omniture

Artmarket.com: Artprice dan Cision memperluas perikatan mereka ke 119 negara untuk menjadi agensi berita terkemuka dunia khusus untuk Pasar Seni, NFT dan Meta Semesta

Artmarket.com
2021-11-30 22:24 47

PARIS, 30 November 2021 /PRNewswire/ -- Artprice oleh Artmarket – yang pemegang saham rujukannya adalah Server Group®, perintis Internet di Eropah sejak 1985, dan Cision® (PR Newswire) - dengan sukacitanya mengumumkan perluasan perikatan unik global mereka untuk pengedaran suapan berita ke 119 negara.

Meta Semesta Artprice© 'Alchemical Fractal 2' (himpunan 999 hasil kerja), keluli mentah, arca dan algoritma NFT oleh thierry Ehrmann. Dengan ihsan Muzium Organe / Abode of Chaos / La Demeure du Chaos
Meta Semesta Artprice© 'Alchemical Fractal 2' (himpunan 999 hasil kerja), keluli mentah, arca dan algoritma NFT oleh thierry Ehrmann. Dengan ihsan Muzium Organe / Abode of Chaos / La Demeure du Chaos

Kerjasama lanjut ini mengesahkan Cision sebagai pengedar rasmi berita dan kandungan untuk Peneraju Dunia dalam maklumat Pasaran Seni, Artprice oleh Artmarket.

Menurut Frédéric Dumas, Naib Presiden Jualan Cision Perancis: "Cision menyokong jenama global yang dihormati di seluruh dunia. Meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama kami dengan Artmarket.com memberi Cision peluang untuk berada di barisan hadapan inovasi teknologi dalam pasaran Seni dan dunia Seni Digital."

Bagi thierry Ehrmann, pengasas Artprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Artmarket.com:" Perikatan dengan Cision, yang ketika ini menyalurkan perkhidmatan kepada 119 negara, membolehkan kami menjangkau negara-negara baharu di semua benua, yang sudah pun mempunyai pengaruh ke atas 'Barat' dari segi kripto, Blok Rantai dan NFT. Perikatan strategik ini adalah berdasarkan sikap saling menghormati dan amalan harian yang berterusan selama 21 tahun antara Cision PR Newswire dan Artprice oleh Artmarket.

Sepanjang 120 tahun yang lalu, Cision secara perlahan-lahan namun dengan pasti, telah membina rangkaian pengedaran berita global yang diiktiraf oleh lebih 100,000 pelanggan terkemuka dalam sektor kewangan. Cision juga merupakan peneraju global dalam Perisian PR & Pengaruh.

Dengan pangkalan data yang merangkumi 1.6 juta wartawan dan saluran media, Cision menyebarkan berita dan maklumat nilai tambah yang tinggi ke semua lima benua di dunia.

Perjanjian terbaharu ini adalah hasil langsung daripada hubungan yang terjalin selama dua dekad antara Artprice dan Cision, kedua-duanya peneraju dalam pasaran masing-masing.

Menurut thierry Ehrmann: "Cision newswire melangkaui standard industri untuk penyebaran berita. Ini membolehkan Artprice menjangkau lebih ramai ahli masyarakat awam yang kini mewakili kira-kira 900 juta peminat dan pengumpul seni, ahli profesional pasaran (galeri, rumah lelongan dan institusi/muzium) dan baru-baru ini telah berkembang dengan merangkumi populasi artis baharu, pencipta dan pengguna yang lebih muda yang terdorong oleh perkaitan antara pasaran seni dengan alam kripto serta kemunculan NFT dan Meta Semesta".

Suapan berita harian yang dilanjutkan secara geografi ini akan menjangkau jauh ke dalam 119 negara 'maju' dan 'negara membangun'. Sesetengah negara membangun kini berada di barisan hadapan fenomena NFT, diterajui oleh komuniti artis yang sedang mengubah dunia kepada paradigma baharu yang menjadikan mereka pemain utama di tengah-tengah pasaran seni. Evolusi ini benar-benar bertepatan dengan keyakinan yang telah kami pegang sejak sekian lama serta Manifesto kami baru-baru ini.

https://www.prnewswire.com/news-releases/artmarketcom-artprice-manifesto---the-future-of-nfts-and-the-metaverse-301428347.html

Artprice sudah pun mempunyai komuniti terbuka meliputi 765,000 artis dan 5.4 juta ahli yang menyumbang secara aktif, termasuk 4.5 juta pengumpul dan peminat seni serta 900,000 ahli profesional seni.

Melalui perikatan dengan Cision ini – kini diperluaskan ke 119 negara – Artprice oleh Artmarket sedang menjangkau dunia baharu... dan alam semesta yang selari dengannya.

#ArtMarket by #ARTPRICE $ PRC #NFT #CryptoArt #metaverse #DigitalArt #NFTs #MarketPlace #BTC #ETH #OpenSeaNFT #raribleNFT #Ethereum #Manifesto

Tentang Cision / PR Newswire:

Cision adalah peneraju global dalam perisian Media Bebas, PR & Pengaruh untuk ahli profesional komunikasi. Cision membolehkan penyampai komunikasi mengenal pasti dan melibatkan diri dengan wartawan dan pempengaruh utama mereka, membangunkan dan mengedarkan kandungan serta mengukur impak kempen mereka: TV, Radio, Akhbar, Web dan Rangkaian Sosial. Cision mempunyai tenaga kerja seramai lebih 4,000 pekerja dan pejabat di 22 negara berbeza (Amerika, EMEA, APAC).

Hak Cipta 1987-2021 thierry Ehrmann www.artprice.com - www.artmarket.com

Tentang Artmarket:

Artmarket.com disenaraikan pada Eurolist oleh Euronext Paris, SRD panjang sahaja dan Euroclear: 7478 - Bloomberg: PRC - Reuters: ARTF.

Terokai Artmarket dan jabatan Artprice dalam video: www.artprice.com/video

Artmarket dan jabatan Artprice telah ditubuhkan pada 1997 oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, thierry Ehrmann. Artmarket dan jabatan Artprice dikawal oleh Groupe Serveur, yang diwujudkan pada 1987.

Lihat biografi yang diperakui dalam Who's who ©:
Biographie_thierry_Ehrmann_2022_WhosWhoInFrance.pdf

Artmarket adalah pemain global dalam Pasaran Seni bersama, antara struktur lain, jabatan Artprice-nya, peneraju dunia dalam pengumpulan, pengurusan dan eksploitasi maklumat pasaran seni sejarah dan semasa dalam bank data yang mengandungi lebih 30 juta indeks dan hasil lelongan, meliputi lebih daripada 770,000 artis.

Artprice oleh Artmarket, peneraju dunia dalam maklumat tentang pasaran seni, telah menetapkan sendiri cita-cita melalui Global Standardized Marketplace untuk menjadi platform NFT Seni Halus terkemuka di dunia.

Artprice Images® membolehkan akses tanpa had kepada bank imej Pasaran Seni terbesar di dunia: tidak kurang daripada 180 juta imej digital gambar atau penghasilan semula karya seni yang diukir dari tahun 1700 hingga ke hari ini, diulas oleh ahli sejarah seni kami.

Artmarket bersama jabatan Artprice-nya mengumpul data secara tetap daripada 6300 Rumah Lelongan dan menghasilkan maklumat Pasaran Seni utama untuk akhbar utama dan agensi media (7,200 penerbitan). Seramai 5.4 juta pengguna ('ahli log masuk'+media sosial) mempunyai akses kepada iklan yang disiarkan oleh ahli lain, rangkaian yang hari ini mewakili Global Standardized Marketplace® terkemuka untuk membeli dan menjual karya seni pada harga tetap atau bida (lelongan dikawal selia oleh perenggan 2 dan 3 Perkara L 321.3 Kod Komersial Perancis).

Artmarket bersama jabatan Artprice-nya, telah dianugerahkan label Negeri "Syarikat Inovatif" oleh Public Investment Bank (BPI) (buat kali kedua pada November 2018 untuk tempoh baharu 3 tahun) yang menyokong syarikat itu dalam projeknya untuk memperkukuh kedudukannya sebagai pemain global dalam seni pasaran.

Laporan Pasaran Seni Kontemporari Artprice 2020/21 oleh Artmarket.com:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-contemporary-art-market-report-2021

Laporan Pasaran Seni Global Artprice oleh Artmarket 2020 diterbitkan pada Mac 2021:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-art-market-in-2020

Indeks siaran media disiarkan oleh Artmarket dengan jabatan Artprice:
serveur.serveur.com/press_release/pressreleaseen.htm

Ikuti berita Pasaran Seni dalam masa sebenar dengan Artmarket dan jabatan Artprice-nya di Facebook dan Twitter:

www.facebook.com/artpricedotcom/ (over 5,4 million followers)

twitter.com/artmarketdotcom

twitter.com/artpricedotcom

Terokai alkimia dan dunia Artmarket dan jabatan artprice-nya https://www.artprice.com/video berpangkalan di Muzium Seni Kontemporari Organe yang terkenal "The Abode of Chaos" (dixit The New York Times): https://issuu.com/demeureduchaos/docs/demeureduchaos-abodeofchaos-opus-ix-1999-2013

L'Obs - Muzium Masa Depan: https://youtu.be/29LXBPJrs-o

www.facebook.com/la.demeure.du.chaos.theabodeofchaos999

(4.4 juta pengikut)

https://vimeo.com/124643720

LOGO: https://mma.prnasia.com/media2/1009603/Art_Market_logo.jpg?p=medium600  
PHOTO: https://imgpublic.artprice.com/img/wp/sites/11/2021/11/image1-artprice-metaverse-thierry-ehrmann-organ-museum-002.jpeg  
PHOTO: https://imgpublic.artprice.com/img/wp/sites/11/2021/11/image2-artprice-NFT-bill.jpg

artprice-nft.com
artprice-nft.com

 

 

Hubungi Artmarket.com dan jabatan Artprice - Hubungi: Thierry Ehrmann, ir@artmarket.com


 

 

 

 

Source: Artmarket.com
Related Stocks:
Berlin:AJP Bloomberg:PRC@FP Dusseldorf:AJP Euroclear:7478 EuronextParis:PRC Frankfurt:AJP ISIN:FR0000074783 LSE:0DM3 RICS:ARTF RICS:ARTF.PA Stuttgart:AJP
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Joint ventures