omniture

PIZA, MAKANAN YANG POPULAR DI PLANET INI DIUBAH SUAI UNTUK MENJADI LEBIH MESRA KEPADA PLANET INI

Knorr
2022-02-18 23:27 226

Knorr® melancarkan Plizza – piza yang mesra planet daripada kerak hingga lapisan atas untuk Hari Pemakanan Sihat Sedunia

ROTTERDAM, Belanda, 18 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Piza yang merupakan salah satu daripada makanan yang paling popular di seluruh dunia, baru sahaja dilakukan ubah suai baharu yang lebih mesra kepada planet ini sempena sambutan Hari Pemakanan Sihat Sedunia pada 19 Februari. Knorr, jenama makanan global yang terkenal dengan membawa perisa ke meja-meja di seluruh dunia, melancarkan Plizza – piza yang lebih mesra planet. Jenama makanan global ini telah mencipta semula hidangan klasik ini menjadi hidangan berasaskan tumbuhan dengan bahan-bahan yang lebih baik untuk manusia dan planet - daripada kerak hingga lapisan atas. Kira-kira lima bilion piza terjual pada setiap tahun di seluruh dunia, oleh itu dengan mengubah piza menjadi lebih mesra planet, kita secara keseluruhan boleh memberi kesan positif yang ketara apabila kita beralih kepada bahan-bahan yang lebih baik untuk planet ini.

Plizza akan tersedia secara percuma pada Hari Pemakanan Sihat Sedunia di enam buah bandar di seluruh dunia - dihasilkan segar dan dihantar panas-panas melalui aplikasi penghantaran makanan tempatan. Bandar-bandar yang mengambil bahagian di Amerika Syarikat, Mexico, Indonesia, Afrika Selatan, Thailand dan China akan menawarkan bilangan Plizza yang terhad untuk dipesan dan dihantar pada 19 Februari. Bagi mereka yang terlepas peluang penghantaran Plizza, resipi dan video memasak bersama akan tersedia di knorrplizza.com.

Knorr membangunkan Plizza demi menunjukkan betapa mudahnya untuk melakukan perubahan yang lazat dalam makanan harian yang boleh mengurangkan kesan negatif makanan kepada planet ini sambil meningkatkan kesan positif terhadap kesihatan. Pada masa ini, sistem makanan kita merupakan penyumbang utama kepada perubahan iklim2,3, kepupusan spesies, kekurangan air serta kehilangan dan kerosakan tanah. 75% daripada bekalan makanan global terdiri daripada hanya 12 spesies tumbuhan dan 5 spesies haiwan5 yang menjadikan sistem makanan rentan terhadap potensi kesan penyakit, perosak dan perubahan iklim. Yang paling penting ialah 'Makanan merupakan kaedah terbaik di Bumi untuk memaksimumkan kesihatan manusia dan planet'4. Memakan pelbagai makanan berasaskan tumbuhan membantu melindungi masa depan makanan sambil menyediakan lebih banyak nutrien dan mengurangkan penggunaan sumber bumi. Pelancaran Plizza merupakan sebahagian daripada komitmen Knorr untuk meletakkan makanan yang baik kepada manusia dan planet ini, dalam tujuh bilion biji pinggan di seluruh dunia menjelang tahun 2025.

Plizza yang julung-julung kali dihasilkan oleh cef Knorr yang terkenal ini adalah berasaskan tumbuhan dan dilengkapi dengan Future 50 Foods – makanan yang lebih baik untuk manusia dan planet1. Resipi itu sendiri menghasilkan Plizza dengan tiga perubahan yang ringkas termasuk membuat adunan menggunakan tepung bijirin penuh, menambah sos berperisa Knorr yang diperbuat daripada bahan-bahan yang diperoleh secara lestari yang digabungkan dengan kacang berserat tinggi yang ditanam pada tanah yang diperkayakan dan menggantikan lapisan atas dengan sayur-sayuran yang dipenuhi nutrien seperti bayam yang cepat tumbuh dan selada air yang ditanam sendiri.

Apa yang menjadikan Plizza lebih mesra planet?

  • Ia berasaskan tumbuhan. Lebih 30% daripada pelepasan gas rumah hijau (penyumbang utama kepada perubahan iklim) dihasilkan oleh pertanian makanan – manakala lebih 60% daripadanya dihasilkan oleh haiwan2,3. Dengan mengurangkan jumlah makanan berasaskan haiwan yang kita makan akan mengurangkan kesan makanan terhadap perubahan iklim.
  • Ia mempunyai rangkaian bahan-bahan yang luas. 75% daripada bekalan makanan global terdiri daripada hanya 12 spesies tumbuhan dan lima spesies haiwan5. Keadaan ini menyebabkan kepupusan spesies – menjadikan sistem makanan rentan terhadap perosak dan perubahan iklim. Plizza merangkumi pelbagai Future 50 Foods WWF dan Knorr1 untuk membantu membina sistem makanan yang lebih berdaya tahan yang boleh menghasilkan makanan kepada populasi kita yang semakin meningkat.
  • Produk Knorr mengandungi bahan-bahan yang ditanam dengan teliti. Bagi Knorr, adalah penting supaya bahan-bahan kami ditanam dengan teliti untuk manusia dan planet ini. 95% daripada sayur-sayuran dan herba Knorr ditanam secara lestari di seluruh dunia dan akan menanam 80% daripada bahan-bahan utama (sayur-sayuran, herba, rempah, bijirin) mengikut Prinsip Pertanian Penjanaan Semula Unilever menjelang tahun 2026. Disebabkan para pakar meramalkan terdapat kurang 30 tahun air yang tinggal6 dan 90% daripada tanah (tempat makanan kita ditanam) akan menjadi usang menjelang tahun 20507, oleh itu terdapat keperluan mendesak untuk menanam makanan dengan cara yang mengekalkan dan menjana semula alam semula jadi.

April Redmond, Naib Presiden Jenama Global Knorr: "Makanan merupakan kuasa yang lazat untuk kebaikan dan kami sedang menjalankan misi untuk meletakkan makanan yang lebih baik untuk kita dan planet ini, dalam pinggan setiap orang. Melalui gabungan perisa asli Knorr dengan Future 50 Foods ini, kami menunjukkan kepada dunia betapa menariknya makanan sihat ini. Secara bersama-sama kita akan mengubah dunia dengan mengubah makanan yang tersedia dalam pinggan kita."

Dorothy Shaver, Pengarah Kelestarian Makanan Global Unilever: "Pada Hari Pemakanan Sihat Sedunia, kami ingin membantu semua orang memahami kesan sistem makanan kita terhadap planet dan kesihatan kita serta menyediakan cara yang lazat dalam membuat perubahan yang positif. Knorr sedang menjalankan misi untuk membantu semua orang makan pelbagai tumbuhan yang ditanam secara lestari dan penjanaan semula untuk kesihatan kita serta kesihatan planet ini. Melalui kempen ini selain daripada produk, program dan kerjasama kami, kami memberi inspirasi kepada semua orang untuk Pemakanan Sihat."

Sertai Knorr pada Hari Pemakanan Sihat Sedunia dan ubah dunia dengan mengubah apa yang ada dalam piza anda! Butiran lengkap tentang kisah Knorr Plizza termasuk aplikasi penghantaran, resipi dan video resipi boleh didapati di knorrplizza.com. #Knorr #Plizza #WorldEatForGoodDay #EatforGood

Tentang Knorr Global
Minat Knorr terhadap masakan dan makanan yang lebih baik wujud sejak permulaan jenama ini pada tahun 1838. Knorr berbangga menjadi jenama Barangan Pengguna Cepat Laris (FMCG) ke-8 yang paling banyak dipilih di dunia (menurut Kantar World Panel) dan jenama makanan Unilever yang terbesar. Produk Knorr dijual di lebih 90 buah negara di seluruh dunia dan produk ini telah dipilih sebanyak 3.1 bilion kali setahun, di 379 juta buah rumah setiap tahun. Resipi di tapak web Knorr dan program Knorr memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang setiap tahun untuk makan makanan yang lebih baik kepada mereka dan planet ini. Tujuan Knorr ialah untuk mencipta semula makanan untuk manusia dengan hasrat untuk meletakkan makanan yang baik kepada manusia dan planet ini, dalam tujuh bilion biji pinggan di seluruh dunia menjelang tahun 2025. Future 50 Foods itu sendiri merupakan kunci kepada makanan yang baik untuk manusia dan planet ini – kunci kepada 'makanan sihat'.

Knorr bersama-sama dengan WWF telah melancarkan Future 50 Foods pada 19 Februari 2019 yang mengenal pasti 50 jenis makanan yang perlu kita makan dengan lebih banyak demi kesihatan kita dan planet ini serta menjadi asas kepada produk, program dan kerjasama Knorr. Buku Masak Future 50 Foods tersedia untuk dimuat turun secara percuma dan dijual di Amazon UK.

Untuk maklumat lanjut tentang tujuan Knorr, sila layari knorreatforgood.com dan untuk keterangan lanjut tentang Future 50 Food Knorr, sila layari knorrfuture50foods.com.

Tentang Unilever 
Unilever merupakan salah sebuah pembekal produk Penjagaan Diri & Kecantikan, Penjagaan Rumah serta Makanan & Jamuan Ringan yang terkemuka di dunia, dengan jualan di lebih 190 buah negara dan produk yang digunakan oleh 2.5 bilion orang setiap hari. Unilever mempunyai 149,000 orang pekerja dan menjana jualan sebanyak €50.7 bilion pada tahun 2020. Lebih separuh daripada jejak kami berada dalam pasaran membangun dan baru muncul. Syarikat ini mempunyai kira-kira 400 jenama yang terdapat di rumah di seluruh dunia – termasuk jenama global ikonik seperti Dove, Lifebuoy, Knorr, Magnum, OMO dan Surf; serta jenama-jenama lain seperti Love Beauty & Planet, Hourglass, Seventh Generation dan The Vegetarian Butcher. 

Unilever Compass iaitu strategi perniagaan lestari kami dibangunkan untuk membantu kami menyampaikan prestasi unggul dan mendorong pertumbuhan yang lestari dan bertanggungjawab sambil: 

  • meningkatkan kesihatan planet ini;
  • meningkatkan kesihatan, keyakinan dan kesejahteraan orang ramai; serta
  • menyumbang kepada sebuah dunia yang lebih adil dan inklusif dari segi sosial.

Untuk maklumat lanjut tentang Unilever dan jenama kami, sila layari www.unilever.com

HUBUNGAN: 
Penelope Ramirez 
Penelope.Ramirez@edelman.com 

Knorr® launches Plizza – a planet-friendlier pizza from crust to toppings for World Eat for Good Day
Knorr® launches Plizza – a planet-friendlier pizza from crust to toppings for World Eat for Good Day

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1748634/Knorr_Plizza_Logo_1_Logo.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1748636/Knorr_Launches_Plizza.jpg?p=medium600

Source: Knorr
Keywords: Environmental Products & Services Food/Beverages Retail Corporate Social Responsibility New products/services