihat melalui tahap kedalaman analisis yang dikendalikan dan pulangan pelaburan yang dicapai oleh pasukan kejuruteraan, produk dan reka bentuk dengan memanfaatkan Mixpanel untuk membuat keputusan dipacu data," tambah Scott Kirk, Pekongsi Bain Capital Tech Opportunities.

Syarikat digital terkemuka bergantung pada Mixpanel untuk menjana maklumat pelanggan dan produk

Sebagai penginovasi asal dalam pasaran analisis produk yang sedang berkembang pesat, penyelesaian Mixpanel membantu syarikat memahami cara pengguna mengendalikan laman web dan aplikasi mereka dengan mudah, sekali gus mengupayakan pemahaman data yang berharga untuk mempercepat inovasi produk dan menambah baik pengalaman pelanggan. Dengan Mixpanel, pasukan produk boleh mengenal pasti laluan dan ciri pengguna yang paling popular, pemacu pengekalan dan pertukaran, titik percanggahan, trend tersembunyi dan maklumat yang mudah diakses untuk menyediakan maklumat bagi pelan hala tuju produk mereka. 

Didorong oleh ledakan penggunaan produk dan perkhidmatan digital yang berterusan setiap hari, pasaran analisis produk dijangka akan berkembang daripada $6 bilion hari ini kepada lebih $20 bilion menjelang tahun 2027[1]. Kategori analisis produk masih di peringkat awal dan baru sahaja bermula untuk disesuaikan apabila pasukan kejuruteraan, produk dan reka bentuk semakin menyedari pulangan pelaburan daripada alat-alat ini. 

"Mixpanel merupakan aset yang berharga bagi Pasukan Produk & Jenama Digital Dunkin'," kata Jackie O' Leary, Pengurus Kanan Digital Dunkin' dan Inspire Brands. "Ia membolehkan kami memahami tingkah laku pengguna dengan lebih baik dalam aplikasi mudah alih kami, membolehkan kami membuat keputusan berpandukan data sewaktu merancang ciri dan pengukuhan serta memudahkan pendemokrasian data di seluruh organisasi kami."

Mixpanel telah mentakrifkan kategori analisis produk ini dan terus berkembang

Mixpanel ialah penyedia analisis produk terkemuka dengan UI terbaik dan strategi pertumbuhan berasaskan produk yang kukuh yang memperkasa syarikat-syarikat untuk menjawab lebih 70 juta persoalan produk tentang cara pengguna mengendalikan laman web dan aplikasi mereka. Pendekatan ini menumpukan perhatian seluruh syarikat terhadap satu matlamat: memastikan pelanggan mencapai nilai maksimum daripada pelaburan mereka dalam Mixpanel. Strategi ini telah menghasilkan pencapaian yang signifikan:

  • Pengguna Aktif Mingguan (WAU) telah meningkat sebanyak 72% sejak awal tahun 2020
  • Pendaftaran bulanan meningkat sebanyak 57% tahun ke tahun
  • Kejayaan pelanggan perusahaan terkenal: Bolt, Expedia, Indeed, Viber, Yelp dan Uber
  • Ekosistem rakan teknologi yang semakin berkembang dengan lebih 90 penyepaduan yang menawarkan para pelanggan Mixpanel dengan rangkaian keupayaan penuh daripada vendor terbaik seperti Snowflake, Twilio Segment, mParticle, Fivetran, Census, Hightouch, RudderStack, Iterable dan OneSignal

"Dengan beribu-ribu pelanggan yang berkongsi, Mixpanel merupakan rakan kongsi Segmen yang utama dan peneraju dalam bidang analisis produk," kata Yuri Bukhan, Ketua Pembangunan Perniagaan / Perkongsian Twilio Segment. "Kami teruja untuk melihat momentum perniagaan yang berterusan dan berharap dapat membantu lebih ramai pelanggan mengumpul, membersih, mengawal dan menganalisis data pelanggan mereka untuk membangunkan produk dan pengalaman pelanggan yang lebih baik."

Tentang Mixpanel
Mixpanel membantu syarikat menilai perkara-perkara penting, membuat keputusan dengan pantas dan membangunkan produk digital yang lebih baik melalui data. Dengan penyelesaian analisis produk kendirinya yang hebat, pasukan berkaitan boleh melakukan analisis tentang bagaimana dan mengapa orang ramai terlibat, bertukar dan kekal—dalam masa nyata, pada pelbagai peranti—untuk meningkatkan pengalaman pengguna mereka. Dengan ibu pejabatnya di San Francisco, Mixpanel mengamalkan budaya dan pengalaman pekerja yang memenangi anugerah dengan pejabat-pejabat di New York, Seattle, Austin, London, Barcelona dan Singapura. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.mixpanel.com.

Tentang Bain Capital Tech Opportunities
Bain Capital Tech Opportunities   mempunyai matlamat untuk membantu syarikat teknologi yang sedang berkembang mencapai potensi mereka sepenuhnya. Kami memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat dalam pasaran akhir yang besar dan berkembang melalui teknologi inovatif atau baharu, yang kami percaya akan membolehkan kami menyokong pertumbuhan yang membawa perubahan. Pasukan kami yang berdedikasi dan telah lama berkhidmat dengan kami mempunyai pengalaman yang mendalam bagi menyokong syarikat teknologi yang sedang berkembang — menghimpunkan latar belakang yang berbeza dalam pelaburan ekuiti swasta dan awam serta menggabungkan peranan pengendalian teknologi. Kami melabur dalam situasi penting yang menguntungkan dalam jangka panjang apabila teknologi menembusi seluruh industri dan mewujudkan peluang pelaburan yang besar dan semakin meningkat. Bain Capital Tech Opportunities memberi tumpuan kepada lima subvertikal yang diutamakan: Perisian Aplikasi, Infrastruktur & Keselamatan, Teknologi Kewangan & Pembayaran, IT Penjagaan Kesihatan serta Internet & Media Digital.

1 Sumber: Apptopia, Gartner

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/722004/Mixpanel_Inc_Logo.jpg?p=medium600

Source: Mixpanel, Inc.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Financing agreements Data Analytics