omniture

FP Markets dinobatkan sebagai 'Broker FX Terbaik Australia' 2021 yang menambahkan kejayaannya pada tahun 2020

FP Markets
2021-11-19 21:06 117

SYDNEY, 19 November 2021 /PRNewswire/ -- FP Markets dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah dinobatkan sebagai'Broker FX Terbaik Australia' 2021 untuk dua tahun berturut-turut oleh FxScouts – serta jenama sekutunya, TradeForexSA dan FxAustralia.

2021 merupakan tahun yang tidak menentu bagi industri dagangan CFD dan ketika menyampaikan anugerah ini, barisan panel bagi anugerah tersebut menyatakan: "FP Markets mempunyai sejarah yang panjang dalam menerajui para broker di Australia. Dengan pelbagai pilihan platform dagangan yang canggih, kecairan pada tahap yang tinggi, persekitaran dagangan yang kompetitif dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa, FP Markets memenangi anugerah Broker FX Terbaik Australia kami untuk tahun 2021."

Nick Twidale, Ketua Pegawai Eksekutif APAC untuk FP Markets mengulas, "Dinobatkan sebagai Broker FX Terbaik di Australia untuk tahun 2021 adalah sesuatu yang hebat, terutamanya dalam bidang yang kompetitif dan sesak seperti ini. Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan pelanggan kami dengan pengalaman dagangan yang luar biasa dan dagangan yang dilakukan dengan FP Markets menjamin bahawa para pelanggan kami menerima sebaran yang sangat sempit, pelaksanaan yang sangat pantas dan sokongan pelanggan yang serta-merta."

FP Markets  menawarkan pelbagai platform dagangan termasuk MetaTrader 4, MetaTrader 5 dan Iress. Dengan beberapa jenis akaun yang berbeza dan lebih 10,000 instrumen yang boleh didagangkan, ia menawarkan pedagang dengan akses kepada CFD di seluruh Forex, Indeks, Komoditi, Saham dan Mata Wang Kripto pada Akaun Langsung atau Akaun Percubaan.

FP Markets telah mengetahui bahawa gabungan sebaran yang sempit dan pelaksanaan pantas yang konsisten, berserta platform yang canggih dan sokongan pelanggan yang pelbagai merupakan faktor utama yang memberi keyakinan kepada para pedagang untuk berdagang.

Nota kepada Editor
Tentang FP Markets:
 

  • FP Markets ialah Broker Forex global dengan pelbagai kawal selia dan pengalaman industri selama lebih 16 tahun.
  • FP Markets menawarkan sebaran Forex antara bank yang sangat kompetitif yang tersedia daripada 0.0 pip dan leveraj sehingga 500:1*.
  • Muat turun Aplikasi Mudah Alih FP Markets dan berdagang di mana-mana sahaja pada pelbagai platform dalam talian yang hebat seperti MetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader dan Iress.
  • Perkhidmatan cemerlang 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dalam pelbagai bahasa oleh syarikat ini telah diiktiraf oleh Investment Trends sebagai destinasi utama bagi beberapa pelanggan yang paling berpuas hati dalam industri dan telah menerima "Anugerah Kepuasan Pelanggan Tertinggi Keseluruhan" daripada Investment Trends selama lima tahun berturut-turut.
  • FP Markets telah dianugerahkan gelaran sebagai 'Broker Nilai Forex Global' selama tiga tahun berturut-turut (2019, 2020, 2021) dalam Anugerah Forex Global.
  • FP Markets telah dinobatkan sebagai "Pengalaman Dagangan Terbaik di EU" semasa Anugerah Forex Global 2021.
  • Untuk mendapatkan butiran lengkap tentang pelbagai tawaran kami yang luas, sila layari https://www.fpmarkets.com.
FP Markets crowned as ‘Best FX Broker Australia 2021
FP Markets crowned as ‘Best FX Broker Australia 2021

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1692022/FP_Markets_Best.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1574261/FP_Markets_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: FP Markets
Keywords: Banking/Financial Service Awards Financial Technology