omniture

DNV Melancarkan Penyelesaian Penghantaran Kargo Pukal Pelepasan Sifar

AFC Energy plc
2021-12-02 00:39 49

Sel Bahan Api Hidrogen Generasi Terkini AFC Energy dan Pemecah Ammonia Dipilih untuk Reka Bentuk Kapal ZeroCoaster 

Membuka peluang untuk menggunakan ammonia hijau bagi penyahkarbonan pasaran maritim global 

LONDON, 1 Disember 2021 /PRNewswire/ -- AFC Energy, penyedia terkemuka teknologi penjanaan kuasa hidrogen, dengan sukacitanya mengumumkan pencapaian penting yang ditetapkan untuk memulakan penggunaan Ammonia dan teknologi sel bahan api alkali berkepadatan tenaga tinggi dalam usaha berbilion dolar untuk penyahkarbonan maritim global. 

Agensi pensijilan antarabangsa, DNV, kini telah menganugerahkan status "Kelulusan secara Prinsipal" (atau "AiP") untuk kapal kargo dikuasakan ammonia ZeroCoaster, mengesahkan penilaian bebas bahawa reka bentuk kapal ini boleh dilaksanakan dan tiada halangan terhadap reka bentuk yang sedang direalisasikan secara komersial.

AFC Energy percaya ini merupakan kali pertama sel bahan api alkali dengan pemecah ammonia dan penyimpanan bahan api menerima kelulusan ini yang membuka peluang kepada penggunaan ammonia hijau untuk penyahkarbonan pasaran maritim

Sorotan 

  • ZeroCoaster Consortium diterajui oleh Vard Engineering Brevik AS dan merangkumi ABB, Trosvik Maritime, SINTEF Ocean dan HK Shipping serta ditaja oleh Kerajaan Norway.
  • Objektifnya adalah untuk mereka bentuk kapal kargo pantai generasi seterusnya bagi mempercepat peralihan kepada penyelesaian perkapalan dengan pelepasan sifar.
  • Untuk memenuhi sasaran penyahkarbonan tahun 2030 bagi industri perkapalan, Norway sahaja dijangka memerlukan 1,100 buah kapal pelepasan sifar atau pelepasan rendah, termasuk 450 buah kapal kargo pengangkutan pukal jenis yang diilhamkan oleh ZeroCoaster.
  • AFC Energy mula bekerjasama dengan rakan kongsi VARD, ABB dan ZeroCoaster pada bulan Jun 2021 untuk mereka bentuk dan kejuruteraan sistem pendorong kapal kargo pengangkut pukal termodular yang dijana menggunakan ammonia hijau.
  • Teknologi yang dipilih untuk kapasiti 1.2MW kapal itu ialah platform marin tugas berat Siri "S" AFC Energy yang dijangka menempatkan 2 x 600kW sistem sel bahan api beralkali serta teknologi pemecahan ammonia dalam bekas modular sepanjang 40 kaki.
  • VARD kini akan memulakan perbincangan komersial dengan bakal pelanggan untuk pembelian kapal dikuasakan ammonia baharu, yang menampilkan modul sel bahan api dan pemecah marin AFC Energy.

Andreas Buskop, Pengurus Besar Kejuruteraan Vard Engineering Brevik AS berkata: "VARD telah lama menunjukkan kepimpinan dalam reka bentuk dan inovasi maritim dengan fokus untuk mempercepatkan peralihan kepada pelepasan sifar.  Kami sangat mempercayai peranan yang akan dimainkan oleh Ammonia Hijau dalam menyokong aspirasi industri untuk melaksanakan "amalan hijau" dan bekerjasama dengan peneraju industri dalam teknologi sel bahan api alkali, AFC Energy, kami dengan sukacitanya memperoleh pengesahan AiP kami daripada DNV, menampilkan sesuatu yang kami fahami akan menjadi reka bentuk kapal pertama yang direka untuk sel bahan api ammonia dan penggunaan pemecah.  Kami kini berharap dapat terus bekerjasama dengan AFC Energy dalam merealisasikan reka bentuk ini untuk manfaat komersial."

Adam Bond, Ketua Pegawai Eksekutif AFC Energy berkata: "Peningkatan dalam pergantungan industri maritim terhadap Ammonia Hijau sebagai bahan api penyahkarbonan merupakan kebergantungan yang sempurna kepada teknologi sel bahan api alkali tenaga tinggi AFC Energy.  Setelah bekerja dalam konsep reka bentuk selama enam bulan yang lalu dalam teknologi pemecah dan sel bahan api tugas berat bersepadu kami dalam bidang marin, kami berbesar hati dijemput untuk bekerjasama dengan para pereka dan pembangun kapal terkemuka di dunia seperti VARD untuk menyerlahkan potensi pendorong yang selamat dan patuh serta kuasa tambahan kapal kargo sebagai sebahagian daripada projek ZeroCoaster. Penerimaan AiP daripada DNV hanyalah pengesahan dan perakuan kepada peranan teknologi kami yang akan memainkan peranan dalam menyokong ahli marin untuk mencapai sasaran pengurangan kesan rumah hijau yang ketat."

DNV, salah sebuah badan klasifikasi dan pensijilan terkemuka di dunia dalam industri maritim telah menilai reka bentuk dan integrasi modul sel bahan api alkali dengan pemecah terbina dalam dan menyimpulkan bahawa reka bentuk ini mematuhi semua peraturan, syarat dan piawaian maritim yang berkaitan. 

AIP ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam memperkenalkan potensi Ammonia Hijau yang luas sebagai bahan api pelepasan sifar dalam industri maritim serta penggunaan platform sel bahan api berketumpatan tenaga tinggi AFC Energy dan modul pemecah.  AiP mengesahkan reka bentuk ini boleh dilaksanakan dan tiada halangan yang dapat mencegah penyelesaian ini daripada direalisasikan.

Program kargo pukal pantai ZeroCoaster yang diselaraskan oleh VARD, sebuah syarikat reka bentuk kapal dan pembinaan kapal global utama, bermatlamat untuk menilai dan memberikan penyelesaian reka bentuk kapal pelepasan sifar menggunakan sistem bahan api maritim alternatif, termasuk Ammonia Hijau.

Program ini, yang dibiayai oleh Majlis Penyelidikan Norway, kini akan berusaha untuk menggabungkan penyimpanan, pengendalian dan pemecah bahan api Ammonia Hijau untuk menghasilkan hidrogen yang kemudiannya digunakan dalam sistem sel bahan api alkali pelepasan sifar yang dibekalkan oleh AFC Energy bagi pendorongan dan kuasa tambahan.

Norway telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan pelepasan sebanyak 50% menjelang tahun 2030, yang dijangka memerlukan sehingga 1,100 buah kapal pelepasan sifar (atau pelepasan rendah) di Norway sahaja, termasuk 450 buah kapal kargo pukal seperti ZeroCoaster.

Ammonia Hijau telah diserlahkan sebagai bahan api utama untuk menyokong penyahkarbonan industri maritim global dengan anggaran yang mencadangkan bahan api yang boleh digunakan untuk penyahkarbonan sehingga 25-30% daripada armada maritim. 

www.afcenergy.com 

www.vard.com 

 

Source: AFC Energy plc
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Transportation Utilities Conservation/Recycling Contracts