omniture

Irasshaimase Roma! Nobu Hospitality Memperluaskan Lagi Pengembangan di Eropah dengan Hotel dan Restoran Nobu Roma

Nobu Hospitality
2021-11-30 12:18 31

NEW YORK, 30 November 2021 /PRNewswire/ -- Jenama gaya hidup global Nobu Hospitality, yang diasaskan oleh Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper, berbesar hati mengumumkan pelancaran hotel pertama dan restoran keduanya di Itali.

 

Dijangka akan dilancarkan pada musim panas 2022, Hotel dan Restoran Nobu Roma merupakan kerjasama antara Carlo Acampora, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Grand Hotel Via Veneto dengan Nobu Hospitality yang akan mengetuai perubahan Grand Hotel yang mewah menjadi Hotel dan Restoran Nobu.

Terletak di tengah-tengah bandaraya bersejarah Rom, di Via Veneto yang eksklusif dan terkenal di dunia dan hanya dalam jarak berjalan kaki yang singkat dari taman Villa Borghese, Piaza Barberini, Air Pancut Trevi dan Piaza di Spagna yang menakjubkan, Hotel Nobu Roma merupakan penyatuan dua buah bangunan Abad ke-19 yang digabungkan untuk mencipta karya agung moden yang meraikan masa silamnya yang agung dan bersejarah. Gabungan bersepadu daripada sebuah hotel mewah dan ruang tamu yang bertenaga, Hotel Nobu Roma akan menempatkan 122 bilik dan suite tetamu, termasuk Suite Nobu seluas 500meter persegi, teres atas bumbung hijau yang menakjubkan, ruang mesyuarat dalaman dan luaran, spa bandar dengan perkhidmatan lengkap, pusat kecergasan yang canggih, sebuah Restoran Nobu yang menawarkan ruang makan dalaman selama 24 jam dan ruang istirehat kelab eksklusif untuk menikmati muzik bertaraf dunia. Hotel dan Restoran Nobu Roma akan memberi tumpuan kepada pengalaman tetamu dengan pendekatan yang mesra alam dan lestari.

Carlo Acampora, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Grand Hotel Via Veneto menyatakan, "Dedikasi Nobu yang luar biasa, semangat Meir, visi Bob dan minat beliau yang tidak terhingga terhadap Itali yang digabungkan dengan kepemimpinan Trevor dan Struan yang luar biasa serta kepakaran keseluruhan pasukan pengurusan akan menjadikan pembukaan ini menarik dan unik dalam industri perhotelan global. Saya amat berbesar hati kerana mempunyai Nobu sebagai rakan kongsi kerana kami berkongsi nilai-nilai kualiti, perkhidmatan dan kecemerlangan yang sama. Dan di sini pada hari ini, saya tidak dapat menyembunyikan minat saya terhadap Jepun dan budaya hospitalitinya yang luar biasa. Oleh itu, saya amat gembira kerana dapat membuka pintu Bandar Abadi ini kepada Hotel Nobu yang pertama di Itali. Pengalaman luar biasa yang akan ditawarkan oleh Nobu Roma ialah sesuatu yang amat diperlukan oleh pelancong dari Rom dan antarabangsa dan kami menyedari tanggungjawab besar yang menanti kami terhadap para tetamu di masa hadapan."

Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper menyatakan, "Rom merupakan hab gastronomi dunia dan lokasi yang ideal untuk jenama Nobu. Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Carlo Acampora dalam projek yang menarik ini dan membawa sajian Nobu yang terkenal kepada penduduk Rom serta pelawat dari seluruh dunia. Kami berkongsi banyak nilai yang sama dengan Carlo, terutamanya dari segi kepentingan hospitaliti. Rom memiliki gabungan budaya mewah, seni, fesyen dan seni bina bersejarah yang luar biasa. Dan oleh itu, kami berbesar hati kerana kini dapat menjadi sebahagian daripada Bandar Abadi ini melalui pembukaan yang mengujakan ini" 

Trevor Horwell, Ketua Pegawai Eksekutif Nobu Hospitality mengulas, "Kerjasama dan hubungan yang berkekalan mengambil masa dan pelaburan serta ketabahan kami telah menerima ganjaran pada hari ini. Secara peribadi, saya amat berbangga dan teruja untuk mengalu-alukan pakatan baharu kami dengan Carlo. Bukan sahaja falsafah dan nilai-nilai beliau amat sesuai dengan kami, malah kami berkongsi impian dan aspirasi yang sama untuk mewujudkan sesuatu yang luar biasa yang akan memberikan tanggapan positif kepada komuniti Rom secara keseluruhan."

Video - https://www.youtube.com/watch?v=2iWrZM_CrJw

 

Source: Nobu Hospitality
Keywords: Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel Corporate Expansion