omniture

ADVANZ PHARMA melakukan perubahan penting kepada barisan kepemimpinan kanan untuk mempercepat lagi fasa pertumbuhan seterusnya

ADVANZ PHARMA Corp.
2021-11-19 23:46 309

Dr. Steffen Wagner dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu dan Andreas Stickler sebagai Ketua Pegawai Kewangan baharu 

LONDON, 19 November 2021 /PRNewswire/ -- ADVANZ PHARMA Corp. Limited ("ADVANZ PHARMA" atau "Syarikat"), sebuah syarikat farmaseutikal khusus dengan fokus strategik terhadap ubat-ubatan yang kompleks di Eropah, hari ini mengumumkan beberapa perubahan dalam jawatan kepemimpinan kanan ketika ia memasuki fasa perjalanan pertumbuhan seterusnya.

Dr Steffen Wagner
Dr Steffen Wagner

Dr. Steffen Wagner akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif ADVANZ PHARMA yang baharu bermula pada awal tahun 2022. Beliau menggantikan Graeme Duncan yang akan melepaskan jawatannya dan menjadi penasihat khas kepada Ahli Lembaga Pengarah. Andreas Stickler akan menyertai Merck Healthcare sebagai Ketua Pegawai Kewangan baharu bagi menggantikan Adeel Ahmad.

Dr. Steffen Wagner pada masa kini merupakan ahli pasukan pengurusan eksekutif STADA Arzneimittel AG dan bertanggungjawab untuk bahagian Pasaran Eropah syarikat tersebut. Steffen ialah seorang doktor perubatan dari segi kelulusan dan sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan kanan di Biogen dan Novartis Group serta bertugas sebagai perunding di McKinsey & Company dan Bain & Company. Beliau membawa pengalaman farmaseutikal antarabangsa yang luas yang akan menjadi sangat berharga dalam menyokong perjalanan berterusan ADVANZ PHARMA. Pemegang jawatan itu yang terdahulu, Graeme Duncan telah menyertai ADVANZ PHARMA sejak tahun 2014 dan telah memainkan peranan yang penting dalam membangunkan Syarikat setakat ini. Beliau akan terus bekerjasama dengan Ahli Lembaga Pengarah sebagai penasihat khas.

Andreas Stickler akan menyertai Syarikat sebagai Ketua Pegawai Kewangan baharu pada bulan Januari 2022. Terbaharu, beliau telah menjadi Ketua Pegawai Kewangan Merck Healthcare yang merupakan sebahagian daripada Merck KGaA yang beliau turut berkhidmat sebagai Ketua Global Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A) dan Pembangunan Perniagaan yang memacu pengambilalihan strategik utama. Beliau membawa bersama kepakaran kewangan, penjagaan kesihatan dan M&A global yang luas kepada pasukan ini. Pemegang jawatan tersebut yang terdahulu, Adeel Ahmad telah menyertai Syarikat sejak tahun 2013 dan telah membantu menjayakan projek transformasi utama serta membina perniagaan yang lestari untuk berkembang.

Kedua-dua penambahan utama kepada pasukan eksekutif ADVANZ PHARMA ini disertai dengan beberapa perubahan kepemimpinan kanan yang lain. Pada 1 November 2021, Susanna El-Armale menyertai sebagai Ketua Pegawai Pembangunan Korporat, setelah jawatan terdahulunya sebagai Ketua Pegawai Pembangunan Korporat Theramex dan menggantikan mantan Ketua Pegawai Pembangunan Korporat, Guy Clark. Susanna membawa pengalaman luas yang merangkumi aktiviti M&A dan Pembangungan Perniagaan (BD) dan akan menjadi pemacu utama agenda pembangunan korporat Syarikat yang aktif. Pada bulan Januari 2022, Chris Britten akan menyertai pasukan Susanna El-Armale sebagai Naib Presiden Kanan M&A, setelah memegang jawatan sebagai Ketua M&A di Neuraxpharm. Pada 11 Oktober yang lalu, Anke Niedernberg telah menyertai sebagai Naib Presiden Kanan dan Ketua Pejabat Transformasi. Beliau membawa kemahiran yang luas kepada pasukan kepemimpinan setelah berkecimpung dalam ekuiti swasta, perundingan dan menjalankan projek perubahan dan pertumbuhan utama selama sepuluh tahun yang lalu dengan Sandoz.

Perubahan kepemimpinan kanan ini dilakukan berdasarkan kejayaan ADVANZ PHARMA pada tahun 2021 dan akan membantu meningkatkan fasa pertumbuhan Syarikat yang seterusnya. Pada tahun 2021, Syarikat telah menghasilkan prestasi kewangan yang kukuh, berjaya memperoleh aset strategik tambahan, memulakan pelancaran Lanreotide versi generik di Eropah dan meningkatkan perancangan organiknya dengan lebih banyak perjanjian pelesenan. ADVANZ PHARMA terus membangun ke arah mencapai visi korporatnya untuk menjadi "rakan pilihan" bagi ubat-ubatan hospital dan khusus yang kompleks di Eropah.

Tentang ADVANZ PHARMA
ADVANZ PHARMA beribu pejabat di London dan mempunyai sekutu komersial di Eropah, Amerika Utara dan Australia serta rantaian bekalan, operasi kawal selia dan pentadbiran di India. Selain itu, ADVANZ PHARMA mempunyai rangkaian rakan kongsi komersial global yang mantap di seluruh dunia. Dengan pasukan yang tangkas dan berpengalaman yang merangkumi jualan langsung, pemasaran dan keupayaan perubatan di kebanyakan pasaran utama di Eropah, ADVANZ PHARMA membekal, menginovasi dan meningkatkan lagi ubat-ubatan penting yang diharapkan oleh para pesakit, memastikan akses yang berterusan kepada pesakit dan meningkatkan hasil sektor penjagaan kesihatan. ADVANZ PHARMA mempunyai kepakaran yang luas dalam beberapa bidang terapeutik dengan kekuatan dalam bidang penjagaan kritikal, antiinfektif, endokrinologi, kardiovaskular dan bidang terapeutik sistem saraf pusat serta akses jualan langsung di Eropah yang menjadikannya sebagai rakan kongsi yang menarik ketika mengkomersialkan ubat-ubatan kompleks terutamanya di saluran hospital. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web kami: https://www.advanzpharma.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1691859/Dr_Steffen_Wagner.jpg?p=medium600

 

Hubungan akhbar: Meral Nugent, Ketua Komunikasi, Tel: +44 7557 49 60 35, E-mel: meral.nugent@advanzpharma.com

Source: ADVANZ PHARMA Corp.
Related Stocks:
OTC:CXRXF Toronto:ADVZ
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals OTC/SmallCap IRW Pharmaceuticals Personnel announcements