omniture

Babilon-Mobile Memilih Baicells sebagai Penyedia Stesen Pangkalan 4G dan 5G Utama untuk Membina Rangkaian Mudah Alih Lengkap di Tajikistan

Baicells Technologies
2021-11-30 14:02 26

PLANO, Texas, 30 November 2021 /PRNewswire/ -- Baicells, sebuah pengeluar global terkemuka bagi penyelesaian sambungan tanpa wayar LTE dan 5G, mengumumkan  bahawa ia telah menandatangani perjanjian dengan Babilon-Mobile, salah sebuah pengendali mudah alih terbesar di Tajikistan, untuk menyediakan ratusan stesen pangkalan 4G dan 5G kepada bandar-bandar seperti Dushanbe, Khujand dan lain-lain. Babilon-Mobile merancang untuk menempatkan ratusan stesen pangkalan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Di Tajikistan, pasaran mudah alih sedang menyaksikan peralihan yang dipercepat kepada jalur lebar mudah alih. Penggunaan mudah alih oleh Babilon-Mobile ini akan membuka pintu kepada lebih ramai komuniti di Tajikistan untuk mengakses sambungan 4G dan terus membangunkan infrastruktur tanpa wayar mereka bagi membolehkan sambungan 5G pada masa hadapan.

Babilon-Mobile memilih produk inovatif daripada Baicells untuk penggunaan ini disebabkan oleh harga yang terbaik, pasukan sokongan yang besar dan keupayaan untuk beralih kepada 5G. Baicells mempunyai beberapa stesen pangkalan yang paling menjimatkan kos di dunia, mengurangkan Jumlah Kos Pemilikan sehingga 40-50% jika dibandingkan dengan penyelesaian tradisional dan akan meningkatkan pulangan pelaburan Babilon-Mobile. Baicells membekalkan sebuah pasukan yang besar untuk menyokong pelancaran rangkaian Babilon-Mobile dan meningkatkan kepantasan pemasangan untuk penggunaan tersebut. Stesen pangkalan yang disediakan oleh Baicells akan dilengkapi sepenuhnya dengan keupayaan untuk Babilon-Mobile menaik taraf rangkaian kepada 5G dalam masa terdekat yang melindungi pelaburan syarikat mudah alih ini. 

"Baicells sangat berbesar hati dan gembira kerana dipilih oleh Babilon-Mobile untuk membina keseluruhan rangkaian 4G dan 5G dalam masa terdekat ini," kata Encik Bai Wei, Pengurus Besar Baicells International Business. "Kami percaya penyelesaian inovatif Baicells dapat membantu pelanggan dan rakan kongsi kami yang dihargai untuk membina rangkaian utama di Tajikistan."

Encik Firdavs F., Pengarah Babilon-Mobile mengulas, "Kami percaya bahawa Baicells dapat membantu kami membina rangkaian LTE yang sangat berkelayakan dengan struktur sokongan jangka panjang yang mampan."

Tentang Baicells 

Baicells ialah sebuah syarikat antarabangsa yang menyediakan Penyelesaian Akses 4G LTE dan 5G NR dengan harga yang terbaik dan inovatif dari segi teknikal yang menghubungkan lebih 50 buah negara.

Tentang Babilon-Mobile 

Babilon-Mobile ialah sebuah pengendali mudah alih Tajikistan sejak 1 Januari 2003. Menyediakan pelbagai perkhidmatan moden yang lengkap kepada pelanggan.

HUBUNGI: Max Hahn, max.hahn@na.baicells.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1609895/Baicells_Technologies_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Baicells Technologies
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications Contracts